Monday, September 28, 2009

Hari raya



Gambar kat atas ni my mum bersama family aku dan adik sempena hari raya (ambik gambaaq dia publish kat fb).Tahun lepas aku dok cite adik pompuan aku yang asyik beraya umah family suami dia aje so alhamdulilah tahun ni depa raya kat kg dulu baru balik A.Setar sana.

Malam raya, tahun ni giliran kat umah wife aku tapi macam tak best plak raya kat area taman perumahan ni. Malam tu aku isyak kat masjid sebab selalunya bertakbir kat masjid lagi menarik dan menginsafi diri ni. Lepastu aku bergegas ke bandar P.B cari baju raya diri sendiri dan anak lelaki tu. Sejam mencari akhirnya dapatla baju sama color warna merah couse nak samakan dgn baju org umah dah siap di tempah.. Malam raya dapatlah diskaun beli baju raya, oklah tu.

Raya pertama- beraya dengan keluarga wife aku dulu ,kira lepas sembahyang sunat kat masjid balik umahh makan lemang yang di beli.. Tapi seruis raya kali ni aku tak makan banyak ketupat/lemang couse selalunya kalau makan sure petang2 sedap je nak tidur. Tengahari baru aku balik kg aku kat bm tu. Kali ni selain adik aku,kakak aku yang dok sekali memang raya kat umah dulu sebelum depa balik umah mertua kat Bagan (tapi mertua dah takda dah). Adik aku yang baru kahwin tu pun datang pagi tu tapi petang kena kerja pula. So aku dok rumah aje menunggu kot ada tetamu nak tengok baby baru kan, mana la aku boleh bawa jalan-jalan.

Raya ke 2 sampai ke 4. Hari raya ke 2 aku tak jalan mana-mana pun, asyik2 aku pi cc yang tak tutup di hari raya ni,so bolehla aku dok pantau ikan2 dan tanaman2 kat FB tu..opsss. ekekekek. Raya ke 3 baru aku start jalan bawa 2 orang anak pi 2 umah terbuka kawan skolah menengah dulu kat pekan lunas dan bandar sri mutiara. Call gak si asrul kot aku boleh pi sg ulaq tapi dia gi raya sakan kat sg petani lak, takpelah takde rezeki tahun ni nak pi.

Raya ke 4 aku gerak semula ke Jawi terus ke umah kakak ipar buat lontong special katanya. Petang tu hujan turun mencurah-curah so lepak aje lah kat situ. Raya ke 5 sampai 7 aku tak kemana-mana dah, tunggu tetamu je datang ,dok tunggu kawan skolah dari selama yang kata nak mai raya tapi tak kunjung tiba,so plan nak pi raya umah kawan2 area kepala batas tak menjadi tahun ni, line celcom problem katanya raya ke 3-5 aritu ek.

Raya ke 8 aku gerak ke k.l pukul 9 macam tu, lepas peluk cium semua , anak2 macam tak kisah aje dah pun..,ke depa dah paham kalau mama dia cuti panjang sure aku sorang je balik kl. Sampai bkt beruntung 12.30 so raya la dulu umah rakan skolah teknik dulu tu. Tu jelah kot cite hari raya yang aku rasa macam tak puas aje tapi yang bestnya balik kl timbang berat, yess masih sama macam hari ke 27 puasa lepas. Ini hasil aku dok turun jogging di pagi hari start hari raya ke 3 sampai hari ke hari raya ke 7.. heheheh