Monday, September 28, 2009

Hari raya



Gambar kat atas ni my mum bersama family aku dan adik sempena hari raya (ambik gambaaq dia publish kat fb).Tahun lepas aku dok cite adik pompuan aku yang asyik beraya umah family suami dia aje so alhamdulilah tahun ni depa raya kat kg dulu baru balik A.Setar sana.

Malam raya, tahun ni giliran kat umah wife aku tapi macam tak best plak raya kat area taman perumahan ni. Malam tu aku isyak kat masjid sebab selalunya bertakbir kat masjid lagi menarik dan menginsafi diri ni. Lepastu aku bergegas ke bandar P.B cari baju raya diri sendiri dan anak lelaki tu. Sejam mencari akhirnya dapatla baju sama color warna merah couse nak samakan dgn baju org umah dah siap di tempah.. Malam raya dapatlah diskaun beli baju raya, oklah tu.

Raya pertama- beraya dengan keluarga wife aku dulu ,kira lepas sembahyang sunat kat masjid balik umahh makan lemang yang di beli.. Tapi seruis raya kali ni aku tak makan banyak ketupat/lemang couse selalunya kalau makan sure petang2 sedap je nak tidur. Tengahari baru aku balik kg aku kat bm tu. Kali ni selain adik aku,kakak aku yang dok sekali memang raya kat umah dulu sebelum depa balik umah mertua kat Bagan (tapi mertua dah takda dah). Adik aku yang baru kahwin tu pun datang pagi tu tapi petang kena kerja pula. So aku dok rumah aje menunggu kot ada tetamu nak tengok baby baru kan, mana la aku boleh bawa jalan-jalan.

Raya ke 2 sampai ke 4. Hari raya ke 2 aku tak jalan mana-mana pun, asyik2 aku pi cc yang tak tutup di hari raya ni,so bolehla aku dok pantau ikan2 dan tanaman2 kat FB tu..opsss. ekekekek. Raya ke 3 baru aku start jalan bawa 2 orang anak pi 2 umah terbuka kawan skolah menengah dulu kat pekan lunas dan bandar sri mutiara. Call gak si asrul kot aku boleh pi sg ulaq tapi dia gi raya sakan kat sg petani lak, takpelah takde rezeki tahun ni nak pi.

Raya ke 4 aku gerak semula ke Jawi terus ke umah kakak ipar buat lontong special katanya. Petang tu hujan turun mencurah-curah so lepak aje lah kat situ. Raya ke 5 sampai 7 aku tak kemana-mana dah, tunggu tetamu je datang ,dok tunggu kawan skolah dari selama yang kata nak mai raya tapi tak kunjung tiba,so plan nak pi raya umah kawan2 area kepala batas tak menjadi tahun ni, line celcom problem katanya raya ke 3-5 aritu ek.

Raya ke 8 aku gerak ke k.l pukul 9 macam tu, lepas peluk cium semua , anak2 macam tak kisah aje dah pun..,ke depa dah paham kalau mama dia cuti panjang sure aku sorang je balik kl. Sampai bkt beruntung 12.30 so raya la dulu umah rakan skolah teknik dulu tu. Tu jelah kot cite hari raya yang aku rasa macam tak puas aje tapi yang bestnya balik kl timbang berat, yess masih sama macam hari ke 27 puasa lepas. Ini hasil aku dok turun jogging di pagi hari start hari raya ke 3 sampai hari ke hari raya ke 7.. heheheh

Thursday, September 17, 2009

Balik Raya

Yayyy, hari ni insya allah bergerak pulang, abis keja ja zasssssssssss masuk Duke terus ke Duta. Agak2 jalan jem sekaya tak? tapi pagi tadi macam dah tak kurang kenderean.Kalau takde aral melintang pukul 5.30 kot ni nak gerak.

Kali ni risau gak sebenarnya bawa baby kecik tu. Kalau singgah kat mana-mana nanti takleh bawa dia kluar. Raya ni pun doktor dah pesan tak boleh bawa jalan-jalan. Kalau orang datang tengok pun kena pantau dia ada selsema/batuk ke tak.

At least 2 bulan dia kata baby pramatang ni kena duduk rumah sahaja. Jadinya raya tahun ni aku rasa macam tak berapa nak meriah, ehh tak best. Kalau nak gi raya umah sanak saudara sure aku lah bawa 2 orang lagi anak tu. Oh ya nampaknya aku kena shopping last minit lah ni kat kg. Banyak benda lagi tak beli lagi ni, baju raya ingat nak beli sepasang lah ,sama warna dengan anak-anak macam biasalah boria tanjung kenala sama warna.ekekeke

Ehh dah boleh buat ucapan raya dak ni? Takpelah aku nak mohon maaf siap-siap pada yang singgah sini baca blog ni. Semoga perjalanan di hari raya ni selamat lah hendaknya dan lancar tanpa banyak halangan. Esok/lusa macam nak online lagi kat cc,ekeke dah banyak game main kat fb tu kenalah pantau sekejap. Ok salam hari lebaran, maaf andai tersalah tingkah laku dan percakapan.. Selamat bercuti!

Tuesday, September 15, 2009

Di Darul Izah sabtu lepas

Sebelum tu alhamdulilah, baby dah pun boleh di bawa pulang hari jumaat. Lama gak nak menunggu couse ada kes kecemasan lak ,so doctor macam busy time tu. Pagi sabtu tengok baby macam ada kuning lagi bila tekan kat pipi dan kaki dia. So sebelum gi Darul Izah tu kena gi k-four beli barang dapur sikit,lepas tu singgah klinik homopaty kat melawati ambik ubat ilang kuning kat situ. Aku ingat macam nak pergi petang sahaja tapi berubah fikiran memandangkan inilahh pertama kali join di rumah anak yatim sebab sebelum ni masa belajar pernah la pergi rumah orang susah kat kampong area Jerantut Pahang tu.

Lebih kurang pukul 12 lebih berangkat la aku ke sana ,anak-anak macam nak ikut gak, tapi aku dah beli siap-siap jajan kat depa so depa macam ok lepaskan aku . Sebenarnya aku tak leh buka map yg di publish oleh Joe, so aku google nampakla tempat tu kat mana. Kalau niat yang baik akan di restui oleh NYa sampai gak sana dalam 1 lebih.

Serba salah aku sampai waktu macam tu tapi aku tau masih ada saki baki kerja yg harus di selesaikan. Sampai aje kat depan bangunan tu, wahh tersergam kukuh sebab aku macam bayangkan umah anak yatim kat kampong yg berdinding kan papan dan beratapkan zink atau nipah ka. Ni pun pengaruh drama tv gak sebab selalunya depa dok tayang kalau kisah anak umah yatim sure susah punya. Sampai je depa dah abis pun bersih/kemas bilik so aku jumpa penganjur utama Wak dan dapatlah tau apa yg kena buat bila sampai je kat situ.

Sebelum tu aku ronda la dulu keliling ,perati dan jumpa mereka yg dah sampai. Bila pergi ke bilik study ,masa tu Wan dan Angah dok nak pasang langsir tapi depa dok pening budak-budak tak mai bersihkan meja yang penuh dengan buku-buku terpakai kat ujung tingkap tu. Menggunakan kuasa Veto angah suruh aku settle kan bilik tu.
Ketika itu budak-budak ada la beberapa org mai dengan muka yg penuh kepenatan dari pagi datang bersihkan meja depa so aku tanyala kat salah sorang buku-buku kat meja hujung tu guna lagi ataupun tidak. Menggeleng kepala aje dia tanpa bicara satu pun ayat mungkin takut aku menyuruhnya. Masa aku nak ajak tu la tiba-tiba ada anoucement suruh depa berkumpul kat bawah ada taklimat dari si Wak dan sapa tah nak kasi duit raya(kawan si fara yang nama Mas tu ek).

Lepas tu sholat dulu then bila aku naik atas budak-budak yang sepatutnya kena clearkan tempat tu sudah pun sedap menikmati cadar dan suasana baru kat tempat tidur depa tu. Serba salah nak gerak last-last aku sorang aje menyusun balik dan tengok buku yang masih elok di pilih ,yang di guna pakai/lusuh aku buangkan dalam karung sampah tu. Banyaklah gak buku yang boleh di guna pakai tapi agaknya depa kat sini dah mewah dengan buku yang kurang hanyalah kasih sayang . Agak sadis gak aku nak buang buku- buku tu yelahh masa aku belajar dulu selalunya kalau ada buku yang elok lagi aku bagi saja kat adik-adik aku tu.

Hmm. Keadaan bilik tu punyalah bersepah dengan kasut,sampah sarap, cawan main letak aje. Memang aku akui displin kat situ tak di ambil berat kemungkinan takde penyelia lelaki yang garangkah macam aku bayangkan drama Lima yang ditayangkan kat Astro tahun lepas. Lepastu aku gi tolong clearkan buku-buku kat bilik study sekolah rendah plak.. Alamak yang ni pun banyak yang kena buang.. dan aku bersembang dengan budak-budak kecil macam akid, mirza , depa layan lah jugak tapi aku tak sampai hati nak tanya lebih-lebih kenapa depa di tempatkan dekat situ.

Lepas dari tu aku tolong kat bahagian bawah plak, dan yang ni aku hanya ikut je arahan mentor si wak itu..ekekekek. Tapi betul kalau ramai yang tolong keja yang susah pun boleh di buat dengan cepat. Jadi aku nak ucapkan tahniahla pada rakan-rakan rebanmaya,silent reader blog Joe, wakil ansaralah yang turut serta masa time berbuka tu kerna Berjaya lah jugak majlis yang di buat kali ini. Kepada ajk dan ahli biasa yang menderma, bertungkus lumus terutama yang berkerja dari pagi sampai ke petang ,hanya Tuhan sahaja yang membalas segala kebaikkan yang di buat pada hari sabtu lepas. Tak lupa juga pada yang menderma majlis itu walaupun berada jauh dari bangi semoga Tuhan sahajalah membalas jasa korang di akhirat kelak.Amin!

Tuesday, September 8, 2009

Nama

Uwaaa... rindu lak kat baby... huhuhu. Baby masih ada kat spital lagi. Biasalah baby tak cukup 36 minggu ni selalunya tahap kejuandis an (ke kuningan) masih tinggi lagi. Doktor tak benarkan keluar lagi. Takpelah mama dia boleh gak rehat pulihkan tenaga dulu. Untung lah juggak kan PR tu biasa pula ngurut org lepas bersalin, so 3 hari turut-turut dah urut pun 1 badan.

Mula-mula tu suspen gak susu macam susah kluar tapi lepas urut sehari tu dah ada pun. Oh ya masa sehari lepas bersalin tu ada nurse dalam bidang susu ibu mai dok terang kebaikkan susu ibu, teknik, cara dan sebagainya . Masa dia dok terang tu aku dok baring baiknya kat atas katil spital tu, tidur ayam sambil dengar-dengar. Nurse tu cadang apa tah jenama pam tu ,lepas dari tu terus aku gi beli siap-siap.Oklah jenama tu senang dan praktikal. Lani aku dok ulang alik melawat baby dan antar susu ibu.

Hari ni hari ke tujuh, nak ikutkan hari ni apdal kalau nak menamakan anak. Oleh kerna nama si abang ada hurup D kat depan si adik pun Mama dia nak letak D lah jugak. Aku pulak nak letak hurup A so dok tengah cari lah ni. Takpe baby pun belum kluar so hari ke 14 ni la pergi daftar sebelum kena denda. A? adli ok? Aidil?

Wednesday, September 2, 2009

Rezeki di bulan ramadan

Bersyukur lah kepada yang Esa, waima baby di jangka lahir di bulan syawal bulan ni gak dia na kluar. Agaknya dia tak sabar nak sambut raya agaknya, hehehehe. Malam selasa lepas wife dah rasa kontraksi yang agak berlainan dan kerap so bergegas la bawa ke spital kat ampang tu.

Lepas nurse check semua ,dan cucuk segala ubat bagi paru-paru baby matured sebab takut bila kluar nanti kena masuk dalam incubutor tu plak. Doktor malam takdelah nak datang dia just jawap phone aje . Ohya,wife terus masuk ke labour room sebab dah kerap baby dok berkotraksi dan Nurse check maybe dalam 48 jam kalau sama aja kemungkinan bersalin lah awal dalam masuk minggu ke 34 .

So pagi tadi dalam dok bermasej dan call org umah dalam 9 pagi Dr. dah bg ubat pecahkan ketuban so lebih kurang 4 jam jangka masa baby boleh kluar. Aku masih di opis pagi tadi kira dalam 11 lepas nurse call kata bukaanya sudah 6cm gitu terus aku bergegas le gerak kesana. So sampai sana bagi sokongan moral duduk sebelah , ala aku ada ambil gambar tapi wayar plak dah tinggal kat penang so tak dapat nak publish gambo.

Dalam 12 sakit dah bertambah so nurse suruh sedut gas dulu supaya kurang sakit . Dalam 12.15 Dr dah sampai terus dia kata boleh dah kluar dan push ni. Mula tu nurse macam tak paksa push sebab katanya bukaan tu boleh buka sendiri, kalau tersalah push kang kena jahit banyak cm, opss mengerikan... (td hanya 2 jahitan aja)

Alhamdulilah lebih kurang 12.32 baby pun kluar, aku dok sebok ambik gambo ,hehhee. Letak baby kat tempat dia,tak dengar suara lagi, lepas dok bersih idung,mulut semua baru dengar suara tangisan dia tapi alamak, lupa nak rakam ek . Lepastu aku minta nak azan so nurse kata nak bersih sikit lagi, lepas dia cucuk bagai baru dia kasi aku ka situ .Sebelum ni aku azan kat bilik baby kali ni kat situ rasa macam sebak plak.

Yelah aku orang lelaki just boleh tengok dan bagi sokongan moral aje, yang menanggung si mama nya lah ek. Takpe at least ke tiga-tiga anak aku dah saksi sendiri jadi kenangan tu boleh ingat sampai bila-bila. Apa apa pun aku kena lah sedia dengan lebih lagilah dah ada 3 anak ni tanggung jawab kenalah lebih padu. Tak lupa juga teringat kat emak sendiri yang lahirkan kita , kenalah insaf bukanya mudah nak lahirkan baby ni. Itujelah coretan rezeki anugerah tuhan pada 12 hb ramadhan .

Fasa 1

Puasa kali Fasa pertama telah terlaksana dengan jayanya. 10 hari di lalui sangat cepat pula rasanya. Hari 3-6 , perut mula mengeluarkan toksik, hampir setiap hari di pagi hari tak selesa rasanya. Nak kata makan makanan pedas , adalah jugak , ataupun dok makan makanan bergoreng ek. Alhamdulilah setakat ni aku tak tinggal lagi sahur, banyak pahala dapat kalau amalkan sunah nabi ni. Sahur pula semestinya aku makan nasi tapi sikit aje la sebab ambik oat 3 in 1 tu sampai ke petang ok aja tak rasa lapar.

Ha, selalunya sebelum ni aku selalu gak tidur selepas subuh kalau hari nak gi keja tu. Kali ni berbeza plak sebab aku dok layan game dalam Fb tu lah.opsss . Rasa macam ok jugak sebab sebelum ni kalau tidur dalam 1 jam tu sure rasa macam lemah-lemah badan aje ataupun rasa nak tidur aja. Tapi kalau cuti ok aje belasah rehat sampai tgh, mujur aku tak dok kat kg so tak yah la aku menebas mcm mamat kulim yg berangan ala-ala Jess DH yg dia dok gebang tu, ekekekekke.

Setakat ni org umah dan P.R aje dok sediakan menu berbuka puasa.Kalau aku gi bazaar ramdan pun hanya beli kuih muih dan air –air cincau atau laici kang. Bukanya apa jiran sebelah rumah start hari ke 3 posa dok antar makanan so makanan memang dah cukup dah. So masa berbuka selalu la buat selang seli bihun, mee, kuih-muih nak bertukar dengan jiran tu.

Terawih pula masa cuti weeknd ke merdeka hanya 1 saff aja yang datang, kalau nak compare awal-awal tu, ramai kot balik kampong masing-masing. Aku je tahun ni cuti sekolah tak balik kg, atas nasihat doctor wife dah tak boleh selalu travel . Itujelah nak cite fasa 1 10 hari di bulan Ramadhan.