Tuesday, January 12, 2010

Dan sambunganya

Dan Sebenarnya - Permulaan yang agak unik dan menarik si Yuna lakukan. Suara ,melodi agak segar dengan di iringi muzik okestra ni bagi akulah wajar lah juga lagu ni menang walaupun simple tapi melodinya berlainan dari yang lain di tambah vokal yuna nampak semakin meningkat dan yakin .

Pergi - Ya memang betul persembahan 1 malaysia seperti Faizal hot fm tu kata, unik dan menarik melodi muziknya di tambah ke merduan suara Aizat tak syak lagi lagu yang menepati kempen PM di angkat sebagai juara. Opss takdelah macam tu ,juri rasa lagu ni berlainan tu yang menang tu.Mungkin kira nak tukar la dah 2 tahun berturut lagu pop rock menang so irama balada lah pulak .

Bengang - Ayoyooo. penuh proop kat pentas kononya nak sambung video clip yang selalu main kat astro ria tu.. hehehe oklah dari segi persembahan pentas menarik tapi vokal masih ada yang kurang jelas sebutan si Akim ni. Kira lagu ni untuk memeriahkan AJL je sebab strategi Tv3 gak ni depa ni baru kluar AF masih ramai peminat..tengoklah lepas 3-4 tahun ramai artis kluaran astro ni di ambik jadi pelakon ,opss lari topik,kekeke.

Aku rindu sayang kamu- Memang menarik suara si Black ni, kedengaran agak nyaring tapi menang vokal terbaik macam tak berapa aku nak sokong, hehehhe,yelah aku kan teka s Misha Omar. Lagu ni di persembahkan dengan menarik tiba-tiba je penyokong-penyokong black kat tengah-tengah pentas menyanyi serentak(bantuan microfon gak kan). apa -apa pun vokal Black memang sama dan power ,kira tak terkucil la... (ehh sokong la plak..)

Rindu Terhenti - Sian kat tomok tak dapat apa-apa malam tu,kerna vokal dia memang baik malam tu cuma lagu ni kurang menarik tapi melodinya sebenarya bermula dengan tempo perlahan tetapi berkahir dengan rancak kira teruji vokal si tomok ni. Apa-apa pun selepas kluar dari kump. new boyz tu (err dah kluar ke) imej remaja ke anak-anakan dah takde dalam diri tomok tu.

Kau dan AKu - Ya memang puas hati aku tengok persembahan si Aizat dan penari2 anak-anak skolah yang dia bawa tu memang menarik, wajarlah aku rasa menang persembahan terbaik(kalau aku jadi juri.la.kekeke). Ye lagu ni melodinya disampaikan dengan cemerlang ,kira penari menari mengikut apa yang penyanyi puitiskan ..ececce. Time Aizat sebut Mengejar mimpi (kemain depa pun berlari-lari).......... lepastu last part pun aku teruja tengok.

Bencinta - Persembahan terakhir kononya nak memberi impak maksima..,apa salahnya kalau sheila berduet dengan Faizal tahir part chorus yang akhir ke..,memang semput dan nampak menyeksakan sebab lagu ni memang di akui sukar untuk bawa .Melodi dan lirik memang di akui kena tapi mungkin lah persembahan tak berapa cemerlang,(takde gimik menarik sangat kalau nak compare last year, so lagu ni hanya berpuas hati mendapat tempat ke 3).

Err dah habiskot nak memberi komen , hope tahun depan banyaklah sikit Tv3 ni bagi hadiah, sebab sebelum ni ada 3 anugerah untuk setiap kategori. Lainlah kalau 10-12 lagu bertanding..ni sampai 14.