Malam ni berakhir sudah konsert akademi yang saban malam aku tak miss menonton waima adalah bertembung dgn Aim dan apa tah 1 lagi, tetapi tetap gak tengok ulangan ,hehehhe.
Jadi malam ni adalah penentu juara jadi kalau yang nak undi pelajar pilihan anda sila undi , aku setakat konsert ke 9 belum undi lagi , wowwwwwww...
Yelah masa awal-awal aku dah pilih beberapa peserta yang boleh masuk final so depa lepas masuk konsert ke 8, ke 9 so takyah la aku undi , eekekeke. Antaranya hafiz & Isma . Aril dan Akim plak nak dekat ujung baru ok persembahan depa ni. Jadi siapakah yang layak menang kali ni? Analisis -analis ,check depa punya prestasi...
Juara kali ni nampak macam Hafiz boleh menang tetapi ramai juga menantikan kemunculan Akim dan Aril, yakni masa persembahan akhir nanti kalau depa 2 ni nyanyi dan mendapat pujian dari pengkritik tetap boleh juga menarik perhatian pengundi. Aril rasanya habis kuat aku rasa dapat no 2 atau 3. Linda af masuk musim 2 dan Loter Af4 masuk musim 4 pun muncul jadi naib johan sahaja.
Isma dan Yazid? emm.. depa ni persembahan tak konsisten dan agak susah nak cari x-faktor kalau depa kluar nanti boleh tak kekal sebagai penyanyi tersohor?. Isma boleh buat album dengan bantuan Tomok yang dah menang 1 juta tu so tak salah rasanya Tomok bantu kan, kalau tomok dapat duit dah sure dia labur gak untuk kakak dia malam ni kan..
Oklah juara pilihan aku malam ni samada Hafiz atau Akim lah,pencabar kuat maybe si Aril. Kalau depa kalah depa 2 ni boleh berlakon teater arahan si Tiara tu.. ekekekek . Masa awal aku kan ada rasa pelik si Tiara tu boleh jadi pengetua dan adakah beliau nak anak2 murid dia berlakon teater muzikal?
Aku rasa ya sebab masa konsert ke 8 yang ala-ala teater tu yang paling nampak menyerlah bakat-bakat pelajar af 7 ni . Itu jelah nak ramal AF 7 berakhir sudah aku rasa transformasi kali ni tak berapa nak menjadi.. maybe boleh menang artis baru terbaik tahun depan (ABP 2009) hehheheeh.