Jumaat lepas aku balik penang lagi, sampai umah dalam 10 malam. Esoknya plan nak gi kenduri kahwin rakan seopis lagi kat kedah tapi nampaknya tak jadi kerna kedua-dua anak aku telah mengalami demam akibat beberapa hari lepas asyik berjalan sana sini . Cuaca kat utara sini memang panas membara tapi kat lembah klang la ni pun sama aja panasnya, huhuhu.
Akhirnya sabtu dok berehat aje jat umah tapi aku jogging macam biasa pagi tu, takde jerebu langsung area kg aku tu kalau nak compare khamis & jumaat lepas berjerubu aja k.l tu. Tengahari tu kakak ipar aku ajak adik bradik dia datang tolong buat makan-makan sikit so berangkat lah ke sana dalam 11 pagi. Masa tu 2-2 anak aku dah ok, dok bagi ubat demam yang memang sentiasa bawa tu. Tapi depa takdelah melompat macam sepupu-sepupu depa tu.. dok tengok ceria kat astro tu aja.
Ahadnya plak aku plan gerak awal takut macam bulan mei lepas tersangkut-sangkut kat PLUS tu kalau gerak petang. So sampai kl dalam 3 lebih ,kepenatan terus aku terlelap. Malam bawa budak2 tu ke klinik + mama dia sekali couse tiba-tiba lak mama dia demam. Rasanya ni sebab beberapa hari lepas dok makan durian aja... musim durian melanda di area utara la ni. Pagi tadi si abg tak nak gi tadika ,masih tak sihat katanya. Ada gak bawa balik durian isi dlm tuperware letak dalam peti ais ni, nampaknya buat bubur kacang ajelah kot ni...