Thursday, April 30, 2009

Kongsi Imu

Lama aku tak kongsi cerita pengajaran ala –ala ustad, opss takde lah ustad sangat lagipun berkongsi ilmu ni kalau korang baca insya allah ada lah kebaikkan sesama kita. Topik ni kira topik motibasi lah juga kerna yang baik kalau di ikuti moga ada manfaat.

Saja lah aku nak cite perkara yang baik yang di berikan semasa aku pergi kursus Min ja roes haritu. Bukanya apa bila aku baca blog poi dan anne pagi ni rasa macam depa down pulak di sebabkan beberapa perkara terjadi. (aku turut simpati ni...)

Ni aku nak berkongsi air botol ustad baca di kala masa kita sekolah dulu-dulu yang mak/bapak hantar ke asrama tu memang ada kebaikkan dan mujarab. Contohnya masa jawab exam kita boleh tenang dan tenteram sebab ada doa-doa dari ayat Al quran yang memang bila di baca kepada air tersebut memberi kesan.

Penceramah tu telah belajar di Indonesia di mana air tu merupakan benda yang hidup. So malam tu kita orang di beri 2 botol air. 1 botol di beri puji-pujian, di doakan air tu semoga ia menjadi segar dan sedap di minum. 1 lagi botol kita maki air tu ,dengan erti kata menghina air tersebut.

Aku takdelah nak maki sangat contohnya aku kata airlah di kala hujan menyebabkan banjir yang menyusahkan orang. Di kala berlaku tsunami air laut mengorbakan beratus ribu orang. Macam-macam lah kalau ada perkara yang air boleh susahkan orang, tapi aku takde lah maki giler kan. So lepas tu dia suruh letak beberapa cuit nasi dalam botor tu.

Esoknya ya, air yang di puji tu enak sekali rasanya. Manakala air yang di caci itu telah berubah bentuk warnanya mengikut tahap maksima ke makian terhadapnya. Ada yang warna perang pekat dan ada yang macam kuning aje. So terbukti lah air itu hidup jadi kita boleh guna untuk ke arah kebaikkan.

Contohnya kalau dalam kesusahan bolehlah membaca ayat al-quran di depan air botol. Cari ayat2 yang boleh menyebab kan kita kuat, surah yasin, ayat kursi salah 1 nya boleh di amalkan. Esoknya minum air tersebut , kalau ada surah alquran untuk rawatan sakit, kena tanya yang arif ni kita boleh baca tapi tak salah kita doakan dalam bahasa melayu semoga air tu memang mujarab .

Kalau ada anak-anak pun boleh kita bagi minum insya allah kalau kita terapkan nilai-nilai positif maka ada kebaikkanya dan anggaplah kuasa yang Tentukan adalah Allah Swt jua. Kita kena percaya juga qada dan qadar telah di tetapkan jadi tak salah kita berusaha kalau ada nilai kebaikkan. Itu ajelah topik berat hari ini.. semoga korang amalkan kalau ada kelapangan.

Sunday, April 26, 2009

Min Ja Ro E S

Min ja roes ke arah pembentukan individu dan semangat berpasukan (nama kursus tu).
Selasa sampai jumaat lepas walau nampak macam panjang dan lama tapi kursus Min ja ro es yang aku lalui rasa cepat pulak masa berlalu. Aku rasa la sure ada lah rakan tag yang pernah pi kursus minda, jasmani, rohani ,emosi dan sosial ni terutama pada mereka yang dah ke jepun. ( wakzhusi sure tahu kot ni?)

Kursus ni memang banyak aktiviti dalam dewan tapi setiap modul ada roleplay dia. Kira tak banyak dengar ceramah dan sure tak boring punya. Apa yang menariknya kadang-kadang apa yang pernah di buat di tag/dimain kah, ada dalam salah 1 modul tu. Contoh dulu pernah kat tag Joe tu main tulis lirik so masa kat kursus tu ada ,ala lebih kurang bagi perkataan cinta so carilah dan nyanyi melodi lirik cinta tu. huhu

Apa apa pun insya allah dah lalui kursus ni rasa semangat berkobar-kobar pulak. Salah 1 perkara yang aku belajar setiap dalam diri kita ada tenaga dalaman yang boleh membuat sesuatu perkara itu menjadi positif dan boleh di lakukan . Setiap pekara tu boleh berjaya kalau lah dalam diri sendiri sentiasa berkata boleh dan hal yang sama setiap kegagalan pasti ada kejayaan di 1 hari nanti.

Wahhh ,semangat nampak..,eekekekkeke. kursus tu walau di ambil terms dari jepun(salah 1 nya chikara... but tak berjaya group aku buat..huhuhu) pemikiran dan aktibitinya boleh di sesuaikan dengan unsur-unsur islamik juga. Itu jelah kot, sempat gak aku pi mandi di kaki gunung Nuang tu di hari terakhir .. sejuk air sungai nya.

Monday, April 20, 2009

Ala tak dapat join esok

Alaaaaaaaaaaa., tak dapat lah aku jumpa wakz dan rakan2 tag kat KLIA esok malam.. Pagi tadi ada member yang dok depan aku(unit lain) ingatkan aku esok kena pi kursus..
Apa? terkejut badak aku rupenya aku kena pergi esok tengahari sampai hari jumaat. Jadi
pada wak bukan aku tak sudi nak jumpa, dah la banyak mini ghatering dia tak dapat join kan, takpe dah tak lama kan hang dok kat Jepun tu.

Cuma bengang jugaklah aku kat Admin @ HR aku ni, dah aku MC aritu e-mail aku dah penuh so aku tak dapat lah info(takkan dia tak set mail yg dibounced kan). Tempat kursus ni kat lembah pangsun,Hulu Langat (kat umah family Arc kah?). Oklah juga dapat aku menikmati keindahan alam dan lama pulak tak pi kursus out door ni. Ada sapa pernah pergi ? best ke tak?? sure tak sebest pergi a.d kan.. ekekkkee

Oleh kerna short notice ni anak aku kat tadika nampaknya 3 hari lah tak dapat pi. Ingat nak suruh adik ipar yang masih bercuti kat kg tu datang tolong. Tengoklah hope dia boleh maik kl esok atau lusa ke. Mujur juga orang umah aku dah start tegas kat PR baru tu.. kang dia semakin lemak plak malas -malasan aje.