Sabar ajelah kan , nak gak aku letak hasil tanaman terbaru . Ni pun lepas tengok blog jiran-jiran siap letak depa punya ladang masing-masing.Lepas tgk ldang aku kat blog sapa tah tu... alamak tak lawa ek, yelah jumaat lepas aku tak reti lagi nak plow tanah . Ingatkan guna blodozer aje kalau nak delete. Rupenya ada seeting kat tempat lain. Yelah salah aku gak kan tak check info ke atau tanya jiran-jiran lain. Tengkiu pada ayu yang bagitau cara-cara nak rapatkan safff.. hehehe
Weeknd lepas memang nak pulun tapi internet kat umah macam sekejap ada sekejap takde. Sabtu pagi sampai tgh plak kena gi Spital swasta kat Ampang tu. Ada port nak berinternet (ada cyber cafe dan Old twn white coppee aje depan spital tu). Kena jalan jauh sikit la.., so kalau org umah kena tahan wad boleh kot gi sekejap-sekejap.. opssssssss... apa laa... ladang gak dok teringat kan.
Oh ya, cite sabtu lepas pagi ingatkan dah sampai 8.35 lebih tak ramai org lagi. Rupenya sepagi 8 dah orang datang so giliran menunggu sampai pukul 12.30.. Itupun sebab hari khamis punya temujanji di bawa ke hari sabtu sebab doktor ada kes rupenya. Sempat la aku pi tidur jap kat bilik kanak-kanak tu couse mengantuk sangat. Lepastu pi minum kat bawah, jalan-jalan kat shopping complex ada giant tu. Banyak benda nak beli tapi macam tak larat plak nak usung hanya beli minuman dan makanan ringan aje couse rasa macam tak sihat aje pagi tu.
Jumpa doktor, check scan , berat, ketinggian, jantung, tulang lepas tu nampak lah burung katanya doktor. Alhamdulilah sihat walafiat dalam tu, berat dah 1.75 kg, lagi 0.25 nak masuk tahap 2.0 kg yang di katakan apdal kalau lahir. Itupun kena check gak paru-paru dah matang ke belum kalau baby keluar sebelum 36 minggu ni (petengahan sept). Emm baby boy .. kena la plak cari nama ni. Nama apa ya.. tengok/cari nama kat internet je lah kot ni