Sebenarnya aku macam kecewalah juga juara kali sebab aku rasa pemenang kali ini takdelah seaura mawi atau mungkin boleh ke dia bertahan apabila berada di alam realiti. Tengok ajelah pemenang OIAM musim ke dua Ayu tu, diam aja lepas menang. Yelah kadang kadang industri yang penuh sangat dengan artis kadang –kadang peminat berhak pilih sapa dia minat jadi tengoklah nanti samaada lebih kurang Ayu atau Mila yang suam suam kuku itu.
Berbalik pada konsert final lepas kalau nak ikut kan memang lah juara milik stacy sebab dia kan dan konsisten dari awal kalau nak di bandingkan dengan Nubhan atau Toi yang meningkat semasa konsert final. Yelah dan 10 minggu dalam akademi tentu dah banyak ilmu di kutip. Alamak terlebih sudah plak aku ni frust... emm So, kalau nak ikut rating persembahan masa konsert aku boleh andaikan yang memang buat best adalah:
Stacy – Lagu pertama balada di bawa dengan baik, vokal stacy ni agaknya sesuai dengan lagu-lagu dari sebrang. Dia berjaya gunakan prop termasuk adegan tak perlu si Awal tiba-tiba muncul bertimpuh tapi stacy berjaya mengawal kejutan itu dengan baik. Lagu ke 2 aku stacy yang memang rancak dan nama pun konsert memang berjaya di bawa dengan baik dan lebih kurang konsert-konsert sebelumm ini aja. Yelah nak menyanyi sambil menari memang la kalau takde stamina memang semput tapi stacy berjaya bawa dengan baik.
Riz dan Nubhan sebenarnya boleh jadi naib juara tapi riz lebih konsisten (kecuali semasa dia bawa lagu dewa taklah impreess)
Jadi aku pilih Riz lah dulu nak ulas
Lagu pertama berentak jaz dan sebab lagu tu lagu baru macam tak berapa lah nak masuk sangat. Entah kalau lagu baru memang susah sebab takleh bandingkan penyanyi asal. Lagu ke 2 januari 11 tu oklah jugak, kawalan suara dan memang lagu tu sesuai dengan vokal riz, oklah tew dapat gak riz no 2 ek
Nubhan bawa lagu sofaz yang pertama agak terkawal atau macam takut-takut aja couse tak nak suara angsa terkeluar. Lagu ke 2 wahhhh tajuk dia ada untuk mu memang syahdu dan sesuai dengan suara gemersik milik nubhan ni. Nyaris-nyari aku nak terundi tapi rasa macam susah aja dia nak menang sebab peratus memang rendah (masa tengok AF hari jumaat ada tunjuk peratusan di mana Stacy dan riz mendahului dari awal)
Toi akhirnya berjaya jugak membuktikan dia boleh nyanyi dengan baik. Lagu pertama mungkin dia peserta pertama jadi agak nampak guguplah juga di samping ada bahagian-bahagian tertentu tak dapat sampai . Lagu ke 2 memang sesuai dan kena dengan jiwa toi, hairan aku si adlin macam pilih kasih pulak cara komenya macam Toi tak improve pulak.
Toi dari awal bukan peserta pilihan aku couse aku bagi peluang juga pada deo nak sokong peserta paberet dia(tak nak sama katanya..wakakak)
Nadia memang dari awal sampai akhir suara dia macam sama sahaja, rasa macam di buat-buat untuk lantang tapi takdelah sedap macam suara ziana jain.. opss.. Kedua-dua lagu dia dapat lagu rancak jadi nampak takdelah beza sangat walaupun dia berjaya mengawal dan membawa lagu tu tanpa terlebih-lebih (jerit). Undian dia merosot sebab mungkin pengundi mahukan stacy juara, yang wanita banyak undi pada si riz dan nubhan. Lagipula diari yang last-last nampak dia dok beriya cintan atau ada hati pada si riz.(yelah diari ni kadang-kadang kejam lah jugak..)
Akhirnya aku ada gaklah undi 1 sebab aku nak test couse ada feedback beritahu undian anda masuk tapi feedback tu dapat 4 am. Rasanya Astro kena tukarlah ,keputusan undian di buat ke esokkan harinya macam AI , MI ke. Tapilah dari segi sokongan tu ,masa keputusan Stacy menang tu macam ramai puas hati dan setuju dia menang. Aku? Yelah mula-mula macam rasa tak best tapi tak mengundi dari awal jadi gasaklah sapa menang kali ini. Lagi pula dari awal –awal memang aku nak Stacy,Nadia,Riz dan Nubhan ke Final. Apa, Af 7 di teruskan?,emm layan lagilah nampaknya tahun depan...,, Yelah hadiah penaja yang kasi, iklan lagi, afundi lagi... masyukkk akaun astro lah lagi ek