Sejak dua menjak ni , macam malas pulak nak taip kat sini..err dear diary kah ? Takde la perkara menarik macam kisah 2 minggu lepas yang mensuspenkan lagi menspekukan orang ,opss insap aku..!
Lepas kursus weekend lepas macam tersedar gitu tak baik aku tulis yang bukan-bukan.. heheheh so mulai dari sekarang kalau boleh tulis ala kadar ajelah kot ni .Takpun aku tulis pasal ilmu agama ke,ok lah kot menyampaikan pesanan dan kalau kawan-kawan ambik yang baik dapat gak ganjaran di hari kemudian.
Hari selasa lepas kat tempat surau aku ada buat kuliah fardu ain. Topik yang ustad R bagi adalah mengenai sholat sunat yang di tuntut atau sholat yang boleh kita dapat extra pahala kalau buat. Di antaranya adalah sholat sunat tasbih, rupenya sholat ni kalau boleh seumur hidup orang tu kena buat sekali. Nak hapdal kalau boleh setahun sekali buat,dan kalau boleh buat sebulan sekali. Sholat sunat ni ada 4 rakaat dan kena bertasbih , errr dalam buku fardu ain ada kalau nak tau dengan lebih lanjut.
Kemudian Ustad R cite bab sunat sholat Hajat, Sholat sunat ni 2 rakaat dan kalau berhajat baik dan nak berkesan buat masa takkala bangun 3 pagi untuk buat Qiamulail.
Sholat ni boleh gak di buat secara berjemaah. Mungkin kalau iman mendoakan ,makmum amin lagi cepat pemintaan atau hajat yang boleh di makbulkan.
Apa yang menariknya intipati pasal Hajat ni, cite pasal doa untuk tuhan makbul ni Ustad R cite terdapat 1 golongan di akhirat nanti apabila di perhitungkan amalan baik dan jahat , maka doa-doa yang tak dapat ketika dia hidup di dunia. Allah akan simpan dan di makbulkan di akhirat kelak jadi pahala yang mereka dapat berganda-ganda dan mereka beroleh keberkatan untuk masuk ke syurga.
Jadi untuk semua, waima doa tidak makbulkan pada semasa hidup di dunia ,jangan gundah gelana ,mungkin tuhan akan simpan untuk di beri di kemudian hari, Insya allah. Sekian wabilahi taufik...wasalam