Sure boring ek topik aku nak cite ni,, emmm macam rencana kesihatan pun ada gak ni. Aku la ni sejak banyak makan ni.. opsss ,berat tu macam biasalah lepas kahwin naik lah . Tu yang sejak 2 menjak ni kadang-kadang hari sabtu pagi petang aku berexerise.., Dok baca artikel 3-4 kali semminggu di syorkan tapi bagi aku kena 5 kali seminggu baru lemak-lemak boleh terbakar.. ia ke..? ke kena diet sama .. huhu.
Oh ya lupa nak cite khamis lepas berjaya aku join geng baru berbolibol. Oklah aku banyak setting bola bagi depa spike baik punya. Awal-awal ni kenalah aku rajinkan dulu bagi depa spike.. nanti2 lah aku belajar spike plak kalau dah imrove set bola baik punya. Jumaat petang hujan sikit so depa tak turun dan kelmarin ptg aku join lagi, dah ilang rasa segan , ok aje penerimaan depa tu asal boleh digging ,set dan ambik bola susah2.. ececece.
Sebenarnya aku nak cite pasal last week , time tu aku nak gi toilet so masa kat area tempat lepak(utk org merokok ada la aku terdengar depa bersembang.
A umur dlm 50 an: Ehh tengok ko macam pucat aja , tak sihat ka?
B umur dlm 50 an : Yap. , baru ambik mc 2-3 hari lepas, diabetis dah naik.
A: oooo , dah lama ka hang kena ni, aku ni belum gi check doktor apa yang patut.
B: itulah lepas aku gi check ni doktor suruh pantang banyak makan.., takleh merokok
A: haa sebab tu lah aku tak pi jumpa doktor nak check status kesihatan aku, lagi pun aku takleh tinggal hisap rokok ni.
B: hehehhe
Itu je yang sempat aku dengar depa dok bersembang,, takdelah sebiji aku olah sikit2.. hehehhe.
Tapi yelah, yang mana masuk umur 50 ni terutama lelaki dah sakit mengejut baru la dok jaga pantang, tak hisap rokok dah. Ada member se-opis lingkungan nak dekat 50 aritu kena stoke kecil, kira minor ajelah.. terus tak isap rokok dah. Sebulan lepas tu ada sorang lagi, dia ni nak pencen dah, lepas main badminton gile2 nya main terus kena kejutan jantung, kira dia ni pun isap rokok jugak. Jadi tak semestinya yang aktif bersukan tak dapat kejutan jantung ni kan.
Moralnya paham paham sendiri lah, terutama yang merokok tu, hargai lah nyawa anda, ingat orang-orang tersayang terutama yang ada anak-anak lah (opss terskima). Tapi yang tak merokok tu kena juga check kesihatan diri, kalau dah masuk 40 an tu kena dok check kesihatan diri dah. Aku agak opis aku ni masih tak galakkan staff dia gi check so aku ingat nak hantar cadangan kat admin lah umur 35 ke atas boleh bagi staff claim kalau buat ujian kesihatan diri... banyak plan check kesihatan pula ni kalau nak baca blog Deo nak 1 ribu gak kos ek. emmm check yang minor dulu boleh kot cadang ni. Itu jelah jadi mengelak lebih baik dari mengubat ya!