Hari ni pagi-pagi lagi dah bangun ,kira bangun awal la., semangat nak hantar anak yang pertama ke tadika area opis ni dan anak ke 2 hantar ke umah pengasuh. Anak kedua tu hantar blok sebelah jadi hari ni hari pertama aku antar sekali(sambil wife aku bawa barang2 pakaian/susu/pampers dia. Sampai aje rumah pengasuh tu dalam 7 pagi dah ada pun 2 orang anak lain. Yelah sure dia nangis couse sebelum ni ada orang jaga kat rumah. (lebih kurang seminggu ek ?).
Bila aku letak aje ,mulalah dia nangis terus gi kat ibu dia. Aku plak bergegas pulang nak kejutkan dan bagi mandi anak yang pertama. Aku gerak aje cakap kat anak aku nak hantar ke tadika terus dia macam nak nangis.Kira dia malas bangun lepastu aku paksakan dia masuk kebilik air. So aku beruskan gigi dia dulu , lepastu basuh skit badan dia.. Nangis la plak tak nak mandi.. (adakah esok aku tak yah bagi dia mandi?)
Lepastu aku sarapan kejap dan siapkan la pakaikan dia baju/sluar. Boh minyak rambut sikat segala..(ala lupa nak letak bedak,hihi). Lepastu dia dah start macam tak nak pi aje. Aku bagitaulah dia kena dok sorang sebab abah nak ke opis. Dia diam balik, lepas tu sambil dia dok gogong botol susu yang aku dah buat. Elok -elok nak kluar dia kata nak buang plak. Ayoyo ni mesti sindrom takut nak ke tadika ni.
Sampai kat tadika dalam 7.50 , terus aku cari cikgu yang di tugaskan. Explain apa yang patut so aku pun gerak dalam 8 pagi tu. Melalak lah dia panggil abah -abah.. huhuhu. Takpelah ni pun mau 2-3 bulan dia nak biasakan diri kan.
Tadi aku pergi jap nak antar dokumen dan bayar balance yuran. So aku tinjau lah dia dari jauh, termenung jauh je aku tengok muka dia. Cikgu dia kata dia dah ok cuma tak nak libatkan lagi apa-apa aktiviti. Fuhh mencabar gak jadi guru tadika ni ek. Dan jadi ibu/bapa pun mencabar juga sebenarnya.. hope anak-anak aku boleh lalui hari-hari yang mendatang.