Tuesday, April 29, 2008

Belangsungkawa Bapa Mertua Ku

Pagi sabtu lalu dalam 7 pagi wife di kejutkan panggilan dari kakaknya , Abah dah takda. Aku yang berada di tepinya dengar dengan jelas perbualan mereka. Aruah meninggal di sebabkan kecederaan dalaman selepas dia mengalami pelanggaran atau jatuh motor selepas terlanggar motor org lain(detail taklah tahu sgt eksiden tu). Boleh pula wife aku tanya boleh ke aku pulang ke kg, dah sah la boleh di tambah cuti ehsan kematian ,opis aku boleh bagi. Aku tengok wife aku tak pula menangis ter esak esak seperti mak mertua aku meninggal tahun 2005 yang lepas.

Sememangnya aku tak naklah bagi tau hubungan aruah bapa mertua ku dengan adik beradik wife aku taklah rapat kerana aruah mertuaku pernah hilangkan diri semasa wife aku bersekolah.(ehh dah terberitahu ek). Hilangkan di sini bermaksud pergi tanpa pesan kira aruah mak mertua aku tu digantung tak bertali gitu. 5 tahun lepas aruah telah berkahwin lagi tapi dengan janda 3 anak besar jadi dia dok dengan ibu tiri wife aku sehingga dia meninggal sabtu lepas. Aku tak nak lah ulas lebih lanjut tapi aku rasa memang wife aku tak puas hati dengan aruah mertua ku jadi aku andaikan mungkin dia taklah nampak begitu sedih atau bermuram sekalipun.

Sebelum aku bertolak tu sempat lagi aku pergi jogging sebelum nak pulang sebab memang dah plan lepas suboh pagi sabtu selalunya aku pergi mengexercisekan diri(sabojelah kan). Pukul 8-9 sempat masuk blog joe maklum kat tag nak gerak pulang ke utara couse sejak 2 menjak ni selalu aje aku bertag kan diri waima hari cuti pun. Maka dalam 10.15 kami se family terus aja bertolak pulang ke kg Paya Semambu,Relau Kedah. Sepanjang perjalanan wife aku masih cool dan tak menunjukkan kesedihan yang ketara sangat. Lebih kurang 12.30 dah sampai dekat hentian R&R sg perak, laju pulak aku bawa takut tersangkut saman couse bawa dalam purata 120-130 km/j.

Makan tengahari siap-siap takut nanti anak-anak meragam pulak kalau sampai sana nanti. Mulanya ingat nak di simpan dalam pukul 3 tapi di lanjutkan selepas asar sebab kita orang tinggal kl takut pula tak sempat ziarah. 2.30 petang dah sampai Sg bakap terus aje singgah rumah kakak ipar sembahyang dahulu kat situ. Dalam 3.30 sampailah ke Kg paya Semambu tu dan ketika itu jenazah tengah di mandikan. Oleh kerna dah ramai orang dalam tu aku cuma lihat ajelah dalam 10 minit gitu ,sepatutnya aku kenalah tolong ek siram ke atau tolong bagi air ke, tapi lebih afdal anak2 lelaki sendiri yang mandikan ye tak.Di samping itu juga dah ada 3-4 orang yang aku nampak memang mahir dan bertugas kalau ada orang meninggal di kg tersebut.

Lepas tu terus aku baca surah yassin (org umah dlm cuti) sebab aku tengok takde sesiapa pun baca yassin ketika itu. Time tu aku rasa elok benar aku ikuti mana2 kursus untuk uruskan orang meninggal sebab kalaulah takde org berpengalaman jikalau terdapat mana2 saudara terdekat taklah kekok sangat nak turut serta nanti. Selepas jenazah di angkat dan di kafankan tibalah saat ahli keluarga di panggil untuk memberi kucupan terakhir di dahi. Pada waktu ini bagi sesiapa yang rapat dengan aruah aku boleh tengok dia keluarkan air mata ataupun tidak. Aku tengok adik beradik wife aku yang 6 org tu masih cool lagi kerna takde pula yang menangis beriya , (kasihan pulak sorang lagi adik ipar yang tgh belajar di canada sure terkilan tak dpt balik). Imam pun tanyalah sapa sapa lagi nak tatap ni, aku pun turut la cium dahi bapa mertuaku itu (sejuk pula dahi lepas di mandikan) . Aku takdelah nak tatap jenazah aruah sebab takut badi pentas..(ter Af plak) opppss badi mayat couse aku terbaca paper metro hari apa tah last week ,ada pelajar histeria lepas melawat mayat dekat perak kot. Anak anak aku yg dua orang tu pun aku tak bagi tengok kang takut pula ada yang demam ke apa ke.(beringat takpe kot)

Selepas tu jenazah di bawa dengan Pajero jiran tak salah aku ke masjid untuk di sembahyang dan di semadikan. Aku turut serta walaupun taklah hafal ayat yang perlu di baca hanya baca al-fatihah sahaja setiap 4 kali takbir sembahyang jenazah tu. Lepastu terus di bawa ke kubur untuk di semadikan, segala urusan pengebumian berlangsung dengan lancar tetapi dek time tu 2-3 hari lepas sebelum sabtu ,hujan asyik turun maka kawasan bawah kubur tu di genangi air. Tiba tiba lak anak aku yang kecil tu dah mengantuk terus aku bawa ke kereta couse wife aku nak ikuti upacara pengebumian yang aku pasti kalau dengar akan insaf bahawa segala yang hidup akan meninggalkan dunia maka isikanlah kehidupan dengan amal ibadat seimbangkan dunia dan akhirat. Lebih kurang pukul 6 tepat maka beransurlah pulang ke rumah ibu tiri wife dengan pelbagai pertanyaan(dlm diri) dan keinsafan . Semoga roh bapa mertuaku di tempatkan di kalangan orang yang beriman, amin.