Thursday, December 17, 2009

Diari

Lamanya tak menulis kat sini, malas pun ada... ataupun aku la ni dalam mood cuti. Ya petang ni aku akan gerak pulang ke kg naik bus, so terpaksalah lupakan siaran langsung bola sepak.(lamanya aku tak nampak driber bus persiaran buka tv-cd dalam bus walaupun aku naik waktu siang). Harap-harap adalah petang ni ,hmmm kalau takde sapa2 leh masej result kat aku takkala wisel penamat berbunyi?.

Opss tajuk aku diari...ehh kira boleh la blog ni macam catatan diari seseoarang kan. Berbalik pada cite diari ni aku baru dapat diari koprat Opis bagi. Oklah kali ni warna hitam, ringkas dan padat tapi agak besar kalau nak bawa masuk meeting. Sebenarnya aku jarang guna diari ni kecuali kalau nak isi maklumat kewangan bulanan,budget dan bila masuk meeting aku tulis kat diari di tugaskan buat ape.

Selalunya tak penuh aku tulis diari tu di bahagian hari-hari keja tu so azam tahun depan ecececce (kononya lah kan). Kalau boleh nak penuhkan ruangan diari apa menarik yang berlaku pada hari2 yang di lalui,so senang la nak hapdet blog kalau dah ada cite kan,kekekke. Bukanya apa last week masa aku balik kg aku terbaca diari arwah abah aku pada tahun 1978 ,lepas dia pencen soldier.

So aku tengok dia tulis diari tu setiap hari, waima waktu kerja dia akan tulis pergi keja macam biasa... heheheh. Tak lupa juga di setiap hari lahir anak -anak dia ,ada catatan kat hari tersebut jangan lupa hari lahir anakanda ku ke 5 , hehehhe. Aku takde la baca detail tapi aku tengok setiap hujung bulan macam aku nya diari gak ada catatan budget dan belanja yang dikeluarkan untuk awal bulan tersebut.

Oklah tu je catatan hari ni , harap-harap azam kononya 2010 tercapai dan azam nak exercise kan diri macam biasa kena tunaikan... bukanya apa badan cergas diri sendiri akan sihat, Insya allah. Esok plak ada event opis kat perak sana so ambik cuti tambahan sampai selasa depan.. yahooo cuti-cuti Malaysia