Friday, November 7, 2008

Cite terkini(tak sensasi pun,ekekeke)

Pengumuman fatwa *oga ditunda & Malam ni Skrin 08


KUALA LUMPUR: Pengumuman Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum berhubung senaman *oga yang sepatutnya dibuat hari ini ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata ini kerana Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan
, Datuk Abdul Shukor Husin berada di luar negara kerana urusan kerja.

Apa lah nak di haramkan senaman ni pula ek, tak tau la plak aku senaman ni kalau boleh melekakan orang tidak menunaikan solat ? Sebenarnya pendapat aku yang pernah la masuk join buat *oga ni tahun lepas (kelas 6- 7ptg) takde pula dia suruh baca ayat2 mentera tamil ke..,Er adalah 2-3 kali aku masuk tu pun aku terjoin Gym tahun lepas, tahun ni malas pula nak daftar semula sebab aku rasa macam ok ja buat senam robik kat titiwangsa tu. Lagipula kat seblah Opis aku ni dah siap gelanggang volleyball tu lagi best berpeluh-peluh dan dapat sudut udara yang segar kalau nak compare dok dalam gym yang tertutup tu

Berbalik pada isu *oga ni, aku tengok dan perhatikan senaman dia lebih kurang Tai chi aje penuh kesopanan dan kesusilaaan. So tai chi pun elok di periksa semula manalah tu salah satu upacara ke agamaan kaum c*na budha dahulu kala ke...? hihihi. Tapikan kalau mamat Gq yg katanya Joe akan blajar dan bila dia lulus nak buka kelas *oga kat M’sia ni sure De*inn, Y*m ,Ar*, an*e ,ang*h, Lim*h paling awal datang dan dok depan sekali kan.. ekekekke(gurau je). Tapikan instructur yang aku terjoin aritu amoi yang badanya amat slim riber sekali, (patut la kelas tu ramai lelaki join..ekekeke)

Tahle, bagi aku lah senaman apa-apa pun kalau tujuan untuk kesihatan takde masalah, lain lah kalau kat depan kelas tu ada tokong atau patung yang semua peserta y*ga kena sembah kan.. yang tu wajib kena tinggal lagi pula muzik yang di pasang takde pula bunyi mentera2 tamilka kerna muzik nya amat slow mlow sekali sampai leh tidur kalau korang nak . Harapan aku tak yah la nak kluar fatwa macam ni kerna alangkah baiknya gomen ketatkan lagi undang-undang salah laku macam khalwat ke.. tu lagi baik .

Ehh lupa plak aku, malam ni jangan lupa Anugerah skrin, rasa macam afdlin sauki, fasha atau sheila boleh dpt pelakon drama terbaik. Filem maybe abg rochamm atau farid kamil dan sure maya karin dapat lagi mlm ni. Itu ajelah ramalan aku ehh Filem maybe KMBM atau Anak halal leh dapat. Drama pula antara cite fasha shanda yg jadi jalang tu menang atau yang afdlin sauki komposer yang di tinggalkan isteri tu boleh dapat. Mungkin ramalanku ini tidak benar belaka.. hihihi so malam ni layannnnn ajelah ek.