Last week org umah kena tahan wad kat spital yg aku kena tahan denggi tu. Sakit baby berkontraksi ,mcm nak kluar tapi belum lagi ,berat baru 1.2 kg , tak elok keluar awal-awal. Sampai pukul 2 , dalam 4-5 ptg baru Dr. Pakar yang dah pi jumpa tu mai. Sebelum naik tingkat atas/wad pun dok lama menunggu kata putus, kemungkinan banyak kes emergency di tambah pulak kat kaunter tu ada nurse dah pakai penutup muka.. menakutkan..macam ada kes H satu N satu aja.
Sebelum tu dah cakap kat nurse tak kisah dr. mana pun check dulu, dah emergency kan. Hmmmm ,nama je spital swasta dengar serbis yang masih lambat. Masa sampai kat emergency tu nurse kat situ dengan nada yg tegas dok tanya minggu ke berapa dah, lepastu dok kata /buat keputusan sendiri tak payah buat ujian lagi, baru 26 minggu. Kira dah 7 bulan baru leh buat ujian pergerakan baby dia kata.
Kira layanan tu macam kat spital kerajaan padahal charge depa tah apa2 bila tengok bil .Mentang mentang la opis buat bayaran ,so aku dah suruh admin buat GL lain gi spital kat ampang tu pulak. Agak jauh dari umah tapi compare dgn spital tu, tapi takde masalah kot Duke ada , leh pecut masuk MRR2. Wife pun dok compare dia kata nurse kat Ampang tu lagi cekap, berhemah ,bertimbang rasa dan cun-cun..opsss saje je tambah,,ekekekke
So dah buat temujanji bulan 8 ni gi check kat Ampang Put tu. Dr. yang sama macam sebelum ni Dr. fauziah yang dulu ada ruangan kat b.harian tu. Tapi masa temujanji minggu tu jadual penuh so kat klinik dia ada dr. lain ganti (kira dr. stand by kot), takpelah at least aku dah biasa kat situ, kat mana tempat kelahiran anak, kat mana tempat letak baby , kat mana nak park kalau hari cuti.. . Cuma yang tak bestnya kalau waktu puncak, sesak sikit jalan kat area situ.
2 malam aje kena tahan wad so Dr bagi cuti sampai 11 hari jadi berehat la sampai jumaat ni. Oh ya suspen gak kot anak no 2 tu dok tanya mama dia ke masa nak tidur tapi dah ok aja la ni. P.R pun dah ok kalau suruh masak simple untuk anak-anak , oklah tu janji depa dah biasa kalau mama dia kena tahan wad bulan 9 ni untuk menunggu adik depa ni kluar. Hmm.. harap2 kali ni cukup lah 36 minggu, ok sikit kalau baby dah berat 2.5 ke atas.. (eer doakan lah sama ya)