Friday, July 4, 2008

Hari Bapa tanpa abah di sisi

Entah kenapa tiba-tiba aku teringat kat aruah abah aku yang dah 12 tahun meninggalkan dunia ini. Mungkin juga akhir bulan 6 tarikh akhir beliau di muka bumi jadi mungkin entry ni bolehla aku tulis serba sedikit pasal abah aku. Sebenarnya aku ada banyak baca blog pengalaman orang lain yang suka/duka dengan keluarga masing masing. Ada yang seronok bercerita pasal abah masing jadi bila aku kenang kembali bagi aku abah boleh dikatakan seorang yang setia, rajin, berdisplin ,tegas dalam mendidik anak -anak.


Yelah tanya sahaja sesiapa yang abahnya pernah berkhidmat sebagai askar, memang displin ,ketetapan waktu di jadikan amalan. Sebenarnya masa aku mula bersekolah abah aku dah pencen dan bertugas pula kerja dengan Pihak berkuasa Air di Berapit, BM. Jadinya pagi-pagi lagi memang dialah yang hantar aku dan sorang lagi abang aku naik motor bersama. Petang pula aku balik dengan bas sebab mungkin dalam 3-4 petang baru abah balik. Selalunya sebelum pergi main-main kat luar memang abah dah tetapkan jadual siapa kena siram pokok bunga/sapu halaman di luar rumah .Sebelum nak masuk Maghrib abah dah ready dengan rotan lidi kelapa, kalau lambat balik memang gerenti kena sekali tapi kita orang adik bradik memang balik sebelum tu lagi.



Malam pula abah selalu pergi Masjid dan balik lepas Isyak, selalunya dia bagi anak-anak makan dulu jadi kami adik -beradik makan dahulu lepastu baru mak/abah makan dan kadangkala aku dan adik pompuan tunggu juga untuk makan sesama. Abah takde lah sangat check kerja sekolah sebab abang dan kakak aku memang dah rajin siap sedia kalau aku nak tanya apa-apa. Kalau habis periksa memang dia akan selalu tanya keputusan dan nak sign buku rekod, aku takdelah dapat keputusan cemerlang tapi pernah la dapat no 2 dalam kelas . Naik darjah 4-6 lagi lah malas nak belajar tapi walau aku dapat merah dalam subjek math abah tak pernah marah. Cuma dia nasihat suruh aje tanyakan abang atau kakak aku yang sorang tu.

Dari segi pelajaran memang abah sedaya upaya akan cuba beri galakan dari sokongan dan kewangan. Buktinya abah selalunya akan beri duit kat aku time masa sekolah asrama/itm walaupun tak banyak tapi aku tahu duit pencen dan kerja kat PBA tu di katakan kategori sederhana saja masa tu. Alhamdulilah mujur aku pernah kerja kilang lepas SPM sebab adalah aku beri juga pada emak kalau dapat gaji hujung bulan, masa tu abang aku sorang belajar kat itm, 2 lagi masih di sekolah menengah.

Rasanya lepas dia pencen umur 55 abah tetap nak kerja lagi. Mungkin dia tak betah duduk di rumah lalu dia keja pula sebagai pengawal keselematan kat 1 kilang dekat dengan rumah. 2 tahun lepas tu aku dapat masuk Itm pula, jadi abah tetap nak berkerja mungkin sebab ada adik aku lagi sorang masih bersekolah. Aku kagum dengan semangat abah terus mencari rezeki tak kala masa tu abah dah mula jatuh sakit. Masa tu aku bercuti semester dan akan terus praktikal dan di jangka habis hujung 1996.

Sebenarnya aku tak tahu bila abah sakit/batuk (time tu aku kat itm kot) di sebabkan mungkin sejarah masa dia muda memang merokok . Masa aku sekolah pulak dia hanya hisap rokok daun/tembakau aje. Bergegar jantung aku masa emak bagitau hayat abah mungkin tak lama. Berulang alik aku dan emak pergi ke Hospital BM ,kalau emak pergi pagi aku yang masa tu tengah cuti pergi waktu petang uruskan abah aku yang dah lemah untuk beliau bangun sendiri. Seingat aku abah tak pernah mengeluh masa dia sakit, tak banyak bercakap atau komplen apa apa pun. Masa result terakhir aku keluar, abah sempat melihatnya sambil tersenyum. Aku beritahu yang aku dah lulus cuma 1 semester aje untuk praktikal dan boleh start cari keja. Legalah abah dengar dan macam biasa abah tak cakap banyak.

Itu ajelah aku nak cerita macam sedih pula bila mengenang kembali bila beliau di jemput tuhan kembali ke rahmahtullah pada 26 Jun 1996. Aku rasa macam ralat sebab masa dah besar tu segan nak cium kat pipi atau dahinya macam aku buat masa kini kalau berpisah dengan emak aku kat kampung. Pada mereka yang masih ada abah tu selalulah bertanya khabar ,dakapi lah beliau kalau dapat berjumpa kerna kita tak tahu bila atau tiba nya saat kehilangan seorang abah. Oh Ya bagi mereka yang merokok perlahan-lahan hentikan sedikit demi sedikit kalau anda masih sayang pada mereka dan sentiasa berada di sisi anda sampai bila-bila .Selamat hari bapa dan al-fatihah pada abah yang banyak berjasa jikalau abah korang (yang membaca ni) pun sudah tiada di bumi ini