Wednesday, June 10, 2009

Cite cuti lagi

Hari ni aku dah masuk opis, memang dah lama cuti nak start balik tu perlukan masa rasa malassss aja tapi, mujur hari ni dah rabu so 2 hari lagi balik kg smula. Tengok rakan-rakan opis semua macam mood bercuti, ada yang plan nak ambik esok, ada macam aku baru masuk keja.

Ha ,sambung cuti lepas, hari isnin lepas aku lepakking kat Nasmir (bukan kahsmir la) nasi kandaq tu depa semua dah siap terus aja menuju ke bukit larut tepeng. Aku rasa macam dah berbelas tahun tak pi mandi situ. Saja nak bagi anak-anak kecil tu rasa air semulajadi dingin yang turun dari bukit larut tu.

Sampai dalam 12 lebih ,ramai dah manusia terus kita orang cari port letak segala makanan dan baju mandi. Menu yang si sediakan oleh org umah+ kakak ipar + bibik adalah bihun goreng + telur ayam kenduri yg di bawa balik(kenduri yg last tu dia kasi lebih maklumlah dah 4 ptg tetamu dah takde).. nyum2 sebiji aku letak. ekekekke. Lepas tu makan nasi berlaukkan ayam masak kicap ,sambal udang dan timun . fuhh sedap selera sesekali berkelah ni.

Lepastu aku bawa anak-anak turun mandi.. sejukkkkkkkkkkkkkk.... Jenuh aku nak bawa depa turun tu.. so depa main kat tepian aje. Aku tak mandi couse ramai plak orang dan nak mandi kena panjat atas lagi ada kolam dewasa katanya.. Jenuh gak nak pujuk depa naik dalam 30-40 minit depa kat bawah aku ajak je depa kata nak melawat haiwan yang dikurungkan..zooooooo la.

Sampai dalam pukul 2 kot tudia penuh kenderaan kena parking jauh plak, dekat aje kan taman tasik tepeng ni best pergi tapi cuaca panas sangat so aku sorang je masuk bawa 2 orang kanak-kanak ribena tu. Yang lain nak berehat di bawah rimbunan pokok..penat nak berjalan masuk sana. Masuk je terus naik ketapi yang di sediakan so seronok la depa dok tengok haiwan-haiwan yg nampak lesu dan tidur je di bawah pokok. huhu

Kira ketapi tu pusing semua tempat last sekali dia berenti kat tempat gajah.. Dan elok-elok turun pekerja zoo antar makanan kat gajah ni..nampak macam daun nangka dan rumput apa tah panjang2. Lepastu jalan sikit ke depan then ada playground kanak2 so depa main dulu situ. Dah agak depa penat ajak la balik lebih kurang pukul 3 kot. Malam pula abang ipar yang bisness nya semakin kencang ajak makan makanan laut kat area pantai seagate tu.. ke sebelum sampai seagate sebab sotong goreng dia antara menu yg sodap tapi malangnya depa macam dah tukar tukang masak atau resepi.. macam lebih kemasinan plak kali ni.

Selasa pagi pulak macam biasa awal-awal lagi dalam 7.30 aku dah start pi jogging ,kena exercise lebih sebab makan dah lebih ni. Dalam 11 pagi singgah dulu ambil mak aku terus menuju ke Baling kenduri kawan se-opis. Sian dia buat hari selasa memang aku sorang je yang mai umah dia ,lagipun wife dia pun 1 opis gak dah umah kat tg malim aje, sure yang lain2 pi tg malim 6.6 lepas.

Aku sampai kira adik dia layan baik punya maklumlah wakil dari kl katanya, hehehe. Meriah betul ada nasi merah lauk ayam, daging ,acar . Lepastu menu sampingan ada laksa, laksam, cendull siap aiskrim untuk anak-anak. Cuaca memang panas so aku macam tersalah makan ,balik tu macam tak sedap badan terus muntah... opsss. makan terlalu banyak kah.. huhu
Dalam pukul 6 aku balik sendiri naik bas pulang ke kl... huuhu.. mujur ok dah (sapu minyak gamat ok dah). Tu jelah cite 2 hari penuh aktibiti.