Monday, December 13, 2010

Cuti ,Jalan -jalan Yay dah boleh jalan

Sabar ajelah blog ni.. lama betul tak di hapdetnya, nak biaq kejung tak sampai hati plak. Ke sebab semenjak cuti sekolah ni aku pun tercuti nak hapdet blog ni.. kekeke.Hmm yelah takdelah apa sangat menarik nak di cerita. Kadang-kadang ada idea nak tulis tapi malasnya melebihi segalanya.

Cuti kali ni dah jalan 2 tempat , ada 1 lagi tempat ujung minggu ni. Hujung november opis buat trip fami*y day (3H2M) kat Bkt Gam.Rersort Water Park,Pahang. Oklah menginap kat sana, serba baru lagi ,bilik besar leh ketak toto untuk anak-anak yang kecil-kecil. Kali ni aku buat pertama kalinya pi kedai sewa baju kat Wisma Central tu.

Mulanya malas gak nak sewa-sewa ni memandangkan mlm dinner tu kena naik pentas kerna dapat hadiah berjaya kurangkan berat masa bulan posa (dpt no. 3) so gagahi gi sewa pagi jumaat tu. So dapatlah baucer parkson (rm 100)untuk buat beli baju baru ataupun beli baju orang umah 1 ,hihihi takpun baju skolah anak yang mula start skolah tahun 1 tahun depan.

Sabtu pagi,acara sukaneka main 1 game aje, dan dapat johan hadiahnya tuala leh la pi bawa mandi kat water park dia petang tu. Hmmm tapi aku macam tak rasa best sangat lah couse kali ni aku dok temankan anak depa mandi kat area Penguin tu so aku pun dok mandi kat situ ja lah dok bertapa couse orang umah lepak kat bilik dengan baby,panas katanya kat luar .

Ehh tajuk aku kat atas tu dah boleh jalan tu sebenarnya baby aku tu genap umur dia setahun 3 bulan baru leh jalan sepenuhnya. Alhamdulilah kira dia boleh balance badan dia dan menapak lebih 10 tapak la baru confirm leh jalan. Gambar yang sempat aku snap ada kat bawah. Hmm itu jelah kot nak cite,sambung part lain plak ye.

Tuesday, November 2, 2010

Larian Belia anjuran Bahagian T*tiwangsa

Jumaat lepas aku baru daftar larian belia ni, mulanya macam malas ajo tapi yelah boleh dikatakan selalu gaklah dok jogging petang-petang dan sekali sekala kenalah join untuk mengukur keupayaan mana-mana acara larian. Secara jujurnya aku suka join yang senang aku nak pergi (area KL la buat setakat ni).

Kalau macam jauh sikit kena bangun awal bagai di hari cuti dua tiga kali gak nak pertimbangkan..ekekeke. Ha kebetulan weeknd nak balik kg ni ,ada 1 event lari kat area umah aku kat Jawi tu, ingat nak daftar walaupun dan tutup masa depa nak ambik nombor, kalau tak boleh join ajelah larian tu tak de orang nak menghalang nya. kan... hihi

So sabtu pagi tu elok aje aku nak bersiap mandi dalam 7 am tu hujan plak menderu turun. Hmmm terus aku pi kat katil golek-golek dulu walaupun penganjur kata 7.30 start kumpul sure larian tu akan di anjak punya masanya. Dalam 8 am tu hujan dah seriat so aku teruih mandi kerbau ,siap2 buat sarapan sikit (ala sapu roti dengan jem ja.) Orang umah kena skolah sabtu tu so aku gi antar anak kat pengasuh lepastu terus berdesup gi Kompleks Gurney tu.

Sampai ja dalam 8.30 lom mula pun, tiba-tiba hujan kembali lebat so mulanya DJ tu anounce lagi 10 minit so di tangguhkan lagi . Sempat la aku panaskan badan dan buat streching bagai...ekeke.
Punyalah lama nak tunggu ujan berenti akhirnya dalam 9.10 am baru lah dilepaskan larian 7km (seperti terdapat dalam borang). Kali ni aku tak bawa camera plak so aku bergambo dengan camera kat phone tu jadi ada la ambik gak.

Kali ni tah macam mana tah aku tak stop plak untuk berjalan kira aku dengan semangat membara terus je lari so sampai ke garisan penamat dalam 20 minit lebih je , ishh tak percaya aku tapi aku suspect macam tak 7 km je, maybe 5-6 km ni. Yang menang tu banyak plak dari geng-geng pelari berbangsa india. Oleh kerna yuran dia taklah macam larian puluh-puluh hengget tu hadiah sampai no 10 ajo .Kira dapat sijil penyertaan ajo lah dan lepas tu di beri makan nasi berani lah plak se bungkus sebelum aku pulang .

Hmm rupenya larian belia ni anjuran parti U*no rupenya siap ada kauter pendaftaran jadi ahli dan pendaftaran SPR. Aku gi kaunter SPR tu kononya nak tukar kawasan undi tapi di suruh tukar dulu kat IC anda baru boleh katanya. Dalam 11 am macam tu aku pun pulang .So next kat mana plak ek nak join, maybe bulan 12 nilah kot kalau tak balik kg boleh la sebab banyak gak aktiviti bersama family start cuti skolah ni.

Sunday, October 17, 2010

Akhirnya Mimpi jadi Nyata kah

Jumaat lepas aku dan beberapa orang lagi (Fara, K.rozz ) kot dok berbalas kat twitter si Joe Perantau tu tanya bila nak berjumpa secara realiti geng rebanmaya tu. Terus setelah Joe berbincang dengan beberapa orang kuat.. hehehe akhirnya sabtu petang ,kelmarin Joe bersedia jumpa dengan peminat-peminat opss merangkap sahabat dah la ni.. kan... takkan peminat plak... ekekeke.

Yelah aku macam yang lain gak dari tahun 2004 atau 2005 ek dok bersembang kat tag dia takkan tak sudi nak berjumpa kan... Yelah ni aku terus terang ni tulis , lepas terbaca kat salah sorang penegar rebanmaya ni cite dia jumpa Joe (dengan 2 org lagi) aku pun nak gaklah jumpa dia kan... Hmm yelah aku pun kena paham susah gak tuan punya badan nak decide jumpa , kalau aku di tempat dia mungkin buat keputusan yang sama.. ececece

Dan aku nak bagitaulah ni lepas aku terbaca blog tu ,beberapa hari lepastu aku memang bermimpi jumpa Joe , kira bila jumpa ja terus peluk dan dakap dia.. ,lepastu aku tak ingat maybe sembang-sembang kot sebab ada gak muka-muka tegar lain reban maya kat situ gak ,ekekeke. Tengok tu bertapa semangatnya nak jumpa sampai terbawa dalam mimpi lah plak kan.

Jadinya kelmarin macam tak caya aja dapat jumpa walaupun bila baca twitter depa tu kejap sabtu kejap ahad ,terus call Arc meng confirmkan ada tak si Joe perantau tu. Wife pagi tu dah pegi dengar majlis 1malaysia apa tah kat Bkt Jalil bersama PM,TPM so dia memang nak berehat aje petang tu so pergilah ke Bangi dengan anak yg sulong, hat no 2 tak nak join dia dah penat gi library negara tengahari tu .

Dalam 4.15 kot sampai, bagi je salam depa kata Joe dah balik.. amboi tak caya aku lepastu nampaklah kelibat lelaki berbaju melayu biru yang memang dah kurus orangnya terus aku pergi ke Joe ,dia pun bangun untuk salam dan tanpa segan silu aku terus mendakapnya... hmmm ekekekee. takde isi lah mamat ni.. kan.. errrr .., taklah masa peluk dia tu memang aku rasa hormat sangat dengan dia, segala jerih perit dia kat US sana yang terpaksa dia tanggung sorang aku sangat sangat kagum mamat ni memang tabah orangnya. Kalau boleh masa time tu nak aje.kata . bersyukur la Joe..ko dah balik pun , kami memang nak sangat jumpa dengan hang ni.. tapi tak terkluar lah so aku kluar kat sini aci dak? ekekekeke

Pada mulanya aku rasa dia ni lebih kurang tinggi kong aje...tapi errrr hampa yang lain jumpa sendirilah bagi yang belum kan... hehehhee. Lepastu baru lah aku salam dengan yang dah sampai sungguh excited sampai lupa hat lain boleh? Hmm hampa dah tau kan yang mai so tak yah lah ulas lagi tapi happy lah dapat jumpa yang lain sebab masa raya lepas aku datang lambat kan so tak dapat sembang sangat .

Lepastu aku gi lah dok kat mana Joe bersembang nak tau lah apa yang lain-lain dok tanya errr aku takdelah nak tanya banyak just menyampuk kalau ada peluang sebab dia kan tetamu kehormat petang tu ramai lah berpusu -pusu bertanya kan.. ekkeke. Hmm takpa ada lagi kan mini perjumpaan hope leh jumpa lagi tah kenapa tah anak sulong aku tu nak balik awal so dalam 6 lebih aku pun balik dengan seribu tanda tak percaya dah jumpa pun mamat yang sungguh aku respect sekali dan aku rasa tak percaya lah leh jumpa... (oopss ter puji lebih ke ni.. hihih)

Joe Perantau..selamat kembali dan membina hidup baru, aku tahu ramai yang nak jumpa dengan hang so tak yah la malu -malu naa.. ekekeke
(Note: Senarai yang join kali ni ada kat blog baru Joe tu, blog Dellin pun ada ye.. hehehe)