Monday, June 21, 2010

Seminggu yang best- part 1

Minggu lepas ,seminggu takde kat KL dan keterujaan aku berakhir dengan penutup yang best. Aku nak cite pasal aku join suF*ma lah dulu kat Arau Perlis. Yelah buat pertama kalinya aku wakil bolibol setelah banyak kali berlatih dapat gak aku turut serta, rasa macam boleh join lagi tahun depan tapi susah la jugak nak masuk pemain full time kecuali kalau umur aku dah 45 tahun sorang pemain veteran wajib main sepebuh masa dalam peraturan bolibol ni.





Perjalanan bermula depa ambik aku dekat hentian RnR Sg B*kap dalam 3 ptg, di iringi hujan yang agak lebat hari rabu lepas. Sampai dekat Arau dekat 6 ptg selepas henti kejap kat Gurun terus masuk bilik asrama Uitm tu , hmmm sure sapa yang dah jadi manager tentu tak tiduq dalam asrama ni. Teringat balik asrama yg pernah aku duduk zaman blajar dulu kat Pahang dan Ganu tu kira sebijiklah design depa buat ni.






Khamis tu game kitaorg bermula awal pagi, pertemuan pertama dgn Wil. Aloq Staq selaku tuan rumah, hajat di hati nak main tapi coach tak bagi lagi, dia suruh aku tengok dulu yelah ni kali pertama aku join. Game pertama menang ,lepastu lawan dengan Wil. JB plak dan letak pemain yang sama kecuali tukar pemain veteran aja tapi tetap kalah.






Kira 3 orang pemain simpanan termasuk aku tak dapat main... Hmm nak wat macam mana dah memang macam tu kot lagi pun depa yang main ni bukan selalu turun tapi atas tiket pernah join dan faktor ketinggian dapat lah depa main. Rasa geram tu adalah juga tapi mujur aku ada game 1 lagi di hari sabtu iaitu explore race , couse final bolibol ni depa buat hari jumaat tu.




Malam tu acara perasmian bermula, separuh dari ahli team bolibol tak join (yelah sebab depa dah pernah join). + di samping game Argentina Vs Korea khamis 7.30 ptg tu . Aku berbelah bahagi gak tapi demi nak jugak aku rasa pertama kali terliba, join lah jugak walaupun takdelah sehebat perasmian sukma melaka tu... (memang jauh la) kekeke. Tapi ramai dari team tak puas hati couse atleast ada perlawanan suku akhir tapi juara setiap kumpulan je layak terus ke semi final. So buat apa pi perasmian, game dah abiskan... huhu


Jumaat plak pagi tu bagi sokongan rakan-rakan yang masih main macam sukan badminton,lepastu pergi venue Tenis dan akhir sekali pergi tengok final bolibol. Oklah dapat juga coach dan rakan-rakan melihat kelebihan lawan couse tahun depan coach yang baru dilantik tahun ni plan nak bawa ke final.. huhu. but banyak lah benda kena pelajari balik katanya. Petang tu 1 kereta pi shooping kat padang besaq beli buah tangan tanda kenangan, hampeh aku cari baju werld cup agentina takdak last-last rembat rugbi punya tshirt... nanti sambung balik .