Malam sabtu lepas 2 Mei, kawan ex-sekelas yang datang dari PD sampai tepat 10.00 mlm. Memang terdapat perubahan yang ketara kerna dah jadi pegawai askar jadi nampak lebih displin si kawan aku yang dah tak jumpa 17 thn.Mujur dia dah beritahu siangnya dah lama tidur jadinya dialah bawa sampai ke Penang secara solo. Aku hanya sempat bersembang denganya di R& R Tapah lepastu aku bantai tidur sampai ke Penang . Sedar sedar nak 4 pagi then dia nak check in kat Hotel Trader seblah Komtar. Aku ikut aje couse dia sound dari awal dia baru dapat durian runtuh apa tah so takdelah aku nak kongsi bayar.
Pagi esoknya dalam 10.00 baru pergi brekfast then terus menuju ke TI couse ada sukaneka katanya. Sampai aja tak ramai orang pun yang datang dan aku tak join lah mana mana aktiviti sebab rasa macam mengantuk ajenya lagi. Tengahari member yang keja kat MAS kargo penang ajak makan lunch kat rumah dia. Wah member aku ni siap pi beli durian balik pulau tapi aku takdelah nak makan banyak couse cuaca panas terik.Sampai kat sana dah ada pun 5 orang wanita yang naik flight dari KL(salah sorangya 1 kelas juga). Jadinya terpaksa la member aku jadi supir nak bawa depa check in kat Hotel Citetel yang depa dah book in awal-awal lagi.
Petangnya ada lagi kawan sekelas yg baru datang dari perak jadi stay lah sekali di hotel. Best pulak dpt jumpa rakan sekelas yang sentiasa ada isu atau perkara lama yang memang lah lucu bila di ingat kembali. Dalam 8 mlm baru gerak ke TI ,yang bersebelahan dengan Masjid Negeri P.P. Sampai sana dah ramai pun yang datang , memang terkejutlah jugak yang bersaiz kecil/kurus dah sihat sihat belaka. Lebih kurang 12 lelaki dan 6 wanita sahaja yang turut serta jadi meriah la jugak table yang duduk.Cikgu yang mengajar hanya sorang aje jadi sempatlah salam, yelah mungkin ramai dah pencen dah bertukar sekolah agaknya.
Dalam dok nak bergambo tu tersempaklah Cik Yam yang dok sebelah meja aja. Jadinya sempat lah aku berakademi fantasia teka sapa lah yg akan keluar malam tu (wah ada gak selit AF ek) Si yam ni kan esok nya aku breakfast kat kedai mamak dalam pukul 11 tersempak lagi dengan si yam ni dan oleh kerna aku dah tahu aliff dah kluar frustlah juga couse memang dia nak Toi yg kluar. Err ramai ke pengundi Aliff yg pergi jamuan Ti gold sampai tak sempat afundi wakil dari penang ek.. wakakaka
Oh ya berbalik pada jamuan yang memang boring hanya layan band dari mana tah (katanya bekas Ex ti gak) . Makanan yang di sediakan memanglah tidak seperti yang aku sangkakan tapi takpelah ajk dah beritahu sebahagian wang akan di guna untuk aktiviti yang akan datang(jangan dia rembat cukup). Selain daripada tu biasalah sesi bergambo tapi batch aku paling meriahnya sebab salah sorang wanita yang datang tu ala2 model (ia ke yam?) Lepas abih ucapan, makan, bergambo maka 11 mlm majlis pun tamat. Terus balik salin baju couse ada bebrapa org ajak suuper di pantai Seagate. Ramailah jugak yang turut serta walaupun mengantuk semua layan sampai ke 2.00 pagi kat sana.
Paginya dek terlajak tidur breakfast kat luar, lepastu dalam 12.30 terus check-out hotel di mana lokasi seterusnya adalah Restoren apa tah kat batu maung (dpn skit dari pantai seagate), sempatlah bergambo kat area Quensbay Mall yg boleh nampak pulau Jerjak dari jarak dekat. Sampai kat restoren tu rupe-rupenya ada 1 bilik yang boleh karoke . Aku macam biasalah terus cari lagu yang sebolehnya lagu bdk-bdk AF 6 dok nyanyi setiap konsert(laa ada lagi AF). Dalam 3 petang maka berpisah la kami sebab wanita2 yang naik flight pukul 4 katanya dah tempah airasia. Apa apa pun memang enjoy dan happening sekalilah perjumpaan kali ni walaupun terdapat beberapa orang yang tak berapa kenal tapi macam biasalah kenalah mesraaaaaaaaa baru lah boleh memulakan persahabatan semula.
Tak sempat nak singgah kg tapi takpe sebab baru aje aku pulang haritu . Kawan aku yang askar ni banyaklah sembang kehidupan harian dia sebagai askar dalam perjalanan. Amat terkejut lah jugak aku sebab aku ingatkan jadi askar lebih kurang polis tapi ehem ehem.. banyak perkara yang di luar jangkaan aku. Sapa ada kawan askar dia tahu lah kot tapi ni dari konteks pegawai- pegawai tinggi ajelah kot. Sembang punya sembang maka rehat sebentar di R&R tapah dalam 5.30 ptg. Lepas dari itu member aku dah megantuk maka aku tunggang lah citranya sampai KL . Lebih kurang 8.30 dah sampai K.L kira aku bawa dari tapah tak sampai pun 2 jam (120-130 kot) .Begitulah perjalanan yang memenatkan weekend lepas , next time kena ambiklah kot cuti rehat tapi salah aku gak sempat layan ulangan konsert AF sampai 2 pagi semalam.. kekekee.