Weekend lepas aku gi melancong, melawat kawasan katanya...jumpa akar umbi... opss.
Konsert kali ni aku layan kat kedai makan, siap suruh owner tukar siaran ke astro ria bila tepat jam 9.00 mlm. Then boleh pulak lepak situ sampai 11.10 mlm... huhu so hasil nya aku takde la dengar clear depa nyanyi, nak tengok ulangan tak sempat gak so naklah ulas jugak ni, so hasil ulasan aku ,kali ni aku nak ulas ikut yang aku rasa perform best malam tu :-
Stacy
Memang seksi sekali persembahan stacy, walau ada unsur2 sexsualiti tapi boleh la di terima kerana dah lagu indon macam tu ek but setuju dgn akak oyg kenalah sesuai dgn rakyat malaysia majoritinya islam kan.... Tarian stacy sangat menarik dan suaranya tetap maintain mantap sampai ke akhir lagu. Aku baru tahu hari ni yg si stacy ni pernah masuk ganstarz tv3 tahun lepas, so padan lah dia boleh perform dengan baik. 8.5/10
Nadia
Pesembahan dia semakin meningkat kerana nadia lebih sesuai membawa lagu2 yang berbentuk catchy macam lagu si Elyana ni . Aku dengar dari kawan opis jugak minah ni dah biasa masuk pertandingan dekat lembah klang ni. Nadia boleh kekal sampai ke final rasanya.
(ehh apa kaitan plak ek) so 7.5/10
Riz
Memang lah si mamat ni pandai mainkan mata dia yang bersinar itu, patut lah A.Yan suka. Dari segi suara dah okey cuma butiran lagu english dia tak berapa nak paham.. kira mcm kunyah lagu lah kot. Ada peningkatan juga dan aku pun baru tahu dia dah pernah masuk rcgn realiti iaitu gangstarz gak. 7.5/10
Rina
Apa ek nak ulas ? Persembahan macam mendatar jugak, adakah mama rina kena bawa lagu rock mcm konsert ke 3 baru ada kelainan? 6/10
Alif
Tak berjaya membawa lagu adam dengan baik walaupun menari nya 80 % ok, agaknya dia peserta pertama kena nyanyi memungkinkan persembahan nya biasa kerana vokal masih lagi kurang mantap. 6/10
Nubhan
Berterabur nyanyian dia mungkin kena buat gaya atau menari ikut tempo lalu nada suara dia pun terkucar kacir. 6/10
Toi
Agak berjaya juga membawa lagu english tapi nyanyian nya hanya kerana nampak mcm hafal lirik semata mata sahaja. 6/10
Stanly
Mungkin lah dia masih sedih lalu cuba membawa lagu tersebut dengan nada sedih yang beriya-riya.. tapi still tak sedap lagi aku rasa. 6/10
Saida
Oklah tew saida bawa tapi masih lemah dan mendatar, tak tahu kenapa astro ambik dia sebagai pelajar ,kasihan 4 org lagi pelajar pompuan lain... manalah tahu sofea salah sorang calon tu suara dia okey kan.. kekeke tapi legalah aku rasa saida terkluar juga akhirnya. 5/10