Wednesday, July 15, 2009

Statik

Sejak aku bertungkus lumus menjalani rutin senaman/bersukan aku rasa berat aku macam statik aja, jap aku check jadual aktiviti kecergasan last week
Isnin ptg - main volley

Selasa ptg - volley

Rabu ptg - jogging

khamis ptg - volley

Jumaat ptg- jog

Sabtu ptg - volley

Pagi ahad - jog

Setelah di check hari isnin sampai ahad berat aku masih sama aja..,lepas exercise turun, makan naik balik huhu, adakah aku kena exercise pagi dan petang..

Tetapi memandangkan jadual pemakanan aku adalah sama, sarapan berat , last week ada training dan disediakan jamuan. Lunch pula makan nasi, malam pun makan nasi waima sikit aja.

Alamak kena diet tak makan nasi pulak ke ni, ke kena makan protein aja.../sayur -sayuran dan buah-buahan. Rupe-rupenya aku terbaca artikel majalah yg orang umah beli. Sebenarnya nak turunkan lemak kena regim exercise betul2 di samping kurangkan makanan. Kira badan aku berpeluh tu adalah karbohidrat aje yg terbakar, lemak kena 3-4 jam lagi exercise. So artikel tu kata setakat 1-2 jam tak terbakar punya lemak-lemak degil tu. hehehe

Sebab aku rasa aku main volley dan jog tu jangkaan masa dia sejam atau kurang aja.. hehehhe
Takpelah, berat tak menurun pun takpe..kira dah statik lah kot ni , ke kena amalkan puasa sunat sama.. , ehh nak dekat dah puasa, bulan depan sahaja.. .Selalunya turun kot 2-3 kg ni kalau berbuka dan bersahur makan ala kadar aja. So setakat hari isnin hingga rabu tadi still aku turun main volley, tapi esok macam nak ke midvelli aja ada jualan murah J-card.... huhu

Wednesday, July 8, 2009

Kebebasan

Sabtu minggu lepas , macam biasa gi jogging di paginya. Lepastu gi klinik bersama family rutin bulanan org umah . Lepastu kena gi skolah biasalah sabtu banyak benar aktiviti kena hadir. Aku lak tiba-tiba member2 opis ajak gi kawasan hiking air terjun area lembah klang ni.



Sampai sana sebenarnya aku terkejut macam mana budak bawah 15 tahun ni yang kebanyakkan lelaki dan budak-budak pompuan macam umur 12-13 thn yang ada la 2-3 orang dok berjalan sama-sama menuju ke atas lagi.., Tak sempat la nak skodeng tapi macam hairan lah juga kebebasan yang mudah di perolehi oleh remaja sekarang ni.



Nampaknya nak membesar anak ni bukanya mudah , kena ada garis panduan dan peraturan tapi dalam masa yang sama kehendak remaja masa kini pun semakin berubah. Member aku yang ayah dia keja polis berkongsi cerite displin di usia kanak-kanak kenalah di kawal selia oleh ayah/ibu , jangan main lepas tangan. Kasih sayang di rumah pun penting juga sebab la ni macam ibu/bapa lepas tangan pada guru kat sekolah aja padahal pendidikan yang sebenar bermula di rumah.. opss tercikgu plak aku, huhu.



Di samping tu pegangan agama kenalah kukuh, barulah kebebasan yang di beri pada remaja tu tak di langgar sewenang-wenangnya. Nampak macam senang tapi memang susah sebenarnya ek..Insya allah kena ada ilmu lebih ni (membaca kah),ke kena tanya orang yang berpengalaman lah nampaknya ni. Hemmmmmmm

Wednesday, July 1, 2009

Suka dan d...?

Yezaa... akhirnya setelah beberapa hari ek, aku turun main bolibol tu.. petang tadi cukup 12 orang.. hehehhe. Kira main cukup-cukup orang ni baru lah leh lama sikit bola nak mati. hehehhe
Petang tadi aku tak bawa kanak-kanak ribena tu sama sebab depa dok tidur lagi time aku balik keja tu.

Semalam aku bawa depa 2 ,dan si adik tu dok lari-lari sampai terjatuh...(ingat kat area playground tapi kat kawasan bertar.) huhuhu menangis dia kejap, mujur tak luka apa ka.. Aku gi pujuk sat dia renti nangis aku sambung main. Suspen gak nak bawa depa lagi tapi kat area situ kira jauh la dengan jalan raya, sesuai la depa main-main sebab ada buai lah, jongkang jongkit, papan lungsur sampai ada 3.

Esok turun lagi nampaknya ni.. kalau hari-hari turun tak yah la pagi sabtu aku gi jog dah, kira sesudah subuh( ekekkeke), leh la sambung tidur balik , bangun pun maybe gi exercise basuh keta ka.. bawa kanak-kanak ribena main basikal ke. hehehe.

Oh ya D? d tu aku malas lah nak ulas.., kang ada yang makan dalam lagi.. kata kes dan close kan.. hehehe. So kalau kes dah close pasal dok memendam rasa lagi, aku hanya nak berkawan dengan semua orang tanpa ada kasta -kasta bagai.. opsss.. Err kasta atau tahap tu macam umpama la.. kalau orang lain takde kira baru leh masej aku ke ajak aku kan... kira orang terakhir lah kot.

Ha, projek amal bangi 12 sept tu kalau nak ikut kan masa tu org umah dah masuk 35-36 minggu, kalau ikut sejarah 2 anak aku dulu time 35 dah sampai seru untuk lihat alam dunia. Maybelah aku takleh kluar baper km radius ek.. heheheh. Lagipun kalau takleh join aku dah bagitau wak kat blog dia no hal nak beri sumbangan kalau di perlukan. Cuma fizikal aku mungkin takleh kot ada sana so kena lah bagitau awal-awal ni. Mungkin tu mungkin ada mungkin tidak, ekekekke

Err aku takdelah nak berkecil hati sebab ada lah mamat jb tu tulis ni kat tag joe ->kalau aku, aku terasa Jijo. tahun lepas kau tak brp aktif kat tag ni, thn ni kau aktif. rumah pulak dekat je dgn Jusco tu.
Err yelah waima aku bukan ajk besar tapi apa la sgt nak sms kat aku bg tau ada perjumpaan bincang kan... tapi betul la , buat apa ramai-ramai sangat kang banyak plak kerenahnya.. ekekeke.. so aku kena berfikiran positif... yelah maybe depa anggap aku takleh join kot...