Monday, August 24, 2009

Ramadhan kali ini

Alhamdulillaah, dah masuk hari ke 3 berpuasa pada hari ni dan setakat ni semuanya berjalan dengan baik. Hari sabtu hari pertama bangun sahur, senang aja nak bangun tu pun kena kejut 2-3 kali gak dengan orang umah huhuhu. Aku bukanya apa sejak kecil lagi mak aku selalu je kejutkan bangun so bila dah dewasa ni otomatik waktu sahur paling di nantikan , selain dari waktu berbuka dah semestinya magie paling berkobar-kobar nak mengisi ..opss. Oh ya orang umah pun berjaya atasi tak perlu makan ubat tapi baby kat perut tu banyak kali jugaklah dok mengeras.

Petang sebelum puasa tu PR aku dah masak rendang ayam , opss macam nak sambut raya plak sebab kat tempat dia selalu buat sempena masuk awal ramadhan. Haritu dia pernah buat, banyak betul minyaknya, then org umah tegur kali ni dah ok.Hari pertama puasa wife masak bihun goreng lepastu nasi lauk rendang ada lagi untuk sahurnya. Petang semalam pulak ada bihun sup ayam + nasi ayam madu, fuhh belasah je aku sampai aku timbang berat badan macam sama aja tak turun pun lagi,, hehehhe

Puasa kali ni aku try tak beli lagi juadah kat bazaar ramadhan tu, orang umah pun seminggu bercuti skolah so dia di bantu oleh PR manakala aku kenalah gi pasar beli bahan-bahan. Hari ke 3 hari ni macam nak singgah tapi cadangnya nak beli buah tembikai ajelah buat air jus,hari pertama dah buat ,semalam pulak air jus oren. Tengoklah kalau ada kuih sampingan beli lah jugak setakat yang ada.

Terawih pula dah 3 malam pergi, hari pertama penuh la jugak sampai kebelakang penuh surau tu. Malam ke 2 dan malam tadi dah berkurang sebab ada yang keja cikgu laki/bini ambil kesempatan sempena cuti skolah ni balik kampong la so berkurang la sikit jemaah.

Oh ya semalam cuti 2 hari berturut-turut layan tidur aja kejanya. Line internet problem plak so aktiviti berkebun macam dah jadi slow balik, takpelah main suka –suka je takdelah beriya sangat kan,, ekekeke. Takpelah ni kira aktiviti masa lapang lah memandangkan tak lama lagi jadi arbain bujang kembali ada lah aktviti di masa lapang dengan berkebun..(2 bulan kot ni..). Hari ni start keja tadi aku tak tidur lepas sahur , itupun dok buat aktiviti berkebun la, rasa macam ok ja sampai ke ptg. Eh dah waktu balik ni..selamat berpuasa sekali lagi pada semua.

Monday, August 17, 2009

Hmmmmm nama apa ya

Hehehe


Sabar ajelah kan , nak gak aku letak hasil tanaman terbaru . Ni pun lepas tengok blog jiran-jiran siap letak depa punya ladang masing-masing.Lepas tgk ldang aku kat blog sapa tah tu... alamak tak lawa ek, yelah jumaat lepas aku tak reti lagi nak plow tanah . Ingatkan guna blodozer aje kalau nak delete. Rupenya ada seeting kat tempat lain. Yelah salah aku gak kan tak check info ke atau tanya jiran-jiran lain. Tengkiu pada ayu yang bagitau cara-cara nak rapatkan safff.. hehehe

Weeknd lepas memang nak pulun tapi internet kat umah macam sekejap ada sekejap takde. Sabtu pagi sampai tgh plak kena gi Spital swasta kat Ampang tu. Ada port nak berinternet (ada cyber cafe dan Old twn white coppee aje depan spital tu). Kena jalan jauh sikit la.., so kalau org umah kena tahan wad boleh kot gi sekejap-sekejap.. opssssssss... apa laa... ladang gak dok teringat kan.

Oh ya, cite sabtu lepas pagi ingatkan dah sampai 8.35 lebih tak ramai org lagi. Rupenya sepagi 8 dah orang datang so giliran menunggu sampai pukul 12.30.. Itupun sebab hari khamis punya temujanji di bawa ke hari sabtu sebab doktor ada kes rupenya. Sempat la aku pi tidur jap kat bilik kanak-kanak tu couse mengantuk sangat. Lepastu pi minum kat bawah, jalan-jalan kat shopping complex ada giant tu. Banyak benda nak beli tapi macam tak larat plak nak usung hanya beli minuman dan makanan ringan aje couse rasa macam tak sihat aje pagi tu.

Jumpa doktor, check scan , berat, ketinggian, jantung, tulang lepas tu nampak lah burung katanya doktor. Alhamdulilah sihat walafiat dalam tu, berat dah 1.75 kg, lagi 0.25 nak masuk tahap 2.0 kg yang di katakan apdal kalau lahir. Itupun kena check gak paru-paru dah matang ke belum kalau baby keluar sebelum 36 minggu ni (petengahan sept). Emm baby boy .. kena la plak cari nama ni. Nama apa ya.. tengok/cari nama kat internet je lah kot ni

Tuesday, August 11, 2009

Ketagih kah

Sabarjela ,sejak aku dok terlibat dengan game FT kat pacebook yang takde faedah depa dok canang tu, sejak 2 menjak selalu je kalau nak tidur rasa tak tenteram aja. Rasa macam nak aje main selalu benda natang ni.. couse sebelum ni aku dok main Buddy farm dan eppy farm macam biasa aje.. rilex aku just main suka-suka aje

FT ni pulak macam rasa lain , tah le.. macam ketagih plak pun ada. Emm mungkin aku baru tau game tu macam mana last week, sebelum ni aku tak reti pun nak gi market dan offer nak keja kat ladang-ladang orang lain, so sabtu/ahad lepas aku mencubakan diri. Rasa mcm best plak melawat dan ambil upah kat farm orang lain..


Hmm.. itu jelah kot,, ni nak tunggu anggur masak , kang aku nak gi market bg orang lain harvestkan. ekekekeke. Tengoklah aku cuba tak nak selalu sangat online, kan orang sekeliling pun hairan pesal dok mengadap game ni aja... huhu. Balik opis ja buka farm, balik bersukan buka farm, nak tdr pun berfarm, sampai kalau pagi-pagi tu terus buka farm dulu..opssss

Oklah selamat berladang bagi yang menceburi bidang baru ini , dengan ucapan puasa nak dekat nanti jangan pulak terabai amalan sunat (terawih ,baca al quran ka) kerna asyik berfarm ajee..(adakah kena pulun sebelum 22 ogs ni). Selamat Berpuasa nanti ya...

Tuesday, August 4, 2009

Adik ku kahwin lagi

Hehehe, nama tajuk macam lagu ayahku kahwin lagi aja ek . Oklah nak cite 2 bulan sebelum ni ada member dari jay bee sms tanya aku nak turut serta tak, tengok konsert search yang dengar cite tak bebaloi baloi tengok itu,ekekekek. Masa tu aku macam terasa takut ada hal time tu sebab lama lagi pun so aku balas nak beli sendiri wahh macam dah terdetik di hati ini terasa ada hal pulak kan. Kira tak de peluang lah nak tengok konsert takpelah aku baca banyak dok kutuk sistem bunyi yang tak berbaloi itu. hihihi

Pada 1 julai lebih kurang tarikh macam tu adik pompuan aku call bagitau adik laki (beza 2 thn dari aku ) yang 3 tahun kot menduda nak kahwin dengan orang sarawakian..(wahh menepati 1 malaysia..opss kebetulan je ). Depa dah 2 tahun kot berkawan tapi macam lambat je nak langsung last-last adik pompuan aku tu call tanya betul –betul si Aliah tu(bukan nama sebenar,,heheh) kalau langsung 1 ogos dengan serba ringkas tanpa perlu hantaran beribu raban,cukup sekadar ada mas kahwin ,cincin dan berapa dulang hantaran(9 kot) .

Kira beruntung la adik laki ku ni, dia setuju sebab dia tau adik aku tu kena sara 3 orang anak di bawah bekas jandanya yang dok kat Penang gak, mana lah nak cukup nak sedia banyak uang kan.. huhu. Ha, kan bagus kalau nak kahwin tak payah guna banyak uang untuk hantaran…(err kebetulan si Aliah tu pun keja sales marketing kira income ok kot…)

Oleh kerna cuti mc org umah sampai 31 julai, apa lagi terus aku ambil cuti sehari hari jumaat, kita petang khamis dalam 6.15 bergerak pulang ikut DUKE terus masuk Duta. Wahh sejak jalan PLUS kat Ipoh tu baru je siap tanpa bayar tol kat situ, dan tanpa ambil balik tiket at jelapang , 10,30 sampai dah Jawi, s.perai tu. Sekejap aja., kira jimat 1 jam kot ni, (ikut Duke pun jimat masa gak ni) .

Ok berbalik 1 ogos hari kahwin adik ku tu ,pagi tu hujan dan mendung aja . Bergerak 2 kereta 1 van menuju ke Masjid Negeri P.P. Sampai dalam 10 am, semua pengantin, tok kadi ,saksi dah ada siap-siap kat situ. 2 kali akad , (1 kali tu tersalah bin nama lain,hihihi gugup gak kot)kali ke 2 terus dah sah kahwin. Lepastu jamuan pengantin pompuan dan adik aku tu berkongsi buat bufet kat hotel area Penang ni. Kira jamuan untuk adik badik aku yang datang dan meraikan pengantin aja.

Petang balik, giliran kita orang lak bertungkus lumus prepare majlis sambut menantu + tahlil buat tahlil aruah abah yang di buat pada hari ahad tu. Kira tugas aku banyak mengankat barang, basuh ayam ,kemas -kemas umah sambil dok jaga anak-anak saudara ,sebelum tu gi pasar beli barang-barang yang tak cukup lagi.

Ahadnya kenduri kecil aja, panggil adik badik yang dok berjiran dengan umah aku tu, di campur dengan orang-orang masjid yang datang buat tahlil. Menu yang di sediakan adalah masakan kampung nyum-nyum ada gulai ikan tenggiri /pari , ayam masak merah +rendang, sambal petai udang, sayuran kacang, ulam bercicahkan sambal pedas... fuhh laku betul masakkan kakak ipar aku buat- gulai aje mak aku sediakan rasanya.

Pengantin pompuan mai dalam 2 petang, tetamu ramai dah balik, takde sanding apa -apa pun kira buat ringkas dan syarat adalah kenduri sambut menantu kan. Dalam 3 lebih aku gerak pulang ke Jawi rehatkan badan dulu couse nak gerak pulang ke KL petang tu gak. Lepas Asar lebih kurang 6.15 baru gerak ke kl dan kali ni rehat 45 minit kat behrang dan sampai kat umah dalam 11.00 mlm.