Weekend lepas , kat tadika anak aku tu ada hari pertemuan ibu/bapa dan semua guru . Hujung bulan 6 haritu ada buat ujian penggal. Kira ada 6 subjek ujian penggal si abang kena lalui. Takdelah aku dok suruh dia buat ulangkaji sebab aku tanya sorang guru tu ujian biasa-biasa aja. Bulan 6 tu cuti skolah so dlm 7 hari gak si abang tak ke tadika.
Sampai aja terus jumpa guru kelas., so dia bagi result keseluruhaan ada 2 A, 1 b, 1 c dan 2 E. Daripada 28 org murid dalam kelas dia si abg dok tangga ke 15. APA???? oppss . Rupe-rupenya yang gagal tu subjek math (dah blajar pun add/subtract), ingat kan depa lom ajar. Yang 1 lagi subjek jawi/agama , kira lemah jugak la sebab dapat gagal kan.Hehehe kena start gabra dah ke ni? ke buat dek aja..tunggu umur 6-7 tahun ka ?
Hemmm.. macam mana ek, adakah dari awal kena start dah setiap malam suruh ulangkaji? hehehe sian kat budak 5 tahun yang suka dok main lagi di awal umur mereka ni. Takpelah kira kena ajar lah sikit-sikit, jawi tu kena beli cd lah kot, kasi kenal dan biasakan dia tulis.
Yang hairan 2 A tu plak English (smart reader dan science ). Oklah tu kira dok ajar dia dalam bahasa inggeris. Dalam kelas rata-rata cikgu kata si abang ni lambat sikit nak join aktiviti, maybe masih malu kot, atau belum dapat sesuaikan diri lagi . Kira menjadi kebiasaan lah kalau budak baru masuk situ belajar.
Prestasi PR plak? huhu, memang penat lah jugak , penat dok ulang benda yang sama. Lepastu suka gak dia memberi alasan, kira ringan aja dia dok menjawap kalau org umah aku dok tegur dia. So bulan ni dapat gaji dah , member dok berangan nak beli dah itu dan ini. Ada sapa leh kasi idea, kalau majikan simpan dulu dalam rm 100 setiap bulan, in case kalau cukup setahun dia cabut lari.
Bukanya apa, member asyik dok teringat family kat sana, dok sebut nak balik lah. Kalau nak ikutkan kontrak kena keja 2 thn. So kalau simpan (dengan siap bertaip dan sign agaknya ni) 100 ,so kurang lah risiko dia nak blah macam tu ja. Si yam dok peringat haritu jangan dok percaya sangat PR ni. Tengoklah macam mana kena bincang dulu ni so dah bincang bagitaulah elok-elok kan.
Satu lagi macam mana ek nak kirim duit diaorang kat indon sana? Dia macam nak suruh bank-in kat akaun kakak dia kat sumatera tu. Bank nya nam BCR apa tah.. mujur tak BPR ..(aku bukan serangga..hehehhe). Kena tanya member opis lah kot ni depa buat macam mana. Prestasi keja setakat ni ok, kena arah dan tegur selalu, kang dia selalu bagi alasan lupa lah..tak sengaja lah.. huhu.