Ahad lepas aku sembang dgn Deo tanya pendapat dia wajar atau tidak aku masuk bidang latihan @ hr , mula-mula aku ingat minat macam bidang PR. Mamat tu kata aku tak sesuai PR, dada belum bidang lagi nak kelentong orang.. heheheh. So bidang Training tu dia kata ok. Yalah bila aku buat kuiz kat pacebook tu macam aku kena tukar kerjaya aja kalau nak capai achievment yang baik dalam kehidupan..ecececcece.
Lepas tu kan, semalam tiba-tiba sorang manager(HR) panggil aku tanya selama aku kat sini ni aku minat masuki bidang mana. Bincang dok bincang so aku cakapla nak cuba bidang kat atas tu kalau di beri pilihan. Aku rasa la bulan 6 ni ada 2 couple budak Opis ni sesama unit akan dirikan rumah tangga so kalau ikut peraturan baru depa kena bertukar unit. So kemungkinan ada yang kena masuk unit yang aku stay sekarang ni.
Tak kisah la kan tapi macam gabra gak ni kalau betulah kena tukar, mungkin kah awal bulan 6 ni, atau pun maybe tahun depan. Setakat ni rasanya rasa ok dah dok unit baru ni tapi aku pun bukan ada kuasa , at least lepas dia tanya kemungkinan aku kena tukar tu ada dan kalau dapat unit tu nanti,insya allah lah kena lah beri komitmen yang tinggi ni.