Ya, aku balik kampung lagi, entah macam mana mula-mula selasa lepas nak bawa semua family ke kay ell, tapi ada plak kenduri lagi kat kg, so depa stay lagi kg aku pulang ke kl dahulu then hari khamis gerak la aku balik kg lagi.
Jadinya aku gerak pulang hari Khamis malam jumaat . Kali ni selepas beberapa tahun drive dari kl ke S.perai -Jawi aku berjaya memecah rekod . Heheheh takde la laju sangat , purata 130 km/j aje..opsss terlebis sudah. Selalunya sampai antara 4-5 jam.
Kali ni aku tidur dulu pukul 9 mlm ,so aku plan gerak awal pagi macam si Deo selalu balik S.A dari JB ataupun SA ke JB . Lebih kurang tepat 3 pagi aku bergerak menuju ke utara , rehat 10-15 minit kat RnR simpang pulai dan akhirnya sampai di umah kat jawi tu pukul 6.30 pagi. 3 jam, 30 minit aje kali ni.
Risau gak aku mengantuk tapi hasil bacaan kat blog jogho si wak tu ada mention dok beli ali cafe dalam tin tu so aku beli gak 1 . Berkesan gak couse tak de aku rasa mengatuk tapi aku buka radio era- hotfm berselang seli dengan sinar FM sambil ikut nyanyi..hehehhe.
Now ada kat cyber cafe kat kg ni, esok baru nak gerak pulang ke KL. Hmm sure jem ni kalau gerak lambat. Selamat bercuti panjang bagi yang bercuti couse aku tahu time ni lah nak habiskan cuti tahun tu kan...