Tuesday, August 4, 2009

Adik ku kahwin lagi

Hehehe, nama tajuk macam lagu ayahku kahwin lagi aja ek . Oklah nak cite 2 bulan sebelum ni ada member dari jay bee sms tanya aku nak turut serta tak, tengok konsert search yang dengar cite tak bebaloi baloi tengok itu,ekekekek. Masa tu aku macam terasa takut ada hal time tu sebab lama lagi pun so aku balas nak beli sendiri wahh macam dah terdetik di hati ini terasa ada hal pulak kan. Kira tak de peluang lah nak tengok konsert takpelah aku baca banyak dok kutuk sistem bunyi yang tak berbaloi itu. hihihi

Pada 1 julai lebih kurang tarikh macam tu adik pompuan aku call bagitau adik laki (beza 2 thn dari aku ) yang 3 tahun kot menduda nak kahwin dengan orang sarawakian..(wahh menepati 1 malaysia..opss kebetulan je ). Depa dah 2 tahun kot berkawan tapi macam lambat je nak langsung last-last adik pompuan aku tu call tanya betul –betul si Aliah tu(bukan nama sebenar,,heheh) kalau langsung 1 ogos dengan serba ringkas tanpa perlu hantaran beribu raban,cukup sekadar ada mas kahwin ,cincin dan berapa dulang hantaran(9 kot) .

Kira beruntung la adik laki ku ni, dia setuju sebab dia tau adik aku tu kena sara 3 orang anak di bawah bekas jandanya yang dok kat Penang gak, mana lah nak cukup nak sedia banyak uang kan.. huhu. Ha, kan bagus kalau nak kahwin tak payah guna banyak uang untuk hantaran…(err kebetulan si Aliah tu pun keja sales marketing kira income ok kot…)

Oleh kerna cuti mc org umah sampai 31 julai, apa lagi terus aku ambil cuti sehari hari jumaat, kita petang khamis dalam 6.15 bergerak pulang ikut DUKE terus masuk Duta. Wahh sejak jalan PLUS kat Ipoh tu baru je siap tanpa bayar tol kat situ, dan tanpa ambil balik tiket at jelapang , 10,30 sampai dah Jawi, s.perai tu. Sekejap aja., kira jimat 1 jam kot ni, (ikut Duke pun jimat masa gak ni) .

Ok berbalik 1 ogos hari kahwin adik ku tu ,pagi tu hujan dan mendung aja . Bergerak 2 kereta 1 van menuju ke Masjid Negeri P.P. Sampai dalam 10 am, semua pengantin, tok kadi ,saksi dah ada siap-siap kat situ. 2 kali akad , (1 kali tu tersalah bin nama lain,hihihi gugup gak kot)kali ke 2 terus dah sah kahwin. Lepastu jamuan pengantin pompuan dan adik aku tu berkongsi buat bufet kat hotel area Penang ni. Kira jamuan untuk adik badik aku yang datang dan meraikan pengantin aja.

Petang balik, giliran kita orang lak bertungkus lumus prepare majlis sambut menantu + tahlil buat tahlil aruah abah yang di buat pada hari ahad tu. Kira tugas aku banyak mengankat barang, basuh ayam ,kemas -kemas umah sambil dok jaga anak-anak saudara ,sebelum tu gi pasar beli barang-barang yang tak cukup lagi.

Ahadnya kenduri kecil aja, panggil adik badik yang dok berjiran dengan umah aku tu, di campur dengan orang-orang masjid yang datang buat tahlil. Menu yang di sediakan adalah masakan kampung nyum-nyum ada gulai ikan tenggiri /pari , ayam masak merah +rendang, sambal petai udang, sayuran kacang, ulam bercicahkan sambal pedas... fuhh laku betul masakkan kakak ipar aku buat- gulai aje mak aku sediakan rasanya.

Pengantin pompuan mai dalam 2 petang, tetamu ramai dah balik, takde sanding apa -apa pun kira buat ringkas dan syarat adalah kenduri sambut menantu kan. Dalam 3 lebih aku gerak pulang ke Jawi rehatkan badan dulu couse nak gerak pulang ke KL petang tu gak. Lepas Asar lebih kurang 6.15 baru gerak ke kl dan kali ni rehat 45 minit kat behrang dan sampai kat umah dalam 11.00 mlm.