Monday, August 24, 2009

Ramadhan kali ini

Alhamdulillaah, dah masuk hari ke 3 berpuasa pada hari ni dan setakat ni semuanya berjalan dengan baik. Hari sabtu hari pertama bangun sahur, senang aja nak bangun tu pun kena kejut 2-3 kali gak dengan orang umah huhuhu. Aku bukanya apa sejak kecil lagi mak aku selalu je kejutkan bangun so bila dah dewasa ni otomatik waktu sahur paling di nantikan , selain dari waktu berbuka dah semestinya magie paling berkobar-kobar nak mengisi ..opss. Oh ya orang umah pun berjaya atasi tak perlu makan ubat tapi baby kat perut tu banyak kali jugaklah dok mengeras.

Petang sebelum puasa tu PR aku dah masak rendang ayam , opss macam nak sambut raya plak sebab kat tempat dia selalu buat sempena masuk awal ramadhan. Haritu dia pernah buat, banyak betul minyaknya, then org umah tegur kali ni dah ok.Hari pertama puasa wife masak bihun goreng lepastu nasi lauk rendang ada lagi untuk sahurnya. Petang semalam pulak ada bihun sup ayam + nasi ayam madu, fuhh belasah je aku sampai aku timbang berat badan macam sama aja tak turun pun lagi,, hehehhe

Puasa kali ni aku try tak beli lagi juadah kat bazaar ramadhan tu, orang umah pun seminggu bercuti skolah so dia di bantu oleh PR manakala aku kenalah gi pasar beli bahan-bahan. Hari ke 3 hari ni macam nak singgah tapi cadangnya nak beli buah tembikai ajelah buat air jus,hari pertama dah buat ,semalam pulak air jus oren. Tengoklah kalau ada kuih sampingan beli lah jugak setakat yang ada.

Terawih pula dah 3 malam pergi, hari pertama penuh la jugak sampai kebelakang penuh surau tu. Malam ke 2 dan malam tadi dah berkurang sebab ada yang keja cikgu laki/bini ambil kesempatan sempena cuti skolah ni balik kampong la so berkurang la sikit jemaah.

Oh ya semalam cuti 2 hari berturut-turut layan tidur aja kejanya. Line internet problem plak so aktiviti berkebun macam dah jadi slow balik, takpelah main suka –suka je takdelah beriya sangat kan,, ekekeke. Takpelah ni kira aktiviti masa lapang lah memandangkan tak lama lagi jadi arbain bujang kembali ada lah aktviti di masa lapang dengan berkebun..(2 bulan kot ni..). Hari ni start keja tadi aku tak tidur lepas sahur , itupun dok buat aktiviti berkebun la, rasa macam ok ja sampai ke ptg. Eh dah waktu balik ni..selamat berpuasa sekali lagi pada semua.