Sambungan la plak, atas permintaan katanya..Ekekekeke, sabar jelah , nak gak aku buat sambungan entry bercuti ni. Lupa la aku nak cite sebab senang ingatkan tarikh 1 mei lepas, anak aku yang nak masuk 3 thn tak lama lagi baru berani tak nak pakai pampers lepas mandi pagi pagi tu. Terkejut gak aku dan aku yakinkan dia kalau nak buang air gi toilet macam si abg dia.
Mula- mula tu ok, aku tanya dia nak kencing tak, then dia kata nak. Sejam lepas tu aku bawa depa 2 org pi beli paper jap naik keta(jajan sudah tentu kena beli). Nak balik tu.., alamak dia tak tahan , terkencing skit, mujur dia berdiri kat belakang. sampai umah basah sikit je kat seluar. Takdelah marah-marah dia.. kang dia sentapz tak nak cuba dah kan.
Tgh tu pi umah kakak ipar wife aku pakaikan dia pampers,, tak berapa confident takut dia lupa. Hari sabtu.. . ha , kira sambungan lah ni. Pagi tu dia still boleh lepas lagi tak kencing kat seluar tapi kena tanya dan ajak dia ke toilet. Dalam 12 lebih kot 1 family keluar termasuk adik and kakak ipar gi jalan ke Jusco perda (so pakai lah pampers).
Sampai Jusco tu macam biasa main dekat tmn mainan kat bawah. Agak lama lepastu bawa depa pi library. Sampai situ ada pc yang boleh access internet. Apa lagi cargasla aku guna tapi berbayar la. OKlah lama tak check facebook.. , blog kawan-kawan. Sempat sembang dengan Deo kononya nak tengok AIM daripada nak tengok AF.. (tapi aku tertewas banyak tengok AF dari AIM, kira time iklan buka AIM jap... huhuhu)
Lepastu balik singgah makan bihun sup kat area Jawi tu, tapi takdelah aku makan hanya order kopi aje couse dah terbeli 6 donut big apple. So kat situ ada buai, papan lungsur bagai so aku layan anak-anak aku main . Balik terus rehat dan bersiap sedia layan konsert ke 8 dan AIM ke 16 ek..
Hari ahad, tak nak pakai pampers lagi anak aku tu. Ok layan.. masa lepak kat balkoni tiba -tiba terkencing gak dia. Lupa aku nak tanya dia, kena layan ek tanya selalu..Kena latih tubi ni..ke nak minta bibik sure dia malas nak layan ni. Oh ya
pagi ahad tu hujang memanjang dan sesudah subuh ..opsssss.
Lepas bagi dia pakai pampers dalam 10 am terus aku bawa anak-anak gi umah adik aku kat bm, err org umah pi facial katanya pagi tu dengan adik dia . Mak aku pula baru sampai dari kelantan, rombongan cik kiah ke sana sempena cuti 3 hari ni . So lepas jumpa adik pompuan aku tu, aku balik umah mak lepak sana sampai ptg sikit. Lepastu balik jawi baru gerak pulang ke kl. Tu jelah nak cite ..hihihi ,takde dah sambungan tau.. ekekkeke