Puasa kali Fasa pertama telah terlaksana dengan jayanya. 10 hari di lalui sangat cepat pula rasanya. Hari 3-6 , perut mula mengeluarkan toksik, hampir setiap hari di pagi hari tak selesa rasanya. Nak kata makan makanan pedas , adalah jugak , ataupun dok makan makanan bergoreng ek. Alhamdulilah setakat ni aku tak tinggal lagi sahur, banyak pahala dapat kalau amalkan sunah nabi ni. Sahur pula semestinya aku makan nasi tapi sikit aje la sebab ambik oat 3 in 1 tu sampai ke petang ok aja tak rasa lapar.
Ha, selalunya sebelum ni aku selalu gak tidur selepas subuh kalau hari nak gi keja tu. Kali ni berbeza plak sebab aku dok layan game dalam Fb tu lah.opsss . Rasa macam ok jugak sebab sebelum ni kalau tidur dalam 1 jam tu sure rasa macam lemah-lemah badan aje ataupun rasa nak tidur aja. Tapi kalau cuti ok aje belasah rehat sampai tgh, mujur aku tak dok kat kg so tak yah la aku menebas mcm mamat kulim yg berangan ala-ala Jess DH yg dia dok gebang tu, ekekekekke.
Setakat ni org umah dan P.R aje dok sediakan menu berbuka puasa.Kalau aku gi bazaar ramdan pun hanya beli kuih muih dan air –air cincau atau laici kang. Bukanya apa jiran sebelah rumah start hari ke 3 posa dok antar makanan so makanan memang dah cukup dah. So masa berbuka selalu la buat selang seli bihun, mee, kuih-muih nak bertukar dengan jiran tu.
Terawih pula masa cuti weeknd ke merdeka hanya 1 saff aja yang datang, kalau nak compare awal-awal tu, ramai kot balik kampong masing-masing. Aku je tahun ni cuti sekolah tak balik kg, atas nasihat doctor wife dah tak boleh selalu travel . Itujelah nak cite fasa 1 10 hari di bulan Ramadhan.