Wednesday, July 15, 2009

Statik

Sejak aku bertungkus lumus menjalani rutin senaman/bersukan aku rasa berat aku macam statik aja, jap aku check jadual aktiviti kecergasan last week
Isnin ptg - main volley

Selasa ptg - volley

Rabu ptg - jogging

khamis ptg - volley

Jumaat ptg- jog

Sabtu ptg - volley

Pagi ahad - jog

Setelah di check hari isnin sampai ahad berat aku masih sama aja..,lepas exercise turun, makan naik balik huhu, adakah aku kena exercise pagi dan petang..

Tetapi memandangkan jadual pemakanan aku adalah sama, sarapan berat , last week ada training dan disediakan jamuan. Lunch pula makan nasi, malam pun makan nasi waima sikit aja.

Alamak kena diet tak makan nasi pulak ke ni, ke kena makan protein aja.../sayur -sayuran dan buah-buahan. Rupe-rupenya aku terbaca artikel majalah yg orang umah beli. Sebenarnya nak turunkan lemak kena regim exercise betul2 di samping kurangkan makanan. Kira badan aku berpeluh tu adalah karbohidrat aje yg terbakar, lemak kena 3-4 jam lagi exercise. So artikel tu kata setakat 1-2 jam tak terbakar punya lemak-lemak degil tu. hehehe

Sebab aku rasa aku main volley dan jog tu jangkaan masa dia sejam atau kurang aja.. hehehhe
Takpelah, berat tak menurun pun takpe..kira dah statik lah kot ni , ke kena amalkan puasa sunat sama.. , ehh nak dekat dah puasa, bulan depan sahaja.. .Selalunya turun kot 2-3 kg ni kalau berbuka dan bersahur makan ala kadar aja. So setakat hari isnin hingga rabu tadi still aku turun main volley, tapi esok macam nak ke midvelli aja ada jualan murah J-card.... huhu