Monday, April 14, 2008

Nak tulis tentang apa ek?

Salam....

Apa ek nak tulis? sure tak reti ni aku nak tulis, komen aje sukmo nya. Ingat nak cerita pasal politik, tapi macam rasa hampeh pulak, Then AF 6? kekeke... oklah juga saje je ni nak test power buat ulasan konsert ke Empat sabtu lepas.

Faizal

Lagu asli yang di bawa tidak di jiwai sepenuhnya,mungkin dia nyanyi agak mengawal lontaran suara dan kurang dari segi tariannya menyebabkan persembahan faizal umpama cukup cukup makan aje. Namun begitu dia berjaya menyahut cabaran pengetua dengan sedikit peningkatan di banding konsert rock yang lepas. 6.5/10

Saida

Kalau ikutkan mahu aja aku tak nak tengok lagi saida untuk next konsert. Saida masih takut lagi dengan pengkritik mungkin kerana persembahan masih lemah. Tidak membuat persembahan sepenuhnya di samping terlalu banyak keluarkan tangan lindungi mukanya dan tarian tidak sama dengan penari yang mengiringinya. 4.5/10

Nadia

Persembahan yang menbangkitkan nostalgia zaman2 dulu. Vokal masih konsisten tetapi masih kurang lemak merdunya. Naida boleh menggunakan ruang dan penari untuk menyemarakkan lagi persembahanya. Rasanya peluang nadia untuk ke final cerah memandangkan peserta wanita semakin kurang dan selalunya persembahan di konsert tidak mengecewakan pengundi. 7.5/10

Toi

Amat mengecewakan, Toi masih lagi lemah dari segi vokal dan lagu yang memerlukan atitud tidak di buat dengan begitu baik olehnya. Masalah lirik yang panjang nak tempo yang laju mungkin menyebabkab Toi berhati hati membuat persembahan. 6/10

Alif

Berjaya membawa lagu walaupun mempunyai masalah kerana hanya 3 hari berlatih untuk membuat persembahan konsert. Oleh kerana berhati hati menyebabkan lagu yang menarik tidak berjaya di buat atau di dalami oleh Alif sepenuhnya untuk melontarkan suara nya lebih padu . 6.5/10

Stanly

Masalah lupa lirik dan tidak konsisten adalah masalah yang harus di teliti dan di halusi oleh stanly. Penafasan dan kawalan suara di buat2 oleh stanly menyebabkan ada bahagian lagu tidak sharp sepenuhnya menyebabkan persembahan stanly tidak berjaya mengagumi penonton. 5.5/10


Nubhan

Mungkin persembahan orang lain yang menyebabkan Akak Ogy mengamuk lalu nubhan merancang strategi untuk cuba melunturkan sedikit kemarahan akak Ogy dengan memberi bunga . Vokal yang tidak konsisten jugak menyebabkan persembahan nubhan tidak seperti yg diharapkan. Gaya dan teknik persembahan harus di pelajari dengan cikgu fauziah atau linda jasmin. 6/10

Rizz

Persembahan yang bertenaga tetapi terdapat juga bahagian2 yang perlu konsiten kerana konsert yang sebegini penonton mengharapkan energy di pentas sampai ke penonton. Riz berjaya mengubah pengundi masalah di dalam diari tidak menjejaskan undian semasa konsert. 7/10

Rina

Rina tidak berjaya menakluk persembahan seperti konsert rock yang lepas. Mungkin masalah sakit lutut menyebabkan beliau begitu berhati hati senhingga menjejaskan persembahan yang agak mendatar tetapi masih menarik untuk di lihat sehingga selesai nyanyian nya. 6.5/10

Stacy

Lagu baru yang tidaklah begitu menarik perhatian menyebabkan persembahan stacy tidak begitu menarik di tontoni. Oleh kerana lagu ini baru jadi susah untuk membuat penilaian jadi persembahan suara stacy hanya sepeti konsert yang lepas. 6.5/10