Friday, April 25, 2008

Gegar Otak 21&22 Jun... Jom Join Jom

Setelah di ura-ura dan di rancang bagai oleh budak2 reban tegar, maka Gegar Otak akan berlangsung pada 21 &22 Jun nanti bertempat di Cherating . Sebenarnya nak ulas lebih lanjut pasal ni aku pun takdela termasuk dalam ajk yang bermesyurat pada jumaat lepas jadi aku andaikan semua budak2 reban Joebangla dah tahu dah pasal benda ni.

Cuma yang musykilnya aku tengok sambutan mcm dingin aja, sebab apa ek? sebab masih jauh lagi atau masing2 ada komitmen pada tarikh tersebut.Jadinya sepeti yg dilantik oleh ahli2 reban lain sbg menteri penerangan(sapa ek lantik?PM ka?) kenalah juga aku mempromote kan GEGAR supaya ramai yang ikut serta. Aku sehingga ke hari ni masih lagi belum membuat confirmation pada PM atau cik sexseatary... nak pergi atau pun tidak. Harap2 deo masih ada kat lembah klang kerna dah sound dia awal2 nak tumpang kalau aku terpergi nanti. wakakakaka

Oh ya sebelum aku ulas lanjut pasal gahtering ni naklah juga aku bagitau mcm mana aku boleh terjebak dgn geng reban ni(wahh mcm terjebak dlm lembah ******* plak). Aku tahu adanya blog si bangla ni masa aku bergiat aktif dalam tag SM @ spiral, 2 tag yang aku aktif masa musim pertama AF berlangsung. Kat situ lah si sempoi mention kan ada 1 blog ni yang best untuk di baca sampai dia boleh print bawa balik umah nak baca kisah seorang perantau yg hidupnya tak keruan selepas di landa musibah. (kagum aku dgn semangat mamat ni masa mula2 baca tapi sejak 2 menjak ni asyik ber DQ aja..lari//////////)

Masa kat tag reban tu takdelah aku aktif sangat then depa ada lah selalu mention nak buat perjumpaan ,maybe aku tak join couse tak kenal rapat lagi sebab ramai sgt org dalam tag time tu.Yang aku ingat selalu aku berbual dgn bilal...(hakak garang si deo ni wakakaka), delinn aku tak prasan plak bila start sembangnya. Then aku muncul(bersama anak bini) buat pertama kalinya di rumah arc/bdk pada perjumpaan gegar raya 2 tahun lepas. Dari kacamata akulah budak2 reban ni senang di ajak berbual ,apa apa isu aja senang nak berggossip terutama pasal hiburan seni..(patutlah aku jadi menteri penerangan ek). So lepas dari gegar raya tu aku pun mulalah aktif berkawan dgn mereka2 yg tegar ni. (tegar maksud aku asyik2 muka yang sama aja bila ada perjumpaan.. wakakakak)

Jadi amat rugilah pada mereka yang tak join gegar otak di cherating nanti(wahh boleh buat promote ka mcm ni). Segala aktiviti di rancang baik punya oleh si dafii (ehh duff) dan ima. Tak lupa juga si angah & wan yg merupakan laki bini tegar yang akan join mana2 akitiviti rasmi . Zura yg dok kat kuantan sure lah pergi kan dan dah tentu laki dia si alangz join sama untuk honeymoon wat kali ke barapa tah(wakakaka).Dah tentu Budak & Arc akan turut serta... ehh sure bdk bawa gitar ek menyanyi depan unggun api. Pada mereka yang masih lagi berteka teki nak join,ataupun baru first time nak join buangkan rasa malu itu. Jikalau anda turut serta pasti banyak kenangan indah dan pengalaman bercamping ini menjadi sesuatu yang mungkin baru untuk hidup anda. So apa lai? Jom gegar otak !