Lama aku tak kongsi cerita pengajaran ala –ala ustad, opss takde lah ustad sangat lagipun berkongsi ilmu ni kalau korang baca insya allah ada lah kebaikkan sesama kita. Topik ni kira topik motibasi lah juga kerna yang baik kalau di ikuti moga ada manfaat.
Saja lah aku nak cite perkara yang baik yang di berikan semasa aku pergi kursus Min ja roes haritu. Bukanya apa bila aku baca blog poi dan anne pagi ni rasa macam depa down pulak di sebabkan beberapa perkara terjadi. (aku turut simpati ni...)
Ni aku nak berkongsi air botol ustad baca di kala masa kita sekolah dulu-dulu yang mak/bapak hantar ke asrama tu memang ada kebaikkan dan mujarab. Contohnya masa jawab exam kita boleh tenang dan tenteram sebab ada doa-doa dari ayat Al quran yang memang bila di baca kepada air tersebut memberi kesan.
Penceramah tu telah belajar di Indonesia di mana air tu merupakan benda yang hidup. So malam tu kita orang di beri 2 botol air. 1 botol di beri puji-pujian, di doakan air tu semoga ia menjadi segar dan sedap di minum. 1 lagi botol kita maki air tu ,dengan erti kata menghina air tersebut.
Aku takdelah nak maki sangat contohnya aku kata airlah di kala hujan menyebabkan banjir yang menyusahkan orang. Di kala berlaku tsunami air laut mengorbakan beratus ribu orang. Macam-macam lah kalau ada perkara yang air boleh susahkan orang, tapi aku takde lah maki giler kan. So lepas tu dia suruh letak beberapa cuit nasi dalam botor tu.
Esoknya ya, air yang di puji tu enak sekali rasanya. Manakala air yang di caci itu telah berubah bentuk warnanya mengikut tahap maksima ke makian terhadapnya. Ada yang warna perang pekat dan ada yang macam kuning aje. So terbukti lah air itu hidup jadi kita boleh guna untuk ke arah kebaikkan.
Contohnya kalau dalam kesusahan bolehlah membaca ayat al-quran di depan air botol. Cari ayat2 yang boleh menyebab kan kita kuat, surah yasin, ayat kursi salah 1 nya boleh di amalkan. Esoknya minum air tersebut , kalau ada surah alquran untuk rawatan sakit, kena tanya yang arif ni kita boleh baca tapi tak salah kita doakan dalam bahasa melayu semoga air tu memang mujarab .
Kalau ada anak-anak pun boleh kita bagi minum insya allah kalau kita terapkan nilai-nilai positif maka ada kebaikkanya dan anggaplah kuasa yang Tentukan adalah Allah Swt jua. Kita kena percaya juga qada dan qadar telah di tetapkan jadi tak salah kita berusaha kalau ada nilai kebaikkan. Itu ajelah topik berat hari ini.. semoga korang amalkan kalau ada kelapangan.