Konsert di mulakan kononya tak nak guna lampu yang banyak so pelajar pun nyanyi ala koir gitu. Oklah aku pun support gak ,sanggup bergelap dok menaip kat laptop ni sampai 9.30 .ekekekke. Macam tak best pulak menari puncak tanpa menari..aku suka gak tengok style alur-alur tangan di perkenal kan musim ni..kira nak tunjuk no 7 ke huruf T ek? (transformasi katanya kan)
Yazid - Pawana (Search)
Pesembahan pembukaan yang agresive dan padu pada mulanya tapi mai kat choros dah semput sikit.. energy menurun... . But improve lah jugak kalau nak compare last week.
Claudia - Lama Tak Jumpa (Zur Eda)
Agak menurun dan menyanyi secara selamat claudia ni. Mungkin lagu slow ni agak tak menguji suara dia maka nyanyi pun secara selamat aje.
Aril- Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)
Persembahan sederhana jugak, mungkin dia terlalu berhati-hati jadi nyanyian nampak takde dinamik kira dari awal sampai akhir sama ajo. Suara tak dinafikan unik tapi macam simpan gitu tak nak kasi kow-kow punya.
Rini -Seloka Cinta Remaja (Seha Freedom)
Step menari nyanyian yang berhati-hati tak menyerlah vokal yang mantap jadi persembahan sederhana ajelah..tarian pun tak brapa sharp atau boleh menyebabkan penonton terhibur kira semualah persembahan rini yang sedang sedang aja.
Qhaud -Pilihlah Aku (Latif Ibrahim)
Ala... menurun pulak persembahan kali ni., maybe lagu ni lirik dia banyak di ulang maka pengkritik nampak macam sama aja.. kena ada buat kelainan setiap lirik tu nyayian kena bagi lebih dan dinamik baru best tengok dan kekaguman akan sama macam last week.
Rubisa - Angan-angan (Raja Ema)
Nyanyian yang hanya ikut tempo dan melodi.. takde yang boleh impress menyebabkan lagu ni nampak sama aje macam penyanyi asal..wah lagu pun tak mencabar aku rasa ni jadi rubi pun buat ala-ala kadar sahaja.
Akim- Anak Gembala (Sudirman)
Pada awalnya nampak macam ok tapi mai kat chorus dah nampak si akim ni lelah penat gitu. Kira macam kena tingkatkan stamina gitu.. menari dah ok, persembahan kurang mantap sebab vokal semput sedikit dan takde dinamik dalam nyanyian
Zizi -Ini Rindu (Farid Harja)
Permulaan yang baik dan suara yang bagus sesuai dia bawa lagu ni tapi mai kat rapers dah ilang dah lirik berterabur.. tak blend dengan muzik... opss terblend mcm si adlin lak bagi komen. Kurang stamina untuk sustance sampai ke hujung.
Obri -Abang Beca (Broery Marantika)
Ya masih tak power sebab lagu ni dia tumpukan pada persembahan gerak tari dan sebagainya menyebabkan kayuhan melodi tak seimbang hinggakan muzik dan tempo tak di blend dengan baik. Kurang stamina gak mamat ni nak bawa lagu berentak macam ni.
Sidi - Hanya di Radio (Headwind)
Persembahan sederhana atau kata kunci lain playing save. Vokal kurang dinamik sebab lagu ni pun lirik di ulang-ulang so nampak boring aje di nyanyi.
Aishah- Mata ( Noorkumalasari)
Nampaknya menurun pulak dia bawa lagu ni, nada rendah tak clear dengan jelas sampai tak dengar lirik yang sepatutnya dia kena nyanyi, mungkin la dia tumpukan nak menari dengan penari latar jadi persembahan sederhana aje.
Isma - Rambu Ramba (Nursheila Amin)
Sebenarnya Isma ni simple dan dah ada suara yang merdu so bila dapat lagu ni dia bawa dngn baik kira blend melodi baik punyalah kot. Stamina sampai ke hujung tu yang pengkritik 3 orang tu puji, tapi lagu ni taklah mencabar sangat vokal si Isma ni
Hafiz - Mat Disko (Sudirman)
Cukup syarat sebagai seorang penghibur yang baik dan versetail, tapi kena la ada lagu yang mencabar untuk dia minggu depan. Walaupun ada kawan aku tak baper suka dia tapi dari segi suara dah memang layak dia jadi pelajar af 7 kali ni.
Penyingkiran ?
2 orang sekali? oklah takdelah best sangat Rini dan Obri tu. Lebih baik depa jadi pelakon sebab pandai gak depa dok berdrama dalam diari harian. Kalau 11 yang tinggal lagi ok sebab nampak macam tak fair kalau diari harian asyik tunjuk orang yang sama contoh last week akim-rubisa-zizi... bosan lah jugak kan .
Persembahan ok - Hafiz, Isma , Zizi
Sedehana ok -Claudia, Rubisa, Qaud , Aril ,Akim, Aishah, Yazid
Err aku suka yang di atas stay tapi hope Aishah dan Akim meningkatkan prestasi next week. AKu harap lagu pilihan akan datang tak sama macam lagu depa nyanyi konsert ke 3 ni, kena ada lagu baru dan lagu lama contoh masa zaman af3 dulu. Lagu inggeris pun belum depa nyanyikan.
Pengkritik
Aku suka la si Edrie hashim tu takde malam ni, hope adlin di ganti dengan akak Ogy next konsert(kata nak prepare kahwin kan...huhu). Bagi le dia rehat seminggu ajekan.. Edrie tu takpe rehatkan dia lama-lama.