Petang n i gerak lagi balik kg halaman, hujan plak dah turun tapi macam nak henti dah. Selalunya Kl ni kalau hujan di ptg hari sure nak redah sesak menjadi 1 kemestian kalau nak kluar KL ni. Kalau lepas sg buloh PLUS tu pun kadang-kadang sesak gak bila nak sampai Rawang tu. Teruja betul nak pulang kali ni kerna banyak benda akan berlaku.
Hari sabtu dan ahad ada kenduri lagi..layannn ajelah. Ahadnya kawan skolah baru nak langsung, teruja aku nak jumpa kawan lama, ramai gak geng-geng lama nak turun so boleh la tengok geng-geng dulunya masa skolah mat sport dah bulat dah huhu. Aku jumpa ja nanti pakat dok ajak depa aktifkan diri supaya mereka rajin2lah bersukan..ececcece.
Lepastu isnin sampai rabu.. yezaaa.. bawa famliy bercuti di CH . Dah tempah pun tempat penginapan awal-awal risiko lah jugak takut-takut boss tak luluskan. ALhamduliilah takde urgent apa pun tugas menanti tapi balik dari cuti sure banyak dengan ada Audit plak. Oh ya kali ni menginap di tempah best skit ,jauh di atas bukit sikit..sure sejuk membeku ni..opsss..
Hari rabu sampai sabtu plak akan berada di u*tm Perlis . Tak pasti lagi aku di suruh main ke tak tapi no hal dah selalu turun berlatih takkan coach tak bagi main pulak kan.. huhu. Sabtunya kalau ada yang boleh ganti explore race tu nak join larian 5 km. Itu jelah minggu teruja aku nak lalui hope semuanya dapat di lalui dengan best dan jayanya!