Friday, January 1, 2010

01.01.2010

Hmmm ,macam best je nak hapdet new year ni, tajuk pun menarik je kan.. Sebelum tu aku sempat lawat hapdet geng-geng reban.. keciwa gak tak panjang pun hapdet nya.. opsssss macam lah selalu aku taip panjang-panjang kan... kekekke.

Yelah masuk tahun baru ni rasa macam nak hapdet blog selalu. Bulan 12 haritu banyak perkara berlaku, aku tak cite pun masa pi family day opis kat bkt merah tu. Takde menarik pun berlaku cuma lutut kaki ku terseret pasir sampai luka jadinya masa main galah panjang, mujur menang juara so dapatlah hadiah towel . Adalah gak hadiah couse tahun ni tak dapat pun cabutan bertuah.

Ha malam tahun baru aku macam biasa la melepak kat tepi tingkap rumah melihat kl bermandi cahaya bunga api. Cuma nampak bunga api area dataran merdeka, klcc, mutiara damansara kot (lepas bc paper). Hmm takde la menariknya couse dah dok lama kat kl ni takde apa sangat pun nak sambut new year ni, baik buat sholat gerhana kat masjid negara malam tadi kan sambil dapat tropong bulan gerhana.

Pagi tadi ,yeayy berjaya aku mulakan awal tahun ni dengan berjoging dan aerobik sikit, kenalah mulakan sebolehnya setiap awal pagi 2-3 kali seminggu kena turun exercise. Takdelah azam aku beriya jadi slim tahun ni, untuk kesihatan jangka masa panjang sebenarnya. Tadi ada gak aku buat larian so rasa kalau nak lari 7.7 km tu larian putra jaya di malam hari macam takde harapan je nak join, cepat aje letihnya baru 20 minit lari.. opss,hehehe

Lepastu dalam 10.30 gerak ke Giant dan Jusco beli barang-barang dapur yang dah habis. Barang-barang kat Giant je ada banyak diskaun (utk anak2 dan barang2 dapur). Jusco lak rembat seluar untuk ke opis selai ,couse org umah nak hadiahkan katanya kali ni,, Baju opis tak sempat lak nak cari couse berkejar balik nak jumaat hari ni.

Itu jelah nak cite ,esok macam nak gi klcc plak. Rasa macam nak naik jejantas klcc tu ambil gambaq se family.., last naik 4 tahun lepas rasanya so 2 anak lagi belum pernah naik . Tengok jelah kena gi awal-awal pagi sebab la ni musim cuti tiket selalu abis. Pada semua selamat menyambut awal muharam (1432 ek) yg lepas dan Eppy new year 2010.