Alaaaaaaaaaaa., tak dapat lah aku jumpa wakz dan rakan2 tag kat KLIA esok malam.. Pagi tadi ada member yang dok depan aku(unit lain) ingatkan aku esok kena pi kursus..
Apa? terkejut badak aku rupenya aku kena pergi esok tengahari sampai hari jumaat. Jadi
pada wak bukan aku tak sudi nak jumpa, dah la banyak mini ghatering dia tak dapat join kan, takpe dah tak lama kan hang dok kat Jepun tu.
Cuma bengang jugaklah aku kat Admin @ HR aku ni, dah aku MC aritu e-mail aku dah penuh so aku tak dapat lah info(takkan dia tak set mail yg dibounced kan). Tempat kursus ni kat lembah pangsun,Hulu Langat (kat umah family Arc kah?). Oklah juga dapat aku menikmati keindahan alam dan lama pulak tak pi kursus out door ni. Ada sapa pernah pergi ? best ke tak?? sure tak sebest pergi a.d kan.. ekekkkee
Oleh kerna short notice ni anak aku kat tadika nampaknya 3 hari lah tak dapat pi. Ingat nak suruh adik ipar yang masih bercuti kat kg tu datang tolong. Tengoklah hope dia boleh maik kl esok atau lusa ke. Mujur juga orang umah aku dah start tegas kat PR baru tu.. kang dia semakin lemak plak malas -malasan aje.