Sejak 2 menjak aku dok kat umah tu di samping melayan se sisi keluarga, rancangan kat tv jelah yang boleh mengisi ruang waktu untuk berhibur... opss. Ehh bukan dari dulu ke aku penonton setia tb? kekekek. Yelah la ni aku layan ajelah cite yang terpampang kat tibi sampai cite belalang, kapten boleh, semua la cita kartun aku dok tengok gak.
Err sebenarnya aku nak cite benda lain.. yakni lepas aku dapat tahu drama komedi-muzikal Glee dapat Award terbaik di anugerah globe isnin lepas so hari rabu jam 9 mlm aku layan lah cite ni kat chanel 711 kat astro tu. Err tersama waktu dengan Halimah jongang kat Astro Prima tapi drama melayu bersiri aku tak baper layan dah la ni,kecuali ada cite macam Nur kasih, Spa QRST aku layan... ececece
Oklah juga cerite berkenaan student sekolah tinggi US ni , ada kump. koir, ada kumpulan sorak,ada american fotball, yelah benda yang dah semulajadi menarik perhatian pelajar dan penonton yang tengok pun sure terkenang zaman persekolahan depa.. (err org United State lah kot).
Takdelah apa sangat sebagai hiburan je tapi ada masej yang baik dalam drama ni terutama tentang di mana ada kemahuan di situ ada jalan, pedulikan apa orang kata janji tunaikan apa yang hasrat hati kita inginkan.ececece. Sempat lagi korang nak layan kalau hari rabu terlepas, ada ulangan di ptg sabtu dan tengahari ahad.
Selain aku layan Glee ni dah tentu American Idol , Asia biggest kat Hillmark, Gelanggang raja lawak walaupun 2 orang je stakat ni yang oklah persembahan depa(Alex & Pak kasim). Heroes musim baru pun dah nak start tapi aku macam dah tak ikuti sangat musim yang lepas . Tujelah cite yang aku selalu layannn di tv setakat ni.hehehe