Friday, November 7, 2008

Cite terkini(tak sensasi pun,ekekeke)

Pengumuman fatwa *oga ditunda & Malam ni Skrin 08


KUALA LUMPUR: Pengumuman Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum berhubung senaman *oga yang sepatutnya dibuat hari ini ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata ini kerana Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan
, Datuk Abdul Shukor Husin berada di luar negara kerana urusan kerja.

Apa lah nak di haramkan senaman ni pula ek, tak tau la plak aku senaman ni kalau boleh melekakan orang tidak menunaikan solat ? Sebenarnya pendapat aku yang pernah la masuk join buat *oga ni tahun lepas (kelas 6- 7ptg) takde pula dia suruh baca ayat2 mentera tamil ke..,Er adalah 2-3 kali aku masuk tu pun aku terjoin Gym tahun lepas, tahun ni malas pula nak daftar semula sebab aku rasa macam ok ja buat senam robik kat titiwangsa tu. Lagipula kat seblah Opis aku ni dah siap gelanggang volleyball tu lagi best berpeluh-peluh dan dapat sudut udara yang segar kalau nak compare dok dalam gym yang tertutup tu

Berbalik pada isu *oga ni, aku tengok dan perhatikan senaman dia lebih kurang Tai chi aje penuh kesopanan dan kesusilaaan. So tai chi pun elok di periksa semula manalah tu salah satu upacara ke agamaan kaum c*na budha dahulu kala ke...? hihihi. Tapikan kalau mamat Gq yg katanya Joe akan blajar dan bila dia lulus nak buka kelas *oga kat M’sia ni sure De*inn, Y*m ,Ar*, an*e ,ang*h, Lim*h paling awal datang dan dok depan sekali kan.. ekekekke(gurau je). Tapikan instructur yang aku terjoin aritu amoi yang badanya amat slim riber sekali, (patut la kelas tu ramai lelaki join..ekekeke)

Tahle, bagi aku lah senaman apa-apa pun kalau tujuan untuk kesihatan takde masalah, lain lah kalau kat depan kelas tu ada tokong atau patung yang semua peserta y*ga kena sembah kan.. yang tu wajib kena tinggal lagi pula muzik yang di pasang takde pula bunyi mentera2 tamilka kerna muzik nya amat slow mlow sekali sampai leh tidur kalau korang nak . Harapan aku tak yah la nak kluar fatwa macam ni kerna alangkah baiknya gomen ketatkan lagi undang-undang salah laku macam khalwat ke.. tu lagi baik .

Ehh lupa plak aku, malam ni jangan lupa Anugerah skrin, rasa macam afdlin sauki, fasha atau sheila boleh dpt pelakon drama terbaik. Filem maybe abg rochamm atau farid kamil dan sure maya karin dapat lagi mlm ni. Itu ajelah ramalan aku ehh Filem maybe KMBM atau Anak halal leh dapat. Drama pula antara cite fasha shanda yg jadi jalang tu menang atau yang afdlin sauki komposer yang di tinggalkan isteri tu boleh dapat. Mungkin ramalanku ini tidak benar belaka.. hihihi so malam ni layannnnn ajelah ek.

Tuesday, November 4, 2008

Hari minggu yang sama ajekah?

Pagi ahad temujanji nak besenam robik kat titiwangsa tak tercapailah plak couse dalam pukul 9.10 baru sampai dah abis (adakah nak salahkan sesudah subuh ?opss). Best rasanya kalau buat senam robik sambil dengar-dengar dan ikut lagu sesambil usyar sana ursya sinun... oppss lagi. Lalu aku berjalan laju sambil buat exersice senam robik sambil tangan atau kaki dok bergoyang jadi berpeluh lah gak waima aku wat macam tu dalam 50 minit kot. Lepastu aku pi kat mainan kanak-kanak baru tu ada di wujud macam mini Gym . Oklah aku pun nak contohi si prappp dok buat maskul kat gym sejak 2 menjak ni.

Balik tu singgah beli roti /paper mingguan macam biasa dah sah nak tau kisah artis skandal tak sudah-sudah kan. Err baru prasan adakan semua bekas anggota Elite ni akan menghadapi saat perpisahan bersama suami mereka..opss sian kat Ab*y tu nak buat macam mana sure N*rm*n tu akan cakap smua dah di takdirkan tuhan saya terpaksa kahwin juga dengan M*mey tu. Agaknya sure dia nak buat macam Aw*e tu ek, konon nak dapatkan hak penjagaan anak-anak akhirnya ada kes sure susah la dia..opss tergossipp lebih lebih lak aku.

Petangnya ingat nak jalan -jalan ronda klcc, hujan lebat la plak dan akhirnya angkut 1 family gi K-four je lah. Gi makan malam kat situ lepastu beli barang-barang dapur mana yang tak cukup di complete kan. Check rega barang macam masih sama, adakah barang-barang di Te*co yang dengar cite milik saham Y*hudi lebih mudah dari K-four ? . Apa pendapat korang ek, leh tak aku gi te*co gak kalau ada barang-barang keperluan dapur/penjagaan diri /rumah tu lebih murah kalau beli kat Te*co.Emmm susah gak ni tapi kalau nak berjimat boleh kot ek, pekerja Islam pun ramai kat situ kan? Balik tu terus set jam nak bangun 2.30 pagi nak tau adakah Massa memintas Hamilton tapi tak berjaya jugak, tak kisah la sapa yang menang janji dramatik gak nak sampai akhir garisan tu. Insap plak aku bangun tahajud tak pulak bersungguh -sungguh kan...

Sunday, November 2, 2008

Sabtu yang mengenyangkan

Semalam, pagi macam biasa berjogging kejap ,lepastu macam biasa rajin plak aku mem basuhkan keta .Ini kerna ada 2 jemputan majlis dan dah tentu aku sure tak renti -renti dok makan nanti. Tengahari lepas org umah balik meeting terus ke majlis kenduri kawan dia dekat jln ampang. Makan la nasi berani ayam masak merah serta acar buah dia yang sodap sekali.

Takdela makan banyak couse lepastu ada majlis akhir tahun skolah wife aku ,minum petang bersteam boat katanya. Majlis pukul 2 so gerak terus dari ampang tu ikut jln kg pandan memandangkan nampak sesak je jalan Ampang tu.
Majlis tu di buat di klab golf pulapol , kali pertama gak jejak kaki ke sana.

Walaupun boleh bawa family tak ramai rupenya yang datang bawa anak-anak. Yelah sebelum ni pengetua dia macam tak galakkan aje ahli keluarga turut serta .Dapat pengetua lelaki ni adalah pembaharuan siap nak buat family day tahun depan cadangnya. Meja yang aku duduk tu ada anak-anak sebaya dengan anak aku so depa pun boleh dok main-main bersama kat balkoni ,aku lak rasa macam best aja makanan yang di sediakan ,oklah wife bagitau rm 30 kot budget untuk 1 kapla.


Banyak hadiah cabutan bertuah tapi meja aku yang duduk tu wife aku je yang tak dapat hadiah. Takpe mungkin majlis akhir tahun yang opis aku selalu buat dapat lah kot ni..(susah gak nak dpt sebenarnya ni). Takde pula acara sampingan macam nyanyi-nyanyi ka, ada la sorang staff yang akan bersara minggu depan so depa sambut sekali majlis persaraaan. Banyak gaklah aku makan petang tu sampai gile kenyang.. opss mana leh gile..

Balik dalam 4.30 ,lepastu 1 family tidur berjemaah, ekekekek. Malam pula layan sehati berdansa dan cerekarama. Sehati berdansa kali ni macam dah improve pulak dan susah nak teka sapa yang kluar, maybe pemain bola slngor(shahir ek) atau jamal jamaludin? susah nak teka undian sms ni.Takpe layan je tengok...