Sabtu minggu lepas , macam biasa gi jogging di paginya. Lepastu gi klinik bersama family rutin bulanan org umah . Lepastu kena gi skolah biasalah sabtu banyak benar aktiviti kena hadir. Aku lak tiba-tiba member2 opis ajak gi kawasan hiking air terjun area lembah klang ni.
Sampai sana sebenarnya aku terkejut macam mana budak bawah 15 tahun ni yang kebanyakkan lelaki dan budak-budak pompuan macam umur 12-13 thn yang ada la 2-3 orang dok berjalan sama-sama menuju ke atas lagi.., Tak sempat la nak skodeng tapi macam hairan lah juga kebebasan yang mudah di perolehi oleh remaja sekarang ni.
Nampaknya nak membesar anak ni bukanya mudah , kena ada garis panduan dan peraturan tapi dalam masa yang sama kehendak remaja masa kini pun semakin berubah. Member aku yang ayah dia keja polis berkongsi cerite displin di usia kanak-kanak kenalah di kawal selia oleh ayah/ibu , jangan main lepas tangan. Kasih sayang di rumah pun penting juga sebab la ni macam ibu/bapa lepas tangan pada guru kat sekolah aja padahal pendidikan yang sebenar bermula di rumah.. opss tercikgu plak aku, huhu.
Di samping tu pegangan agama kenalah kukuh, barulah kebebasan yang di beri pada remaja tu tak di langgar sewenang-wenangnya. Nampak macam senang tapi memang susah sebenarnya ek..Insya allah kena ada ilmu lebih ni (membaca kah),ke kena tanya orang yang berpengalaman lah nampaknya ni. Hemmmmmmm