Sabtu lepas pagi macam biasa berjogging aku keliling titiwangsa, macam best pulak waktu pagi -pagi ni. Balik tu ingat nak basuh keta tapi macam penat la pulak so decide nak basuh petang-petang lah.Then bawa anak-anak gi main buai lepas depa mandi tu.
Dalam 12 tu aku bawa anak bini gi Sogo ada sale tapi sale tak sepenuhnya lagi. Plan nak cari kasut baru si syaza tapi takde pulak diskaun. Sebelum tu macam biasa bawa anak-anak gi tingkat 8 bagi depa main kat tempat mainan tu. Sempat gak aku tinjau Rex-box sogo tu saje nak buat tinjauan. Ooo ada pakej tengahari ek, 3 jam guna bilik tapi dengan syarat kena la beli set lunch .(tengok nasi goreng dalam limgkungan rm 12 + Minuman percuma)
Then kita orang lunch dekat tingkat 7 lepastu singgah balik bahagian kanak-kanak. Promoter kat situ cakap 29hb 11 baru start mega sales hujung tahun so better mai next week. Jadi tak dapat kasut anak aku yang sulong nampak baju ultraman terus dia nak. Si syaza pulak beli gak baju sebab ada diskaun sesetengah barang. (ni kira nak abiskan stok kot).
Balik dalam 3 petang ,ingat anak-anak dah nak tidur tapi belum lagi. Layan depa main lepastu aku dan wife buat-buat tidur ayam sebab time tu hujan turun lebat tapi tak mau gak tidur(wahh ada kaitan ke hujan2 ni?).Lepas asar tu dalam 6 petang aku ajak anak-anak turun konon ajak basuh keta sama. Tapi bila depa turun tu depa nak gi main buai sendiri. So aku biar aje depa pergi main dulu manakala aku tekun dok exersice gak sebenarnya basuh keta sendiri ni.
Mula- mula aku macam confident aje depa 2 orang tu leh main sendiri. Tiba-tiba aku nampak si abang dari jauh tak pakai kasut. Si adik pula macam ilang aje dari pandangan aku(maybe jarak dlm 100 m kot). Suspen aje aku terus aku pergi ,haaa terkezut aku si adik tengah berkubang dengan ayaq takungan hujan dekat mainan tu. Habis basah lencun aku tengok, Wahh boleh tahan si Syaza ni yelah maybe belum 3 thn dia belom reti apa-apa.
Aku angkat terus dukong bawa naik ke atas sambil dia jerit nak main, nak main (berkubang lagi). Alamak.. ni kena bawa gi Klcc park ni bagi depa main kat sana baru la bersih ek. Laa teringat aku zaman kecil dulu no hal lah kalau hujan tu aku siap main air hujan dan berkubang kat padang bola...heehehe ni kira bawaan ayah dia lah jugak ni ek.
Sampai atas terus aku bawa kat bilik air tanpa mak dia perasan,aku buka siap-saip baju seluar letak dalam baldi. Buka pampers dia bagai lepastu baru panggil wife aku sebab aku nak abiskan cucian keta dulu. Itu ajelah tajuk berkubang kali ni. hiks.. takde idea nak taip, taip jelah pengalaman-pengalaman macam ni.. hihihi
Thursday, November 27, 2008
Sunday, November 23, 2008
Tazkirah la pulak
Sejak dua menjak ni , macam malas pulak nak taip kat sini..err dear diary kah ? Takde la perkara menarik macam kisah 2 minggu lepas yang mensuspenkan lagi menspekukan orang ,opss insap aku..!
Lepas kursus weekend lepas macam tersedar gitu tak baik aku tulis yang bukan-bukan.. heheheh so mulai dari sekarang kalau boleh tulis ala kadar ajelah kot ni .Takpun aku tulis pasal ilmu agama ke,ok lah kot menyampaikan pesanan dan kalau kawan-kawan ambik yang baik dapat gak ganjaran di hari kemudian.
Hari selasa lepas kat tempat surau aku ada buat kuliah fardu ain. Topik yang ustad R bagi adalah mengenai sholat sunat yang di tuntut atau sholat yang boleh kita dapat extra pahala kalau buat. Di antaranya adalah sholat sunat tasbih, rupenya sholat ni kalau boleh seumur hidup orang tu kena buat sekali. Nak hapdal kalau boleh setahun sekali buat,dan kalau boleh buat sebulan sekali. Sholat sunat ni ada 4 rakaat dan kena bertasbih , errr dalam buku fardu ain ada kalau nak tau dengan lebih lanjut.
Kemudian Ustad R cite bab sunat sholat Hajat, Sholat sunat ni 2 rakaat dan kalau berhajat baik dan nak berkesan buat masa takkala bangun 3 pagi untuk buat Qiamulail.
Sholat ni boleh gak di buat secara berjemaah. Mungkin kalau iman mendoakan ,makmum amin lagi cepat pemintaan atau hajat yang boleh di makbulkan.
Apa yang menariknya intipati pasal Hajat ni, cite pasal doa untuk tuhan makbul ni Ustad R cite terdapat 1 golongan di akhirat nanti apabila di perhitungkan amalan baik dan jahat , maka doa-doa yang tak dapat ketika dia hidup di dunia. Allah akan simpan dan di makbulkan di akhirat kelak jadi pahala yang mereka dapat berganda-ganda dan mereka beroleh keberkatan untuk masuk ke syurga.
Jadi untuk semua, waima doa tidak makbulkan pada semasa hidup di dunia ,jangan gundah gelana ,mungkin tuhan akan simpan untuk di beri di kemudian hari, Insya allah. Sekian wabilahi taufik...wasalam

Monday, November 17, 2008
Drama dah abis
Hehehhee, Drama last week dah abis ,kira tak yah lah nak ulas -ulas lagi. Jadi pada pembaca semua yang baca kisah last week ,harap maafkan aku couse terspeku lebih -lebih. Yelah persepsi awal yang di dengar awal-awal rupenya tersalah sangka.
Weeknd lepas Ajk Aptment aku ni ada mesyuarat , pengerusi pun bagitaulah rupe-rupenya Mr Tahir tu di pukul-pukul tanpa ada bukti yang dia telah mencuri keta si Xelander. Sebenarnya menurut beliau masa meeting tu:-
1. Mr X@ Xelander telah 6 bulan tak bayar ansuran keretanya
2. Mr Tahir yang selalu bawa penumpang dia ke aptmnt aku rupenya dia jadi informer pihak peminjam mengatakan sekian-sekian keta Xelander berada di mana.
3. Keta Xelander kena tarik la so takde perkaitan si Tahir dengan Wife Xelander sebenarnya.
4. Xelander tu pun takde pompuan simpanan (tapi masa kejadian ada penghuni dengar di sebut dia ada 3 isteri, (errr takleh buat anggapan gak ni tapi ikut logik memang jarang nampak Xelander tu bersosial atau join aktibiti kat tempat aku ni).
5. Si Xelander tu kena dan di soal siasat(sampai mukanya lebam-lebam) manakala mr tahir kena masuk spital.
Itu ajelah drama yang penghuni kat sini pakat dok salah sangka termasuklah aku saksi kejadian atau depan mata kalau ada yang kena tikam sure aku kena kluar masuk mahkamah ni jadi saksi(opss tak naklah aku, hihihi). Sekian sahajalah ya, maafkan lah aku sekali lagi .

Subscribe to:
Posts (Atom)