Tuesday, September 15, 2009

Di Darul Izah sabtu lepas

Sebelum tu alhamdulilah, baby dah pun boleh di bawa pulang hari jumaat. Lama gak nak menunggu couse ada kes kecemasan lak ,so doctor macam busy time tu. Pagi sabtu tengok baby macam ada kuning lagi bila tekan kat pipi dan kaki dia. So sebelum gi Darul Izah tu kena gi k-four beli barang dapur sikit,lepas tu singgah klinik homopaty kat melawati ambik ubat ilang kuning kat situ. Aku ingat macam nak pergi petang sahaja tapi berubah fikiran memandangkan inilahh pertama kali join di rumah anak yatim sebab sebelum ni masa belajar pernah la pergi rumah orang susah kat kampong area Jerantut Pahang tu.

Lebih kurang pukul 12 lebih berangkat la aku ke sana ,anak-anak macam nak ikut gak, tapi aku dah beli siap-siap jajan kat depa so depa macam ok lepaskan aku . Sebenarnya aku tak leh buka map yg di publish oleh Joe, so aku google nampakla tempat tu kat mana. Kalau niat yang baik akan di restui oleh NYa sampai gak sana dalam 1 lebih.

Serba salah aku sampai waktu macam tu tapi aku tau masih ada saki baki kerja yg harus di selesaikan. Sampai aje kat depan bangunan tu, wahh tersergam kukuh sebab aku macam bayangkan umah anak yatim kat kampong yg berdinding kan papan dan beratapkan zink atau nipah ka. Ni pun pengaruh drama tv gak sebab selalunya depa dok tayang kalau kisah anak umah yatim sure susah punya. Sampai je depa dah abis pun bersih/kemas bilik so aku jumpa penganjur utama Wak dan dapatlah tau apa yg kena buat bila sampai je kat situ.

Sebelum tu aku ronda la dulu keliling ,perati dan jumpa mereka yg dah sampai. Bila pergi ke bilik study ,masa tu Wan dan Angah dok nak pasang langsir tapi depa dok pening budak-budak tak mai bersihkan meja yang penuh dengan buku-buku terpakai kat ujung tingkap tu. Menggunakan kuasa Veto angah suruh aku settle kan bilik tu.
Ketika itu budak-budak ada la beberapa org mai dengan muka yg penuh kepenatan dari pagi datang bersihkan meja depa so aku tanyala kat salah sorang buku-buku kat meja hujung tu guna lagi ataupun tidak. Menggeleng kepala aje dia tanpa bicara satu pun ayat mungkin takut aku menyuruhnya. Masa aku nak ajak tu la tiba-tiba ada anoucement suruh depa berkumpul kat bawah ada taklimat dari si Wak dan sapa tah nak kasi duit raya(kawan si fara yang nama Mas tu ek).

Lepas tu sholat dulu then bila aku naik atas budak-budak yang sepatutnya kena clearkan tempat tu sudah pun sedap menikmati cadar dan suasana baru kat tempat tidur depa tu. Serba salah nak gerak last-last aku sorang aje menyusun balik dan tengok buku yang masih elok di pilih ,yang di guna pakai/lusuh aku buangkan dalam karung sampah tu. Banyaklah gak buku yang boleh di guna pakai tapi agaknya depa kat sini dah mewah dengan buku yang kurang hanyalah kasih sayang . Agak sadis gak aku nak buang buku- buku tu yelahh masa aku belajar dulu selalunya kalau ada buku yang elok lagi aku bagi saja kat adik-adik aku tu.

Hmm. Keadaan bilik tu punyalah bersepah dengan kasut,sampah sarap, cawan main letak aje. Memang aku akui displin kat situ tak di ambil berat kemungkinan takde penyelia lelaki yang garangkah macam aku bayangkan drama Lima yang ditayangkan kat Astro tahun lepas. Lepastu aku gi tolong clearkan buku-buku kat bilik study sekolah rendah plak.. Alamak yang ni pun banyak yang kena buang.. dan aku bersembang dengan budak-budak kecil macam akid, mirza , depa layan lah jugak tapi aku tak sampai hati nak tanya lebih-lebih kenapa depa di tempatkan dekat situ.

Lepas dari tu aku tolong kat bahagian bawah plak, dan yang ni aku hanya ikut je arahan mentor si wak itu..ekekekek. Tapi betul kalau ramai yang tolong keja yang susah pun boleh di buat dengan cepat. Jadi aku nak ucapkan tahniahla pada rakan-rakan rebanmaya,silent reader blog Joe, wakil ansaralah yang turut serta masa time berbuka tu kerna Berjaya lah jugak majlis yang di buat kali ini. Kepada ajk dan ahli biasa yang menderma, bertungkus lumus terutama yang berkerja dari pagi sampai ke petang ,hanya Tuhan sahaja yang membalas segala kebaikkan yang di buat pada hari sabtu lepas. Tak lupa juga pada yang menderma majlis itu walaupun berada jauh dari bangi semoga Tuhan sahajalah membalas jasa korang di akhirat kelak.Amin!