Tuesday, January 26, 2010
Layann
Err sebenarnya aku nak cite benda lain.. yakni lepas aku dapat tahu drama komedi-muzikal Glee dapat Award terbaik di anugerah globe isnin lepas so hari rabu jam 9 mlm aku layan lah cite ni kat chanel 711 kat astro tu. Err tersama waktu dengan Halimah jongang kat Astro Prima tapi drama melayu bersiri aku tak baper layan dah la ni,kecuali ada cite macam Nur kasih, Spa QRST aku layan... ececece
Oklah juga cerite berkenaan student sekolah tinggi US ni , ada kump. koir, ada kumpulan sorak,ada american fotball, yelah benda yang dah semulajadi menarik perhatian pelajar dan penonton yang tengok pun sure terkenang zaman persekolahan depa.. (err org United State lah kot).
Takdelah apa sangat sebagai hiburan je tapi ada masej yang baik dalam drama ni terutama tentang di mana ada kemahuan di situ ada jalan, pedulikan apa orang kata janji tunaikan apa yang hasrat hati kita inginkan.ececece. Sempat lagi korang nak layan kalau hari rabu terlepas, ada ulangan di ptg sabtu dan tengahari ahad.
Selain aku layan Glee ni dah tentu American Idol , Asia biggest kat Hillmark, Gelanggang raja lawak walaupun 2 orang je stakat ni yang oklah persembahan depa(Alex & Pak kasim). Heroes musim baru pun dah nak start tapi aku macam dah tak ikuti sangat musim yang lepas . Tujelah cite yang aku selalu layannn di tv setakat ni.hehehe
Tuesday, January 19, 2010
Surat
Team leader aku dah panggil haritu ,bagitau aku masih di unit yang sama tapi kemungkinan banyak benda baru yang kena belajar mulai bulan 2 nanti. Takpelah tapi ada peubahan jadual keja la plak .Hmm tu yg suspen nak tunggu ,risau lak kalau time cuti pun kena datang..err time sabtu/ahad la. Tapi oklah jugak GM baru ni macam nak luluskan beri elaun kalau kena datang waktu hari cuti.Elaun makan pun di beri tetap sehari rm 15 kalau datang hari cuti.
Surat ke 2 semestinya surat pemberitahuan fulus terbaru. Ni rasanya semua orang dok tunggu kot terutama pada 24-25 januari nanti, ke ada yang dapat 30 ,1hb? kekekek.
Setakat ni tak tau cerita brapa tapi ambo tak kisah la ,couse selalunya ada lah. Kali ni ambo redho aja. Adalah juga naiknya kan..kekeke
Ada sekali 2 tahun lepas ambo tak pues hati kenapa dapat tak banyak macam di umumkan purata semua staff. Terus jumpa Executive Director tanya sendiri kelemahan diri..kekekek. Dalam hati berdebar-debar tapi demi nak tau apa sebabnya dia pun bagitau lah apa yang harus aku lakukan dan kelemahan aku kalau nak dapat bagus. Tapi yang aku tau politik pejabat ni memang ada ,kena ambil langkah selamat selalunya.
Hasilnya tahun lepas ada perubahan , mungkin dia tak nak jumpa aku lagi kot? kekekke.So tahun ni suspen lah sikit couse Executive Director pun dah di ganti dengan yang baru. Tak tau nak komen lagi, kalau macam tak pueh hati, adakah aku kena cari tempat baru. Hmmm macam nak cari kerja area Penang pulak ,err macam tahun lepas lak tapi kesudahanya masih setia di sini aku ni.. hehehe.
Tuesday, January 12, 2010
Dan sambunganya
Pergi - Ya memang betul persembahan 1 malaysia seperti Faizal hot fm tu kata, unik dan menarik melodi muziknya di tambah ke merduan suara Aizat tak syak lagi lagu yang menepati kempen PM di angkat sebagai juara. Opss takdelah macam tu ,juri rasa lagu ni berlainan tu yang menang tu.Mungkin kira nak tukar la dah 2 tahun berturut lagu pop rock menang so irama balada lah pulak .
Bengang - Ayoyooo. penuh proop kat pentas kononya nak sambung video clip yang selalu main kat astro ria tu.. hehehe oklah dari segi persembahan pentas menarik tapi vokal masih ada yang kurang jelas sebutan si Akim ni. Kira lagu ni untuk memeriahkan AJL je sebab strategi Tv3 gak ni depa ni baru kluar AF masih ramai peminat..tengoklah lepas 3-4 tahun ramai artis kluaran astro ni di ambik jadi pelakon ,opss lari topik,kekeke.
Aku rindu sayang kamu- Memang menarik suara si Black ni, kedengaran agak nyaring tapi menang vokal terbaik macam tak berapa aku nak sokong, hehehhe,yelah aku kan teka s Misha Omar. Lagu ni di persembahkan dengan menarik tiba-tiba je penyokong-penyokong black kat tengah-tengah pentas menyanyi serentak(bantuan microfon gak kan). apa -apa pun vokal Black memang sama dan power ,kira tak terkucil la... (ehh sokong la plak..)
Rindu Terhenti - Sian kat tomok tak dapat apa-apa malam tu,kerna vokal dia memang baik malam tu cuma lagu ni kurang menarik tapi melodinya sebenarya bermula dengan tempo perlahan tetapi berkahir dengan rancak kira teruji vokal si tomok ni. Apa-apa pun selepas kluar dari kump. new boyz tu (err dah kluar ke) imej remaja ke anak-anakan dah takde dalam diri tomok tu.
Kau dan AKu - Ya memang puas hati aku tengok persembahan si Aizat dan penari2 anak-anak skolah yang dia bawa tu memang menarik, wajarlah aku rasa menang persembahan terbaik(kalau aku jadi juri.la.kekeke). Ye lagu ni melodinya disampaikan dengan cemerlang ,kira penari menari mengikut apa yang penyanyi puitiskan ..ececce. Time Aizat sebut Mengejar mimpi (kemain depa pun berlari-lari).......... lepastu last part pun aku teruja tengok.
Bencinta - Persembahan terakhir kononya nak memberi impak maksima..,apa salahnya kalau sheila berduet dengan Faizal tahir part chorus yang akhir ke..,memang semput dan nampak menyeksakan sebab lagu ni memang di akui sukar untuk bawa .Melodi dan lirik memang di akui kena tapi mungkin lah persembahan tak berapa cemerlang,(takde gimik menarik sangat kalau nak compare last year, so lagu ni hanya berpuas hati mendapat tempat ke 3).
Err dah habiskot nak memberi komen , hope tahun depan banyaklah sikit Tv3 ni bagi hadiah, sebab sebelum ni ada 3 anugerah untuk setiap kategori. Lainlah kalau 10-12 lagu bertanding..ni sampai 14.
Monday, January 11, 2010
Dan Pemenangnya
Aurora - Ya lagu ciptaan Rich ni macam susah nak mendapat tempat di AJL. Perlukan melodi yang agak berlainan kalau nak menang lagi couse AJL ni selalunya juara juri memilih lagu yang segar atau melodi yang tidak ber-ulang-ulang. Persembahan bertenaga tapi muncul di awal boleh menyebabkan juri tidak memberi markah tinggi.
Tak mungkin kerna Sayang - Ya vokal masih agak sederhana, lagu plak melodinya tidak berkesan mungkin penari-penari yang menari style patung macam tak sesuai aja..(maybe juri dok perati penari jekah sampai vokal Alyah ni terlepas pandang.).opss yelah persembahan di awal susah juri nak bagi markah aku rasa.
Cinta Adam dan Hawa - Kali ni Misha menyanyi tanpa ada apa-apa gimik yang menarik, mungkin busana nya agak sukar untuk dia bergerak tapi mungkin Misha tumpukan untuk vokal (yelah mungkin nak dapat vokal terbaik). Apa-apa pun melodi lagu ni sedap tapi lagu ni agak sederhana , hmm sukar sebenarnya jadi juri ni aku rasa..unsur-unsur faveretisme masih ada.
Err aku tak ingat sapa ek lepas ni wat persembahan. so aku muat turun ke ..ehh ikut aku je nak taip lagu sapa..kekeke
Masih Jelas - ya..persembahan hafiz ni macam final AF aje, tak de kelainan so juri pun macam boring je nak bagi markah aku rasa..err lagu tangkap muat macam ada aku terbaca kat twitter sapa tah..opss kekekke
Pakai Buang - Stacy-stacy, kalaulah ada persembahan ke 2 terbaik sure ko leh ambik, gigih dia menari tapi suara kali ni kurang mantap, agak keletihan kah sebab tumpukan tarian? Lagu ni sebenarnya aku pun boring dengar ,kalau dengar kat radio tu cepat-cepat aku tukar siaran lain kalau lagu ni kluar.opss
Situasi - Lagu muzik indi' kali ni sukar dah nak menang tahun ni kalau nak kaji sejarah AJL ni selalunya Juara lagu ni juri kadangkala mahukan kelainan kononya.. Aku suka part yang ramai-ramai menari di last chorus tu.. 1 persembahan menarik yelah pentas besar ya amat sesuai kalau penari ramai.
Aku skandal - Sama komen aku kat atas.. aku pun secara jujur memang tak suka sangat llagu yang agak keterlaluan melodi dan muziknya..err maksud aku rasa bingit.. opss. Persembahan menarik masa part tiba-tiba muncul 2 orang menari kat depan pentas..(hairan takde security mai pun.so bila nampak ramai datang baru ku tahu gimik rupenya...) yelah pentas besar rugi tak isi penari..kekeke
Tu jelah kot.. 7 lagu.. kang sambung
Monday, January 4, 2010
AJL 24 ramalan kah
Sebelum nak meramal.. ada catatan pendek bingkisan AJL kali ni.. ekekeke ,Errr yang hurup besar nama tajuk lagu bertanding kali ni
Duhai AURORA, (kononya nama awek,hihi) –err aku google nama saintifik alam maya ek
MASIH JELAS lagi di saat-saat kita BENCINTA, KAU DAN AKU saling setia umpama CINTA ADAM DAN HAWA yang terus utuh waima SITUASI di dunia berbeza.
TAK MUNGKIN KERANA SAYANG aku menulis begini DAN SEBENARNYA tuduhan mu AKU SKANDAL dengan si Zizie adalah fitnah semata-mata dengan anggapan cintaku itu layak di PAKAI BUANG sahaja.
Ketahuilah walau masih ada sisa AKU RINDU SAYANG KAMU di kala ini namun selepas kau PERGI begitu sahaja menyebabkan aku BENGANG selamanya dan rasa RINDU TERHENTI serta merta setelah di kau tiada.
Sekian
Kali ni aku nak teka... Juara antara Lagu bencinta atau Pergi.. err Bencinta la aku teka
Naib ? Pergi kot..huhu
Tempat ke 3 Cinta adam dan hawa
Persembahan terbaik Faizal tahir
Vokal terbaik Misha Omar
Sunday, January 3, 2010
4 bulan dah
Semalam 2.1.10 , genap la anak bongsu berumur 4 bulan. Alhamdulillah setakat ni semua ok, hantar pengasuh pun bila balik tu lena aja tidurnya. Pandai kot pengasuh buang angin /kembung dia couse sebelum ni mcm lama gak dia nak boleh tidur bila malam menjelma.
Nak masuk 4 bulan dia start belajar senyum, tu pun kena dok senyum kat dia.. then dia balas balik.. sempat snap semalam gambo dia senyum. P
Friday, January 1, 2010
01.01.2010
Yelah masuk tahun baru ni rasa macam nak hapdet blog selalu. Bulan 12 haritu banyak perkara berlaku, aku tak cite pun masa pi family day opis kat bkt merah tu. Takde menarik pun berlaku cuma lutut kaki ku terseret pasir sampai luka jadinya masa main galah panjang, mujur menang juara so dapatlah hadiah towel . Adalah gak hadiah couse tahun ni tak dapat pun cabutan bertuah.
Ha malam tahun baru aku macam biasa la melepak kat tepi tingkap rumah melihat kl bermandi cahaya bunga api. Cuma nampak bunga api area dataran merdeka, klcc, mutiara damansara kot (lepas bc paper). Hmm takde la menariknya couse dah dok lama kat kl ni takde apa sangat pun nak sambut new year ni, baik buat sholat gerhana kat masjid negara malam tadi kan sambil dapat tropong bulan gerhana.
Pagi tadi ,yeayy berjaya aku mulakan awal tahun ni dengan berjoging dan aerobik sikit, kenalah mulakan sebolehnya setiap awal pagi 2-3 kali seminggu kena turun exercise. Takdelah azam aku beriya jadi slim tahun ni, untuk kesihatan jangka masa panjang sebenarnya. Tadi ada gak aku buat larian so rasa kalau nak lari 7.7 km tu larian putra jaya di malam hari macam takde harapan je nak join, cepat aje letihnya baru 20 minit lari.. opss,hehehe
Lepastu dalam 10.30 gerak ke Giant dan Jusco beli barang-barang dapur yang dah habis. Barang-barang kat Giant je ada banyak diskaun (utk anak2 dan barang2 dapur). Jusco lak rembat seluar untuk ke opis selai ,couse org umah nak hadiahkan katanya kali ni,, Baju opis tak sempat lak nak cari couse berkejar balik nak jumaat hari ni.
Itu jelah nak cite ,esok macam nak gi klcc plak. Rasa macam nak naik jejantas klcc tu ambil gambaq se family.., last naik 4 tahun lepas rasanya so 2 anak lagi belum pernah naik . Tengok jelah kena gi awal-awal pagi sebab la ni musim cuti tiket selalu abis. Pada semua selamat menyambut awal muharam (1432 ek) yg lepas dan Eppy new year 2010.