Saturday, March 28, 2009
Merundum di Konsert 3 AF 7
Yazid - Pawana (Search)
Pesembahan pembukaan yang agresive dan padu pada mulanya tapi mai kat choros dah semput sikit.. energy menurun... . But improve lah jugak kalau nak compare last week.
Claudia - Lama Tak Jumpa (Zur Eda)
Agak menurun dan menyanyi secara selamat claudia ni. Mungkin lagu slow ni agak tak menguji suara dia maka nyanyi pun secara selamat aje.
Aril- Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)
Persembahan sederhana jugak, mungkin dia terlalu berhati-hati jadi nyanyian nampak takde dinamik kira dari awal sampai akhir sama ajo. Suara tak dinafikan unik tapi macam simpan gitu tak nak kasi kow-kow punya.
Rini -Seloka Cinta Remaja (Seha Freedom)
Step menari nyanyian yang berhati-hati tak menyerlah vokal yang mantap jadi persembahan sederhana ajelah..tarian pun tak brapa sharp atau boleh menyebabkan penonton terhibur kira semualah persembahan rini yang sedang sedang aja.
Qhaud -Pilihlah Aku (Latif Ibrahim)
Ala... menurun pulak persembahan kali ni., maybe lagu ni lirik dia banyak di ulang maka pengkritik nampak macam sama aja.. kena ada buat kelainan setiap lirik tu nyayian kena bagi lebih dan dinamik baru best tengok dan kekaguman akan sama macam last week.
Rubisa - Angan-angan (Raja Ema)
Nyanyian yang hanya ikut tempo dan melodi.. takde yang boleh impress menyebabkan lagu ni nampak sama aje macam penyanyi asal..wah lagu pun tak mencabar aku rasa ni jadi rubi pun buat ala-ala kadar sahaja.
Akim- Anak Gembala (Sudirman)
Pada awalnya nampak macam ok tapi mai kat chorus dah nampak si akim ni lelah penat gitu. Kira macam kena tingkatkan stamina gitu.. menari dah ok, persembahan kurang mantap sebab vokal semput sedikit dan takde dinamik dalam nyanyian
Zizi -Ini Rindu (Farid Harja)
Permulaan yang baik dan suara yang bagus sesuai dia bawa lagu ni tapi mai kat rapers dah ilang dah lirik berterabur.. tak blend dengan muzik... opss terblend mcm si adlin lak bagi komen. Kurang stamina untuk sustance sampai ke hujung.
Obri -Abang Beca (Broery Marantika)
Ya masih tak power sebab lagu ni dia tumpukan pada persembahan gerak tari dan sebagainya menyebabkan kayuhan melodi tak seimbang hinggakan muzik dan tempo tak di blend dengan baik. Kurang stamina gak mamat ni nak bawa lagu berentak macam ni.
Sidi - Hanya di Radio (Headwind)
Persembahan sederhana atau kata kunci lain playing save. Vokal kurang dinamik sebab lagu ni pun lirik di ulang-ulang so nampak boring aje di nyanyi.
Aishah- Mata ( Noorkumalasari)
Nampaknya menurun pulak dia bawa lagu ni, nada rendah tak clear dengan jelas sampai tak dengar lirik yang sepatutnya dia kena nyanyi, mungkin la dia tumpukan nak menari dengan penari latar jadi persembahan sederhana aje.
Isma - Rambu Ramba (Nursheila Amin)
Sebenarnya Isma ni simple dan dah ada suara yang merdu so bila dapat lagu ni dia bawa dngn baik kira blend melodi baik punyalah kot. Stamina sampai ke hujung tu yang pengkritik 3 orang tu puji, tapi lagu ni taklah mencabar sangat vokal si Isma ni
Hafiz - Mat Disko (Sudirman)
Cukup syarat sebagai seorang penghibur yang baik dan versetail, tapi kena la ada lagu yang mencabar untuk dia minggu depan. Walaupun ada kawan aku tak baper suka dia tapi dari segi suara dah memang layak dia jadi pelajar af 7 kali ni.
Penyingkiran ?
2 orang sekali? oklah takdelah best sangat Rini dan Obri tu. Lebih baik depa jadi pelakon sebab pandai gak depa dok berdrama dalam diari harian. Kalau 11 yang tinggal lagi ok sebab nampak macam tak fair kalau diari harian asyik tunjuk orang yang sama contoh last week akim-rubisa-zizi... bosan lah jugak kan .
Persembahan ok - Hafiz, Isma , Zizi
Sedehana ok -Claudia, Rubisa, Qaud , Aril ,Akim, Aishah, Yazid
Err aku suka yang di atas stay tapi hope Aishah dan Akim meningkatkan prestasi next week. AKu harap lagu pilihan akan datang tak sama macam lagu depa nyanyi konsert ke 3 ni, kena ada lagu baru dan lagu lama contoh masa zaman af3 dulu. Lagu inggeris pun belum depa nyanyikan.
Pengkritik
Aku suka la si Edrie hashim tu takde malam ni, hope adlin di ganti dengan akak Ogy next konsert(kata nak prepare kahwin kan...huhu). Bagi le dia rehat seminggu ajekan.. Edrie tu takpe rehatkan dia lama-lama.
Thursday, March 26, 2009
Volley
Sabtu 2 minggu lepas sebelum aku pergi bercuti bersama family pagi tu sempat aku join main suka kegemaran sejak zaman belajar dulu. Ye aku akui aku tak baper tinggi untuk block orang spike tapi kalau body ringan sure leh lompat tinggi kan. Jadi kena lah berusaha keras lagi ni.
Maybe la sebab aku boleh set bola cantik untuk kawan opis aku yang tinggi untuk spike tu yang boleh wakil waima aku taklah main sepenuh masa sebab ramai pulak yang boleh set bola.Kadang kala geram gak kalau aku set bola lawa depa spike tak masuk atau bagi bola keluar.
Jadi untuk game pusingan awal seperti gambar di atas aku main 2 set aje dalam 12 tengahari ,matahari tepat ke sasaran dia atas kapla. Mujur aku ada cap dari NY yang berjaya mengelakkan aku dari demam kus kus. Peringkat liga ni sykt yang aku wakil ni menang juara kumpulan ,lawan 3 sykt lain.
Petang kelmarin semi final pasukan aku berjaya menang 3 - 0. Dapat la aku main 2 game itupun aku macam tak sabar je nak masuk waima kapten suruh tunggu game ke 2 baru aku leh main. Gambar member aku belum share, nanti lah aku publish, hat atas tu gambar masa pusingan awal. Final hari jumaat ni, belum tentu aku boleh main ,tapi takpe piala dah dalam gengaman ( selalunya dapat baucar jusco ,bole la shoppping baju keja baru, opss)
Sunday, March 22, 2009
Persembahan sederhana aja(Konsert 2)
Menuju Puncak
Kali ni secara keseluruhan semua pelajar tampak menari dengan yakin dan keserasian telah ada ,maybe dah 2 minggu berlatih jadi ada kelebihan.
Akim
Slow: Starting ok , nada suara sederhana oleh kerna ada rupa undian mamat ni sure boleh maintain
Rancak: agak lari tempo dan nada suara tak sampai, mungkin kena ada lebih stamina
Rubisa
Slow: bolehlah lagi ok dari minggu lepas, lagu ziana zain memang sukar tapi di bawa secara sederhana
Rancak : oleh kerna dia bawa lagu ni dulu stamina ada dan persembahan boleh kata menghiburkan
Qhaud
Slow:Lagu pertama memang terserlah suara , siap kening terangkat-angkat kira penuh penghayatan.
Rancak : oklah tapi macam nampak sangat nak di buat-buat sampai nada suara lariiiiiii(tempo lari), mungkin nak tunjuk kelainan dari penyanyi asal
Aisah
Slow: nada suara clear penuh penghayatan dan ada dinamik yang tersendiri, last part yang tarik je kureng
Rancak : terlampau berhati –hati dan Nampak kurang selesa kat atas pentas tapi lagu rancak dia memang boleh bawa , boleh nyanyi lagu rancak dan slow minah ni
Obri
Rancak : takde lah rancak sangat lagu ni , lagi ok dari minggu lepas, kurang atitud dan suara kurang mantap
Slow : boleh bawa dengan baik tapi agak melodrama dia bawa
Rini
Rancak: suara ok tapi mendatar ,kira suara dia macam sama aje dan Nampak macam menjerit
Balad: ya ,masih tak sedap , lagu rancak lagi ok
Zizi
Rancak: suara rock macam shima nyanyi lagu ella , part tinggi kena asah lagi untuk lebih sharp
Slow: tak sesuai dengan zizi , mendatar takde dinamik
Aril
Slow: suara tak power la , lebih tumpukan menari /persembahan kira style adam la
Rancak: ya lebih kurang sama ,ada energy menari je, nyanyi still kureng
Adila
Slow: suara memang sesuai tapi gaya macam terikut2 stlye liza hanim
Rancak: lagu dangut tapi suara agak keras , menari oklah tapi Nampak macam beriya di buat-buat, sepatutnya addila bagi lebih padu
Sidi
Slow: entahlah Nampak macam dia berusaha sungguh-sungguh nak hayati tapi masih belum sampai, nada suara masih kurang mantap
Rancak: tak sesuai, not atitud kira tak sampai lah dia bawa lagu rancak ni
Yazid:
Slow : memang lemah, penghayatan tak sampai dengan nada suara
Rancak: memang di rancang nak buat happening lagu ni tapi tak sampai gak , sepatutnya dia antara yang kena kluar malam ni..opss
Claudia:
Slow: kali ni suara dah tak brapa dengar macam dayang... oklah boleh bawa lagu CT dengan style berbeza, nada suara ok
Rancak: ala lagu spa q musim pertama ni macamlari tempo skit, tak terkejar Claudia.
Hafiz
Slow :memang mamat ni boleh nyanyi dengan baik , nada rendah dengar dengan jelas
Rancak: wahh macam lagu diri sendiri pula dia bawa,persembahan mantap macam last week juga
Isma
Slow : nada suara clear , takde masalah bawa lagu slow dan agak macam tiru style CT
Rancak: kucar kacir kurang stamina agaknya dia nak substance lagu rancak ni
Pilihan pelajar yang membuat persembahan baik mengikut empat tahap nak bagi rangking
Hafiz, Claudia, Aisah,Qhaud dan Rubisa
Adila , Isma dan Zizi ( sederhana)
Akim, Obri, Sidi dan Rini
Lemah dan sepatutnya kluar ( Dari segi persembahan dan nada suara)
Aril @Yazid
Adila terkluar kemungkinan dia bawa lagu mudah dan masa dalam kelas (diari harian) kurang menonjol di samping ada isu di kalangan semua pelajar(kurang mesra atau bergaul dengan yang lain,). Yang ni nampak yang di tunjuk pada setiap hari so penting gak orang nak bagi afudi.