Friday, May 2, 2008

Ti Golden Dinner



Sebenarnya aku takde lah sangat beriya nak join memandangkan setiap sabtu malam sejak dua menjak akan terpacak didepan tv layan Astro ria(maaplah AF lagi…huhuhu). Namun bila di fikir-fikirkan kembali aku boleh layan siaran ulangan walaupun penentu siapa yang keluar adalah paling suspen sekali(but sejak aznil takde macam takbest pulak setiap hujung konsert couse takde drama Queen bagai kan…) . Err deo atau zure boleh ke sms sapa kluar sabtu ni .(Maybe takde kot yang tersingkir this week andai kata nadia paling bawah sekali)

Ehh aku nak cite pasal ulang tahun ke TI 50 sempat gak nak tulis gak pasal AF. So berbalik pada dinner Ti Gold ni, awal april lalu aje aku beriya promote kawan-kawan dan jadi orang perantaan sebelum membayar Rm 800 untuk 1 meja. Hasilnya 20 orang sahaja ex batch aku yang turut serta jamuan tu nanti. Sebelum nak dapatkan 19 orang lagi tu memang memerlukan kesabaran, sekejap nak pergi, tiba-tiba batal lepastu nak pergi pulak. Mujurlah ajk kutip duit tu senior setahun aja jadi dapatlah pengesahan di buat selepas tarikh akhir bayar duit di tutup. Sebenarnya ramai lagi kawan-kawan nak pergi tapi ajk beritahu pasangan tidak lah di alu-alukan hadir. Jadi bermakna yang datang nanti adalah arbain bujang sekejap lah nampaknya nanti ek.

Berbalik pada TI lebih kurang berapa belas tahun ek, kiranya dah lama aku tak menjejakkan kaki kembali kesana. Sebenarnya banyak pengalaman sedih yang berlaku di sana tapi biasalah sekolah asrama kejadian buli memang sukar di bendung. Antara beberapa perkara yang budak skima macam aku ni ,pernah la kena starlight kat dahi, kena gunting rambut ikut suka senior (ni rambut remus kat depan), kena kemas/sapu bilik senior lah. Ada jugak kawan-kawan yang kena lebih teruk sebab biasalah dah nakal so senior form 5 tu pantang aja nampak kesalahan ,selalulah kena denda terutama kena buat up-stand 1-2 jam walaupun bukan kesalahan semua tapi dah takde yang mengaku habis semua 1 form 4 kena up-stand. Masa form 4 memang prestasi merosot sebab rasa macam tertekan aja berada si sana (wahh mcm hakak bilal plak tertekan sukmo).

Naik aja form 5 maka tiba masanya menjadi raja setahun, tapi aku takdelah mendera junior form 4 tu. Mungkinlah size badan aku yang kecil aja di samping masa form 4 bila kena buli aje terus aku sumpah dalam hati spm nanti dpt grade 3/takk pass lah sapa yang buli aku so terus la berdetik kat hati ni kang tak pass spm pulak. So hasilnya result spm bolehla lepas nak masuk IPT walaupun Intekma sahaja kan.

Jadi bila mengenang kembali tak kisahla sebab masa tu mungkin belum matang jadi kalau terjumpa senior yang selalu buli tu buat tak tahu ajelah (mungkin dah lupa pun muka-mukanya). Lagipun segala perkara yang berlaku tu memang bertujuan menguji tahap kesabaran diri masing-masing sebab ada kawan 1 skolah masa form 3 bila masuk TI tak sampai 2 minggu kembali ke skull asal. Bak kata orang tua-tua tu atau alim ulamak setiap perkara atau dugaan yang dihadapi pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Jadinya malam ini aku bertolak dengan rakan 1 kelas yang sekarang berpangkat Kapten yang akan bertolak dari PD pukul 6 katanya. Dia pun datang sorang kerana isterinya sedang bertugas di sarawak. Aku pun hanya solo kerna macam biasalah wife setiap sabtu aja adalah aktiviti skull dengan jamuan perpisahan bersama pengetuanya lah. Apa apa pun TI penang aku akan kembali menjejak kaki ke sana dan aku cuba pastikan mengimbas kembali memori indah sepanjang bersekolah di sana.