Sunday, July 6, 2008

Black-out lah juga

Malam tadi kan dalam 11.40 malam , time aku baru lah nak borak dengan kuduo kat tag Joe, tiba -tiba alamak... terblack-out sudah. Dan- dan aku teringat entry Delinn dan entry Angah yang lawak sepanjang minggu ni. Errr apasal ek sejak dua menjak ni asyik black-out?(nak ketis org Tnb ke ni?). Aku pun macam Angah tak nak lah buat panggilan ke Tnb memandangkan biarlah si Delinn aje bakal glemer jadi Prez kat Tmn perumahan rumah dia, cukuplah aku jadi ketua Blok aku tahun ni tak naklah sampai jadi Prez kesatuan penduduk tahun depan, waakakakaa.Lebih kurang sejam lepastu baru ada letrik jadi anak-anak belum tidur macam biasa buka ceria bagi depa tidur dulu sebab mak/ayah dia nak ceria lak lepastu.. opsssss

Time tu jugak aku tengah layan carekerama serentak, mujur akademi nasyid dah habis. Oh ya bercakap mengenai akademi nasyid tu oklah yang pompuan baju merah make-up macam penyayi opera tu terkluar ,sebab yang lain-lain menyanyi pun bagus juga. Mungkin pemilihan lagu dia yang kurang mesra pengundi tak berjaya membuatkan orang awam mengundi.Now tinggal seorang aja wakil pompuan dari perak selamat dan tentu aku rasa dia boleh jadi peserta final sebab suara pun merdu lah jugak. Setakat ni takde peserta paberat lagi kang kalau ada yang terkluar sure aku menyesal tak mengundi.. opssss

Jadinya nak tanya lah sesiapa yang layan carekarema tu, apa kesudahan cerita tu? Apa jadi dengan watak perempuan jalang si Rita rudani ? kekeeke dan tak juga apa kesudahan si jantan keparat yang berlakon gak dalam drama cinderella tu? Takpelah mungkin aku tanya kat tag Joe ajelah pada sesiapa yang layan cite tu nanti. huhuhu.

Friday, July 4, 2008

Hari Bapa tanpa abah di sisi

Entah kenapa tiba-tiba aku teringat kat aruah abah aku yang dah 12 tahun meninggalkan dunia ini. Mungkin juga akhir bulan 6 tarikh akhir beliau di muka bumi jadi mungkin entry ni bolehla aku tulis serba sedikit pasal abah aku. Sebenarnya aku ada banyak baca blog pengalaman orang lain yang suka/duka dengan keluarga masing masing. Ada yang seronok bercerita pasal abah masing jadi bila aku kenang kembali bagi aku abah boleh dikatakan seorang yang setia, rajin, berdisplin ,tegas dalam mendidik anak -anak.


Yelah tanya sahaja sesiapa yang abahnya pernah berkhidmat sebagai askar, memang displin ,ketetapan waktu di jadikan amalan. Sebenarnya masa aku mula bersekolah abah aku dah pencen dan bertugas pula kerja dengan Pihak berkuasa Air di Berapit, BM. Jadinya pagi-pagi lagi memang dialah yang hantar aku dan sorang lagi abang aku naik motor bersama. Petang pula aku balik dengan bas sebab mungkin dalam 3-4 petang baru abah balik. Selalunya sebelum pergi main-main kat luar memang abah dah tetapkan jadual siapa kena siram pokok bunga/sapu halaman di luar rumah .Sebelum nak masuk Maghrib abah dah ready dengan rotan lidi kelapa, kalau lambat balik memang gerenti kena sekali tapi kita orang adik bradik memang balik sebelum tu lagi.



Malam pula abah selalu pergi Masjid dan balik lepas Isyak, selalunya dia bagi anak-anak makan dulu jadi kami adik -beradik makan dahulu lepastu baru mak/abah makan dan kadangkala aku dan adik pompuan tunggu juga untuk makan sesama. Abah takde lah sangat check kerja sekolah sebab abang dan kakak aku memang dah rajin siap sedia kalau aku nak tanya apa-apa. Kalau habis periksa memang dia akan selalu tanya keputusan dan nak sign buku rekod, aku takdelah dapat keputusan cemerlang tapi pernah la dapat no 2 dalam kelas . Naik darjah 4-6 lagi lah malas nak belajar tapi walau aku dapat merah dalam subjek math abah tak pernah marah. Cuma dia nasihat suruh aje tanyakan abang atau kakak aku yang sorang tu.

Dari segi pelajaran memang abah sedaya upaya akan cuba beri galakan dari sokongan dan kewangan. Buktinya abah selalunya akan beri duit kat aku time masa sekolah asrama/itm walaupun tak banyak tapi aku tahu duit pencen dan kerja kat PBA tu di katakan kategori sederhana saja masa tu. Alhamdulilah mujur aku pernah kerja kilang lepas SPM sebab adalah aku beri juga pada emak kalau dapat gaji hujung bulan, masa tu abang aku sorang belajar kat itm, 2 lagi masih di sekolah menengah.

Rasanya lepas dia pencen umur 55 abah tetap nak kerja lagi. Mungkin dia tak betah duduk di rumah lalu dia keja pula sebagai pengawal keselematan kat 1 kilang dekat dengan rumah. 2 tahun lepas tu aku dapat masuk Itm pula, jadi abah tetap nak berkerja mungkin sebab ada adik aku lagi sorang masih bersekolah. Aku kagum dengan semangat abah terus mencari rezeki tak kala masa tu abah dah mula jatuh sakit. Masa tu aku bercuti semester dan akan terus praktikal dan di jangka habis hujung 1996.

Sebenarnya aku tak tahu bila abah sakit/batuk (time tu aku kat itm kot) di sebabkan mungkin sejarah masa dia muda memang merokok . Masa aku sekolah pulak dia hanya hisap rokok daun/tembakau aje. Bergegar jantung aku masa emak bagitau hayat abah mungkin tak lama. Berulang alik aku dan emak pergi ke Hospital BM ,kalau emak pergi pagi aku yang masa tu tengah cuti pergi waktu petang uruskan abah aku yang dah lemah untuk beliau bangun sendiri. Seingat aku abah tak pernah mengeluh masa dia sakit, tak banyak bercakap atau komplen apa apa pun. Masa result terakhir aku keluar, abah sempat melihatnya sambil tersenyum. Aku beritahu yang aku dah lulus cuma 1 semester aje untuk praktikal dan boleh start cari keja. Legalah abah dengar dan macam biasa abah tak cakap banyak.

Itu ajelah aku nak cerita macam sedih pula bila mengenang kembali bila beliau di jemput tuhan kembali ke rahmahtullah pada 26 Jun 1996. Aku rasa macam ralat sebab masa dah besar tu segan nak cium kat pipi atau dahinya macam aku buat masa kini kalau berpisah dengan emak aku kat kampung. Pada mereka yang masih ada abah tu selalulah bertanya khabar ,dakapi lah beliau kalau dapat berjumpa kerna kita tak tahu bila atau tiba nya saat kehilangan seorang abah. Oh Ya bagi mereka yang merokok perlahan-lahan hentikan sedikit demi sedikit kalau anda masih sayang pada mereka dan sentiasa berada di sisi anda sampai bila-bila .Selamat hari bapa dan al-fatihah pada abah yang banyak berjasa jikalau abah korang (yang membaca ni) pun sudah tiada di bumi ini


Wednesday, July 2, 2008

Jalan -jalan Gi Pasar

Yuhuuu , jenuh la jugak nak citer apa ek. Itulah sure bosan kalau takde cite menarik kalau nak di bandingkan kehidupan seorang perantau di US sana atau seorang perantau lagi menempuh hidup baru sebagai pendidik di Kedah sana. Sebenarnya takdelah menarik sangat nak cite gi pasar ni tapi elok lah juga di kongsi manalah tau kot Angah nak ambik nota langkah-langkah untuk penjimatan sempena kos sara hidup semakin naik ni.

Itulah masa zaman kecil dahulu selalu lah aku tengok abah aku dok beli barang-barang dapur kalau dia balik dari keja. Mungkin sedikit sebanyak aku rasa takdelah rasa segan sebab mungkin aku pun pernah la ikut ke pasar bersama-sama abah kalau dia ajak (hari minggu ). Ohya aku rasa memang la bagus sejak aku ikut Emak aku masa dia ada dok kat KL 2 tahun lepas. Dari Emak aku lah, aku belajar cara-cara nak beli ikan yang elok atau cara-cara nak tawar harga.

Pernah 1 kali tu aku pergi pasar Chow kit adalah nyonya tu kata kat Emak aku, haiyaa u manyak untung O', anak laki u mau ikut gi pasar, anak laki gua memang tarak ikut gua datang sini .Emak aku adalah beli ikan terubuk kat dia lepastu memang Emak aku cuba kurangkan 2 ringgit lagi. Lepastu Nyonya tu kata oklah sebab anak lu ikut gua bagi diskaun lah.Jadinya sejak daripada itu aku cuba lah kutip sikit-sikit ilmu yang di beri dan yang pentingnya selepas beli selalu aje aku ucapkan saya beli ya (kena akad lah baru afdal).

Jadinya lepas aku dok ulang alik gi pasar keramat sejak dua menjak ni aku rasa takdelah macam harga barang dah mahal.Tapi aku rasa kalau diaorang tertekan dengan kos pengankuntan sure haga yang aku dok beli sekarang akan naik. Oklah aku nak cite lah sikit kat pasar tu apa yang selalu aku dok beli. Oleh kerna aku selalu aje beli ayam kat gerai budak Melayu tu selalu aje aku cuba kurangkan atau tawarlah sikit. Ayam dia pun fresh memang selalu dia sembelih kat area situ jugak. Kalau Rm 11.50 ka kalau aku minta rm 10 dapatlah juga kalau mood dia ok. Daging lembu kat brother sorang lagi tu pula kadang -kadang dia akan bagi lebih kalau aku minta dalam sekati gitu.

Ikan dekat kakak Indon tu pun kadang-kadang aku dapat murah jugak kerna pernah la aku beli ikan bawal dalam rm 9(pagi dia kata rm 12 sekilo) ,aku cuba kurang ke rm 7, dapat jugak, tapi selalunya aku beli udang, ikan sardin, termenung atau bawal kat dia. Brother yang jual sotong tu pun kadang -kadang bagi rm 3 untuk 1 pinggan sebab dia jual rm 5,selalunya sebelum tu dia jual kat aku rm 4. Tengok keadaan jugak kalau sotong dia laku dia bagi murah aje kat aku.

Sayur pula aku selalu beli dekak kakak Indon tu ,macam tadi dapatlah jimat dalam rm 1 sebab petang tadi aku ada beli carot 2 biji, jagung muda sepaket dan tambah 1 ikat bayam cuma rm 2 aje. Last sekali aku selalu beli pisang atau ubi kat Makcik sorang lagi tu, macam biasa kalau harga rm 3,dia bagi gak diskaun ikut mood dia haritu. Tapi aku rasa kalau pergi petang macam oklah jugak sebab mungkin pagi depa dah dapat untung jadi petang boleh la tawar -menawar. Jadi tips kali ini yang pentingnya kenalah beli kat orang yang sama aku rasa jadi dapat lah harga yang berpatutan. Sekian selamat membeli belah di pasar dan jadilah pelanggan tetap baru dapat penjimatan yang munasabah. :P