Yayyy, hari ni insya allah bergerak pulang, abis keja ja zasssssssssss masuk Duke terus ke Duta. Agak2 jalan jem sekaya tak? tapi pagi tadi macam dah tak kurang kenderean.Kalau takde aral melintang pukul 5.30 kot ni nak gerak.
Kali ni risau gak sebenarnya bawa baby kecik tu. Kalau singgah kat mana-mana nanti takleh bawa dia kluar. Raya ni pun doktor dah pesan tak boleh bawa jalan-jalan. Kalau orang datang tengok pun kena pantau dia ada selsema/batuk ke tak.
At least 2 bulan dia kata baby pramatang ni kena duduk rumah sahaja. Jadinya raya tahun ni aku rasa macam tak berapa nak meriah, ehh tak best. Kalau nak gi raya umah sanak saudara sure aku lah bawa 2 orang lagi anak tu. Oh ya nampaknya aku kena shopping last minit lah ni kat kg. Banyak benda lagi tak beli lagi ni, baju raya ingat nak beli sepasang lah ,sama warna dengan anak-anak macam biasalah boria tanjung kenala sama warna.ekekeke
Ehh dah boleh buat ucapan raya dak ni? Takpelah aku nak mohon maaf siap-siap pada yang singgah sini baca blog ni. Semoga perjalanan di hari raya ni selamat lah hendaknya dan lancar tanpa banyak halangan. Esok/lusa macam nak online lagi kat cc,ekeke dah banyak game main kat fb tu kenalah pantau sekejap. Ok salam hari lebaran, maaf andai tersalah tingkah laku dan percakapan.. Selamat bercuti!