Tuesday, January 19, 2010

Surat

Sekarang ni 1 opis tengah suspen menunggu surat pemberitahuan awal tahun. Ada 2 surat iaitu 1 ada surat tentang perubahan carta organisasi baru dan kemungkinan banyak yang akan di tukar atau berada di tempat baru. Aku macam minat nak tukar ke bahagian latihan tapi rasa rugi lak bidang teknikal yang dok buat sikalang.

Team leader aku dah panggil haritu ,bagitau aku masih di unit yang sama tapi kemungkinan banyak benda baru yang kena belajar mulai bulan 2 nanti. Takpelah tapi ada peubahan jadual keja la plak .Hmm tu yg suspen nak tunggu ,risau lak kalau time cuti pun kena datang..err time sabtu/ahad la. Tapi oklah jugak GM baru ni macam nak luluskan beri elaun kalau kena datang waktu hari cuti.Elaun makan pun di beri tetap sehari rm 15 kalau datang hari cuti.

Surat ke 2 semestinya surat pemberitahuan fulus terbaru. Ni rasanya semua orang dok tunggu kot terutama pada 24-25 januari nanti, ke ada yang dapat 30 ,1hb? kekekek.
Setakat ni tak tau cerita brapa tapi ambo tak kisah la ,couse selalunya ada lah. Kali ni ambo redho aja. Adalah juga naiknya kan..kekeke

Ada sekali 2 tahun lepas ambo tak pues hati kenapa dapat tak banyak macam di umumkan purata semua staff. Terus jumpa Executive Director tanya sendiri kelemahan diri..kekekek. Dalam hati berdebar-debar tapi demi nak tau apa sebabnya dia pun bagitau lah apa yang harus aku lakukan dan kelemahan aku kalau nak dapat bagus. Tapi yang aku tau politik pejabat ni memang ada ,kena ambil langkah selamat selalunya.

Hasilnya tahun lepas ada perubahan , mungkin dia tak nak jumpa aku lagi kot? kekekke.So tahun ni suspen lah sikit couse Executive Director pun dah di ganti dengan yang baru. Tak tau nak komen lagi, kalau macam tak pueh hati, adakah aku kena cari tempat baru. Hmmm macam nak cari kerja area Penang pulak ,err macam tahun lepas lak tapi kesudahanya masih setia di sini aku ni.. hehehe.