Balik dari PB yakni membeli blah lepak bilik dulu ,sebelum tu dok berbincang dengan beberapa rakan samada nak pergi jamuan makan malam (berbaju batik) ,ataupun nak dinner kat jeti Kuala Perlis tu. Oleh kerna aku tak bawa baju batik tu so aku ikut lah beberapa rakan gi makan sea food yang memang terkenal kalau gi K.P tu.
Sebelum tu aku nak cite masa breakfast pagi jumaat tu beberapa rakan se -team volley tak confident aku dan member sorang lagi boleh menang explore race tu, katanya aku kena berfikir secara luar kotak di samping stamina yang tinggi. Terus aku bertekad dalam jiwa raga akan berusaha gigih untuk expore race tu couse kalau nak berlari aku dah confident boleh punya..hihihi
Malam tu balik dari KP terus masuk bilik sembang skit dengan member se-team then terus masuk tidur,kira nak tidur mencukupi untuk aku lari pagi tu. Pagi macam biasa 6.40 am dah bangun ,ada 1 kereta (4 org) dah nak gerak pulang ke KL so dalam pukul 7 depa cau. Aku lak macam dah suspen dengan belum breakfast tapi nak lari so dalam 7.30 gi daftar dulu kat kompleks sukan dengan member se-team kira setiap 11 wilayah yang ada hantar 1 pasangan untuk E. R tu.(expl race)
Dalam 8.30 baru lah taklimat di beri, rupenya taklah mecabar sebab aku ingat macam ada road block yang kena wat macam amazing race tu. Senang aje rupenya, kena cari 10 point atau 10 stesyen lepastu dah jumpa kena stapler kan kat kertas (yg kena usung). Kira dia bagi peta Uitm keseluruhan so kena tandakan no 1- sampai 10. Takdelah kena buat kuiz ke, atau main apa-apa just lari berpandukan peta yang diberi..
Dalam 9 am baru start ,kita orang team ke 3, so aku mencadangkan member aku ubah strategi buat no lain yang nampak dekat-dekat, so kita orang tak ikut peserta depan yang depa lari ikut stesyen no 1. (setiap team di beli perlepasan selang 2minit). So macam biasa lah aku sentiasa lari di depan kasi member aku yg kurus dari aku lari laju gak.. kekeke (jauh jugak dalam 4-5 km je). Akhirnya kita orang sampai ke garisan penamat dalam 42 minit tanpa ada peserta 2 team lagi yg di lepas awal tadi.
Tunggu punya tunggu ,semua team yang datang tak dapat potong time (42 minit tu) yakni kita orang sampai so akhirnya team KL di nobatkan sebagai juara baru ,yabeda bedu... siap ketua kontingen datang ucap tahniah dan tahun depan dia kata hampa lagilah wakill.. ececece. Geram sangat dengan member2 yang dok perkecilkan aku dan terutama kata aku tak layak lagi main bolibol terus aku sms depa bg tau aku Johan E.R , biaq depa rasakan aku ni akan berusaha sungguh2... so tak usahlah memperkotak katikkan orang lain... opsss memperkecilkan orang lain sebenarnya.. hihi
Pagi Isnin yang lepas siap e-mail lagi kat depa gambaq adiah E.R dengan pertanyaan bila depa nak wat latihan bolibol lagi, fuhh semangat aku ni tak puas hati gi arau wakil E.R aje.. hihihi. Oklah dah panjang ni macam nak cite lagi takpelah tunggu part 3 plak seminggu yg best tu. hu hu. Eh lupa nak bagtau dapat beg galas hadiahnya (ada tempat boh laptop) + 1 lagi adiah bila balik sini ,semalam dapat lagi insentif menang E.R tu.. wahh rasa mcm atlit negara plak.. ops
Gambaq di atas saje je tak buka adiah lagi nak tunjuk kat member yang dok aloq staq tu ,,dia balik awal dan ajak lunch umah dia tgh sabtu tu.. time kami gerak pulang dari Arau. Err terus aku pakai baju no 3 sebab no 3 macam bertuah je pagi sabtu tu , no bid masa E.R pun 3 gak.. ececece